Bab 50

22.7K 755 30
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu oleh Aqiesh untuk tinggalkan Riefqi sudah tiba.Tiada siapa yang tahu dia hendak pergi mana kecuali Azriel,Pn.Arni dan Erryn.

"Aqiesh!Betul ke kau nak pergi ni?Tak kesiankan aku sorang-sorang je dekat sini?!"Erryn seperti berat melepaskan kawan baiknya walaupun hanya sekejap.

"Ya!Aku kena pergi.Nanti lepas diorang dah kahwin,aku balik Malaysia balik!Sekejap je lah aku pergi!"Pujuk Aqiesh sambil memegang tangan Erryn.

Pn.Arni juga berat melepaskan anaknya.Memang Aqiesh seorang yang pandai berdikari,tetapi negara orang itulah yang merisaukan Pn.Arni tentang puterinya.

Azriel hanya tersenyum melihat Aqiesh yang mahu pergi.Dia tahu,Aqiesh akan ok!Dan dia yakin bahawa jika Aqiesh kembali ke Malaysia,hati Aqiesh akan sembuh.

"Adik!Jaga diri baik-baik tau dekat negara orang tu."Pesan Azriel lalu mendekati Aqiesh.

Azriel menundukkan sedikit badannya supaya sama tinggi dengan Aqiesh lalu membisikkan sesuatu ditelinga Aqiesh.

"Ingat!Abang akan selalu ada untuk adik.Abang sayang adik.So,jangan terluka lagi please~"Aqiesh tersenyum sahaja mendengar Azriel berkata ditelinganya.

"Ok abang!Adik pun sayang abang!Abang dekat sini jangan nakal-nakal ya?"Aqiesh pula membisikkan ditelinga Azriel.

"Ok lah!Aqiesh pergi dulu!Assalamualaikum!"Kata Aqiesh ceria.Mungkin diluar nampak ceria tetapi didalam hanya allah sahaja yang tahu betapa sedihnya meninggalkan mereka.Tapi aku kena pergi,Aku tak kuat nak tengok apa yang berlaku nanti!

"Aqiesh, sekejap!"Panggil Erryn.Aqiesh hanya tersenyum melihat muka Erryn sekarang.

"Kau tak nak tunggu Riefqi ke?!"Erry berkata sedikit perlahan.

Aqiesh menggeleng lalu tersenyum.

"Dia tak akan datang sebab aku tak bagi tahu dia!Aku harap kau boleh jaga rahsia ni!"Pesan Aqiesh.Lalu Erryn mengangguk.

Penerbangan yang memakan masa selama 12 jam ini memang memenatkan Aqiesh.Sudah berapa kali Aqiesh tertidur didalam flight.Penat punya pasal!

Sampai sahaja di lapangan terbang Incheon,Aqiesh tersenyum.Akhirnya sampai jugak!

"Yeay!Akhirnya sampai juga tempat yang aku impikan.Nasiblah abang baik!Kalau tak,confirm tak sampai aku dekat sini!"Monolog Aqiesh.

"Aduh!Aku dekat mana pula ni?Mampus aku!!"Bebel Aqiesh sendiri sambil melihat tempat yang dia berada.

"Eh sekejap!Mana pula alamat hotel yang abang bagi tu?Aduh!!"Aqiesh mencari-cari kertas yang diberi oleh Azriel untuk Aqiesh menginap disitu.Kebetulan kawannya adalah pemilik hotel itu.

"Arghhhh!!!Babo(bodoh)!!"Aqiesh tiba-tiba menjerit apabila ada sebuah kereta yang melanggar kelopak air lalu baju Aqiesh terkena pecikkan air.

Bukan sengaja Aqiesh berkata kasar seperti itu.Sebab geram sahaja.Dah lah abang kesayangannya yang beri baju itu,gila tak mengamuk macam tu.

Kereta yang melanggar pecikkan air itu terus mengundurkan keretanya apabila mendengar apa yang Aqiesh katakan tadi.

Aqiesh menepuk dahi lalu memandang kebelakang.Aduh!Kau ni pun satu Aqiesh,yang pergi menjerit buat apa?Kan dah masuk dalam masalah mamat ni!

Lelaki itu keluar dari keretanya lalu mendekati Aqiesh.Aqiesh hanya memandang kebawah.Apabila melihat ada sepasang kaki dekat dengannya,Aqiesh memberanikan diri mendongak keatas.

Aduh!Handsomenya mamat ni!Hidung mancung,putih,dan yang penting rambut belah tepi!Serius handsome!Tapi sayang tak reti bawak kereta elok-elok!

Aqiesh meneliti wajah lelaki yang ada didepannya dengan penuh minat.

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now