Pada pagi yang indah dan ceria,Aqiesh sudahpun bangun untuk membuatkan sarapan untuk suaminya.Dia hanya masak benda simple sahaja.Iaitu bihun goreng.Bau bihun goreng itu telah menarik Riefqi kedapur.Hidungnya ditutup rapat oleh tangannya apabila dia semakin hampir dengan bau itu.Aqiesh menoleh kebelakang apabila mendengar suara Riefqi seperti batuk-batuk.Bihun goreng yang telah siap dimasak diletakkan didalam mangkuk lalu membawa kemeja makan.Hot chocolate diambil untuk Riefqi.Aqiesh yang sudah lama hidup dengan Riefqi,sudah tahu semua tentang Riefqi.Dan pastinya,apabila sarapan mesti ada hot chocolate diatas meja.
"Kenapa?Nak muntah lagi ke?!"Tanya Aqiesh apabila melihat Riefqi menutup mulutnya seperti mahu muntah sambil meletakkan sepinggan bihun goreng dihadapan Riefqi setelah Riefqi melabuhkan punggungnya didepan Aqiesh.
"Tak ad..."Belum sempat Riefqi menghabiskan ayatnya,terus Riefqi berlari ke singki lalu mengeluarkan cecair yang 'mengelikan'.
Aqiesh mengeluh lalu pergi kearah Riefqi yang cuba memaksa muntahnya keluar dari tekaknya.Belakang Riefqi digosok lembut oleh Aqiesh untuk membantu Riefqi.Merah-merah muka Riefqi hendak keluarkan muntah dari tekaknya.
"Bie ok tak ni?Nak pergi klinik?Macam teruk je ni!"Kata Aqiesh prihatin sambil melihat muka merah Riefqi.Mulutnya dibasuh selepas muntah.
"Tak naklah!Bie ok.Sayang tak perlu risau!"Kata Riefqi sambil tersenyum.Aqiesh masih lagi tidak percaya yang Riefqi ok.
"Ye lah!Dah tu,Bie nak makan apa?"Tanya Aqiesh sambil melihat apa yang ada didapur yang boleh Riefqi makan,dan tidak membuatkan Riefqi muntah-muntah seperti ini.
"Roti je lah!"Riefqi terus menunggu Aqiesh dimeja makan.Aqiesh didapur mencari-cari jem untuk dilesetkan diatas roti.Apabila jem itu berjaya dijumpai,Aqiesh terus kemeja makan.
Penutup jem itu dibuka lalu jem itu dilesetkan keatas roti itu.Setelah selesai jem itu dilesetkan,terus diberi kepada Riefqi.Aqiesh hanya memandang Riefqi makan roti itu.Perasaan kesian tiba-tiba muncul didalam dirinya.
"Kenapa pandang Bie macamtu?Sayang tak nak makan?!"Tanya Riefqi lalu memberhentikan kunyahannya.
Aqiesh menggeleng sambil tersenyum."Kenapa?Makanlah.Nanti baby tu sakit macam mana?Kesian baby tu lapar!"Pujuk Riefqi lembut.Aqiesh tetap menggeleng.Tidak sampai hati melihat Riefqi hanya makan roti sementara dia makan yang boleh mengenyangkan perutnya.
"Nah.Makan sikit pun jadi!"Riefqi menyuapkan Aqiesh sebelah dari rotinya tadi.Aqiesh tidak membuka mulut.Roti itu dibuat untuk Riefqi,biarlah Riefqi sahaja yang makan.
"Tak apalah.Awak makanlah.Saya dah kenyang!"Bohong Aqiesh sambil menolak sedikit huluran Riefqi.
"Kenapa degil sangat ni?Cuba dengar cakap saya!"Omel Riefqi.Aqiesh mencebik.Roti itu disuapkan kedalam mulut Aqiesh apabila Aqiesh mengalah.
"Ha,macamtu lah.Nak lagi?!"Kata Riefqi sambil tersenyum.Lagi sekali roti itu dihulurkan dimulut Aqiesh.Aqiesh menggeleng.
"Aishhh!Tak apalah."Kata Riefqi lalu menyuapkan roti itu kedalam mulutnya.
Petang itu,sedang Aqiesh dan Riefqi menonton tv bersama,bunyi loceng diluar rumah berbunyi menandakan ada orang datang.Aqiesh meringankan tulangnya untuk membuka pintu.Nak mengharapkan Riefqi memang tak dibukanya,sampai tetamu baliklah jawabnya!
"Ibu!!!"Jerit Aqiesh teruja sambil memeluk tubuh Pn.Arni.Pn Arni juga membalas pelukkan itu.Azriel dan Arieff disebelah hanya tersenyum.
"Along!Rindunya!"Aqiesh terus menyalam tangan alongnya lalu memeluk sekejap tubuh Arieff.Riefqi didalam terus keluar apabila mendengar bising-bising diluar.Riefqi tersenyum sendiri.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...