"Aqiesh,jom date dekat luar!"Selamba Riefqi mengajak Aqiesh date!Tak romantik langsung.Cubalah ajak Si Aqiesh tu honeymoon.Baru sweet sikit!
"Apa kejadah kau ni?Demam ke?"Aqiesh terus meletakkan telapak tangan nya di atas dahi Riefqi.
"Aku tak demam lah!"Riefqi menepis tangan Aqiesh.
"Jom lah!Aku bosan gila ni!Lepas tu,kita pergi rumah ibu nak?!"Ajak Riefqi.Bosan gila asyik mereput je dekat rumah!
"Ha,yang tu aku sokong.Jom!"Kata Aqiesh lalu bersiap untuk pergi date dengan Riefqi si pojaan hati Aqiesh.Aceh!
"Kau nak pergi mana tu?"Tanya Riefqi apabila Aqiesh melangkah masuk ke dalam bilik air.
"Nak mandi lah,kau ada nampak aku macam nak main bola ke?"Balas Aqiesh dengan muka menyampah.
Riefqi ni pun satu,tanya soalan yang dia dah tahu jawapan.Pandir!Opsss,hhahaha!
"Nak ikut!"Riefqi mendekati Aqiesh lalu tersenyum nakal!
Aqiesh terus menutup pintu bilik air.Mampus kalau Si Riefqi ni masuk!
*******
"Kita nak date dekat mana ni?"Tanya Aqiesh.Dah lama betul asyik berpusing je.Tayar kereta mamat ni pun dah haus.Bukan nak bagi air!Hahhaha."Date dekat dalam hati aku je lah!"Usik Riefqi.
"No way!"Aqiesh sengaja membuat muka menyampah.
"Ok dah,turun!"Kata Riefqi apabila sampai di sebuah pantai.
"Waa!Cantiknya.Macam tahu-tahu je yang aku suka pantai."Kata Aqiesh.
"Aku masih ingat lah apa yang kau suka dan apa yang kau tak suka."Kata Riefqi lalu menarik tangan Aqiesh ke tepi pantai.Sungguh redup,bawah pokok kelapa,angin bertiup sempoi-sempoi bahasa.
"Riefqi,thanks."Aqiesh memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
Riefqi hanya membalas dengan senyuman.
Niat dia datang ke sini dengan Aqiesh sebenarnya kerana dia mahu meluangkan masa yang ada dengan Aqiesh sebelum Aqiesh pilih Hariess sebagai penggantinya.
"Sampai bila kita nak duduk sini?Sekejap je ke?"Tanya Aqiesh.
"Ikut kau lah.Aku ok je!"Balas Riefqi sambil tersenyum.
"Jom duduk dekat dengan air tu nak?"Ajak Aqiesh.Aqiesh nak main air sebenarnya!
"Buat apa?Basah lah nanti!"Riefqi sengaja mengusik.Padahal dia pun suka main air.
"Nanti mandi lah bie!"Aqiesh mengeluarkan suara yang romantik.Bukan selalu Aqiesh nak tayang dia punya suara romantik tu!
"Mandi sama-sama?"Riefqi sudah pun tersenyum nakal.
*****
"Arghh,aduh!"Aqiesh mengadu kesakitan apabila Riefqi sengaja memercik kan air laut itu ke muka Aqiesh."Eh weh!Sorry.Sini aku tengok!"Kata Riefqi lalu pergi mendapatkan Aqiesh.
Aqiesh memegang matanya kerana pedih.Air laut tu weh!Memang pedih lah.
Riefqi mengalihkan tangan Aqiesh daripada terus memegang matanya yang pedih.
Riefqi perlahan-lahan meniup lembut mata Aqiesh.Dan saat itulah Encik Jantung memainkan peranan nya yang sudah lama dia tak mainkan.
"Hahahaha,Aku ok lah!Risau juga kau kan?"Meletus juga tawa Aqiesh.
"Aqiesh!Risau aku!"Kata Riefqi lalu memeluk Aqiesh.Riefqi juga pelik mengapa tiba-tiba sahaja dia menarik Aqiesh kedalam dakapan nya.
Aqiesh juga terkejut dengan sekelip mata sahaja dia sudah ke dalam dakapan suaminya!Tapi Aqiesh hanya membiarkan nya.Tenang!
Encik Jantung,berhentilah sekejap!
"Ergh,sorry!"Riefqi terus melepaskan pelukkannya.
"Sokay!"Balas Aqiesh dengan senyuman.
Riefqi melepaskan pelukkannya kerana dia takut terlanjur jatuh cinta dengan Aqiesh.Tapi jatuh cinta dengan isteri sendiri dapat pahala.Tapi aku tak nak sakitkan hati aku sendiri bila suatu hari nanti dia bahagia dengan Hariess!
********
"Assalamualaikum ibu!"Aqiesh memberi salam apabila sampai di rumah ibunya."Waalaikumusalam!Gemuk dah anak ibu sekarang ni semenjak ada suami!"Pn.Arni terus menyapa anak dan menantunya.
"Tu lah ibu!Kalau ibu nak tahu,dia ni kuat makan dekat rumah mama!"Usik Riefqi.
"Banyak lah kau!"Marah Aqiesh.
"Dah ada isi ke belum tu?"Soalan apa ni bu?SPM pun tak keluar soalan macam ni!Jawapan dia gila susah nak jawab!
"Er.Belum!"Balas Aqiesh gagap.
"Bila nya nak berisi tu Riefqi?"Tanya Pn.Arni kepada Riefqi.Pucat muka nak jawab!Hhahaha.
"Kalau ada rezeki la ibu!"Lancar sahaja Riefqi menjawab.
"Mana Abang Riel ibu?Tak nampak pun!"Tanya Aqiesh apabila rumah ibunya hanya sunyi sahaja.
"Dia ada emergency!Baru je pergi tadi."Terang Pn.Arni.
"Ouh"
"Kamua bawak lah suami kamu pergi rehat.Nanti turun bawah makan sama-sama!"Aqiesh dan Riefqi terus naik ke atas.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...