"Ibu,percayalah!Aqiesh tak buat benda-benda buruk macam tu."Jelas Aqiesh.Wajah Aqiesh seperti hendak menangis.
"Ma,betul.Riefqi tersalah masuk bilik je ma."Jelas Riefqi bagi membantu Aqiesh.
"Dah2.Ibu dengan mama dah bincang.Ibu nak Riefqi kahwin dengan Aqiesh!"Kata Ibu tegas.
"Apa!"Terkejut Aqiesh dan Riefqi mendengar apa yang keluar dari mulut ibu.
"Yes!Kak Aqiesh jadi akak ipar Syaz."Seronok betul Syaz bila dengar berita ni.Gila tak happy dapat kakak ipar yang sporting macam Aqiesh.
"Syaz!"Datuk Zainal menyuruh Syaz senyapkan diri sebentar.
"Riefqi,papa minta sangat kamu kahwin dengan Aqiesh.Ni semua salah kamu juga!"Datuk Zainal bersuara tegas .
"Tapi pa!Riefqi tersalah masuk bilik.Bukan sengaja pun."Rayu Riefqi.
"Betul tu pa!Jangan lah macam ni!"Aqiesh pula yang membantu Riefqi.
"Dah,kami semua dah decide.Minggu depan kamu berdua bernikah!"Datin Fiza pula berkata tegas bila melihat Riefqi seperti mahu membantah!.
"Ibu!"Aqiesh merayu meminta tolong ibunya.Mungkin boleh dibatalkan.
"Aqiesh,ni pun untuk kebaikan Aqiesh juga.Ini juga untuk menutup aib keluarga kita!"Nasihat Pn.Arni.
Abang Rielnya hanya senyap disebelah Pn.Arni.Tidak tahu nak cakap apa.Tetapi dalam hati punyalah happy bila adik kesayangan dia nak kahwin dengan Riefqi.
"Ok!Riefqi setuju!"Tiba-tiba Riefqi bersuara.Terkejut Aqiesh dengan tindakkan Riefqi.
"Weh!!Aku tak nak kahwin lah.Kita muda lagi!"Marah Aqiesh.
"Terima je lah!Kita boleh rahsiakan perkahwinan ni!"Riefqi sudah pun muak dengan semua ni.
"Ok!Kau nak sangat aku terima kan?"Tanya Aqiesh dengan marah.
"Ibu,Aqiesh terima!"Aqiesh akhirnya terima.Malas hendak panjangkan masalah ini.Dia redha.
Pn.Arni dan Datin Fiza sudah pun tersenyum mendengar keputusan Aqiesh dan Riefqi.
"Alhamdulillah.Termakbul juga doa abang."Kata Abang Riel happy.
***************
"Aqiesh!Ceritalah dengan aku!Kenapa kau senyap je?Dah setengah jam dekat cafe ni!"Pujuk Erryn.Pelik dengan Aqiesh ,sudah beberapa hari senyap sahaja.Kalau bercakap pun hanya sepatah.Pelik!"Ok!Kalau aku cerita dekat kau benda ni,Kau jangan bagi tahu sesiapa."Kata Aqiesh.Dia sudah sedia untuk bercerita hal ini pada Erryn memandangkan Erryn seorang sahaja yang pandai simpan rahsia!
Erryn mengangguk tanda setuju.
"Lagi 2 hari aku nak kahwin!"Kata Aqiesh sedikit perlahan.Takut pula jika orang disekelilingnya dengar.
"What!!!"Erryn cepat-cepat menutup mulutnya apabila orang-orang melihatnya pelik.
"Senyap lah!"Aqiesh menampar sedikit lengan Erryn.
"Ok!Tapi dengan siapa?"Tanya Erryn sedikit perlahan.
"Riefqi!"Balas Aqiesh mendatar.
Terkejut Erryn mendengar nama yang keluar dari mulut Aqiesh.
"Tapi kenapa?"Tanya Erryn pelik.
"Aku dengan dia kena tangkap basah!"Balas Aqiesh perlahan.Kalau orang dengar ni,mati aku!
"Waktu trip tu,dia tersalah masuk bilik.Waktu tu pula JAIS tengah buat operasi diorang."Terang Aqiesh panjang lebar.
"Ouh,Tapi apa-apa pun,kau kena redha.Mungkin Riefqi tu jodoh kau."Nasihat Erryn.
"Terima kasih sebab dengar luahan hati aku ni!"Kata Aqiesh sambil tersenyum.
"No problem la "Balas Erryn sambil menghabiskan air yang dipesan tadi.
*********
Hari ini adalah hari yang tidak ditunggu-tunggu oleh Aqiesh dan Riefqi.Dimana hari mereka akan disatukan menjadi pasangan yang sah.
"Aku nikahkan dikau dengan Nur Aqiesha Azahra Bt Afizan dengan mas kahwinnya RM 500 dan senaskah al-quran."
"Aku terima nikahnya Nur Aqiesha Azahra Bt Afizan dengan mas kahwinnya RM 500 dan senaskah al-quran."Dengan sekali nafas sahaja,Aqiesh dan Riefqi sudah pun sah menjadi suami isteri.
Selepas acara pembatalan air sembahyang,tetamu-tetamu dijemput untuk menjamu selera.Aqiesh dan Riefqi dari tadi tidak habis-habis senyum apabila jurugambar asyik menangkap gambar mereka.
"Tahniah Aqiesh!Aku harap kau bahagia sampai akhir hayat kau.Bagi aku anak buah cepat tau?Malam ni jangan nakal-nakal tau?"Usik Erryn.Aqiesh mencubit manja lengan Erryn.Boleh pula dia kata macam tu depan Riefqi.
"Jangan risau lah.Kau nak berapa anak buah?"Tiba-tiba Riefqi menyampuk.
"Aku nak 5 anak buah!"Gurau Erryn.
"Ok,kau tunggu lah!"Riefqi juga mengusik Aqiesh sampai merah muka Aqiesh.
"Eh,kau fikir aku kilang kau?Suka hati atuk kau je!"Marah Aqiesh sambil menjeling tajam kearah Riefqi.
"Bukan kilang?"Tanya Riefqi.
Aqiesh senyap sahaja.Malas melayan Riefqi yang sawan ni.
"Bro,tahniah.Tak sangka kau kahwin dulu dari aku.Kau gatal juga kan?Muda-muda dah kahwin!"Sapa seorang lelaki.
"Eh kau pun ada.Sorry lah aku tak perasan."Kata Riefqi kepada sepupunya Rezza
"Mana kau nak perasan kalau asyik berkepit dengan isteri kau je!"Usik Rezza sambil memandang Aqiesh.Aqiesh hanya membalas dengan senyuman yang manis.
"Hhaha,ni kenalkan isteri aku.Aqiesh nama dia!"Riefqi memperkenalkan Rezza dengan isterinya.
"Tu pula,kawan dia yang kurang betul!Nama dia Erryn.Yang penting dia single!"Usik Riefqi.Erryn menjeling tajam RIefqi .Suka hati dia cakap aku kurang betul!
"Hai,saya Rezza!Ni nombor saya,kalau awak free boleh call saya."Ceh,Rezza dah jatuh cinta dengan Erryn.Erryn apalagi,tersipu-sipu malu.
"Er..ok!Nanti saya call awak."Balas Erryn sambil tersenyum.
"Sudah lah tu.Bosan pula tengok drama ni!"Usik Riefqi.
"Erk?Hmmm!Ok lah.Aku kena chaw dulu.Bye awak!"Kata Rezza lalu mengenyitkan matanya ke arah Erryn.Boleh cair Erryn tengok Rezza buat begitu!
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...