Bosan gila hari ini,semua keluar!Tinggal Aqiesh dengan Mak Kiah je!Mak Kiah pula sibuk kemas rumah.
Riefqi pergi lepak dengan Farhan.Mama dengan papa ada hal.Syaz entah kemana.Liya pula keluar shopping.Tinggal Aqiesh seorang.
"Apa aku nak buat ni?Aduh,bosanlah!"Rengek Aqiesh.Aqiesh melilaukan matanya didalam bilik.Tengok apa yang ada.Kut-kut ade mainan ke!XD
"Kotak apa tu?Rendah betul.Macam nak suruh aku bukak je kotak tu!Tapi nanti Riefqi marah pula!"Aqiesh berkira-kira hendak bukak atau tidak.Lalu dia mengambil keputusan untuk mengambil kotak itu.
Didalam kotak itu,bermacam-macam ada!Gelang,cincin,gambar,jam couple!
Aqiesh membelek satu-satu barang didalam kotak itu.
Gelang yang terukir nama Adrah,membuatkan otak Aqiesh terus menangkap tentang apa kotak itu.
Aqiesh masih lagi memegang gelang itu,lalu dia membelek satu persatu gambar yang ada.Dan memang benar,kotak kenangan Riefqi dan Sarah.
Aqiesh cuba menahan air mata yang hendak mengalir.Cincin juga ada terukir nama Adrah.
"Comel nama gabungan diorang!
Adam+Sarah=Adrah."Aqiesh cuba menafikan perasaan dia.Hati dia sakit,tapi dia tahan.Dia tetap melihat barang-barang yang ada didalam kotak itu.Aqiesh cepat-cepat menutup kembali kotak itu,lalu meletakkan ditempat asal apabila bunyi enjin kereta dibawah.
"Kau kenapa masuk bilik ni?!"Marah Aqiesh apabila Liya selamba masuk kedalam biliknya.
"Aku nak bagi kau tengok sesuatu ni!"Liya terus duduk disebelah Aqiesh.Iphone Liya diambil apabila Liya seperti menunjukkannya satu gambar.
"Kesian kau Aqiesh!Kena tipu je dengan suami kau!Dia memang curang dengan kau!Jangan sedih tau!"Aqiesh seperti tidak percaya dengan gambar yang diberi Liya.
Gambar Riefqi dan Sarah yang sedang makan tengahari.Dan sepertinya Riefqi merenung lembut mata Sarah.
"Tak!Aku tak percaya!Diorang kawan je!Lagipun aku tahu,dia tak ada apa-apa hubungan dengan Sarah!"Aqiesh tidak tahu hendak percayakan gambar itu atau suaminya.Dia buntu.
"Hahaha!Kau fikir Riefqi tu mengaku ke kalau dia ada perempuan lain?Tak kan?"Balas Liya sinis.
"Kau keluarlah!Aku tak nak dengar pun.Kalau ya pun dia ada perempuan lain.Aku tak kesahlah!"Marah Aqiesh sambil merenung tajam mata Liya.
"Nak keluarlah ni!Nanti Riefqi balik.Kau tanyalah dia!Bye.Jangan nangis tau Aqiesh.Ouh!Lagi satu,Kalau Riefqi lepaskan kau nanti,Hariess ada untuk gantikan tempat Riefqi!"Panjang lebar Liya berkata lalu keluar dari bilik Aqiesh dan tersenyum sinis.
"Siapa yang patut aku percaya ya allah?Aku tak tahu!Aku buntu."Aqiesh bermonolog didalam hati sambil air matanya mengalir setitis demi setitis.
Bunyi enjin kereta Riefqi dimatikan menyedarkan Aqiesh.Dia terus buat-buat tidur diatas sofa.
Dia memejamkan mata untuk menenangkan fikirannya dan masa yang sama dia tidak mahu melihat wajah Riefqi.
"Eh dia ni!Boleh pula tidur petang-petang macam ini.Dah sembahyang zohor ke belum dia ni!"Riefqi bermonolog sambil mendekati Aqiesh disofa
Diusapnya lembut rambut Aqiesh,lalu dia mengucup lembut umbun-umbun Aqiesh.Dan dia terus masuk kedalam bilik air untuk membersihkan badan.
Iphone Riefqi diatas meja berbunyi menandakan ada mesej masuk.Cepat-cepat Aqiesh mengambil iphone Riefqi.
Thanks sebab teman saya tadi.Lega sikit rasa sakit dalam hati ini-Sarah.
Kali ini,hatinya betul-betul sakit.Sanggup Riefqi tipu aku!
Apabila air didalam bilik air ditutup oleh Riefqi,Aqiesh sekali lagi buat-buat tidur.
"Sayang,bangun!Dah solat Zohor belum?!"Setelah Riefqi siap memakai baju,dia terus mengejutkan Aqiesh lembut.
"Sayang konon!Aku tak termakanlah dengan ayat manis kau!"Monolog Aqiesh sambil merenung mata Riefqi tajam.
"Kenapa dengan dia?Bangun je terus muka masam!Aku ada buat salah ke?!"Riefqi juga bermonolog.
"Aqiesh!"Panggil Riefqi setelah Aqiesh terus keluar begitu sahaja.
"Aduh!Dia ni bendera Jepun ke?Nak marah je tahu.Pagi tadi aku tengok ok je!Siap bermanja lagi!"Keluh Riefqi panjang lebar.Pening dia memikirkan kenapa Aqiesh seperti tidak mahu melayannya.
"Sayang!"Panggil Riefqi lalu mendekati Aqiesh yang sedang duduk termenung ditaman mini Datin Fiza.
"Apa?!"Balas Aqiesh dingin.Riefqi melabuhkan punggungnya disebelah Aqiesh rapat.Lalu dia memeluk erat pinggang Aqiesh.
"Lepaslah!Aku rimaslah!"Sekali lagi Aqiesh berkata dingin.Riefqi terus melepaskan pelukkannya.
"Kau kenapa?!"Riefqi menguatkan sedikit volumenya.Aqiesh memandang sekilas wajah Riefqi disebelahnya.
"Sakit hati!"Jawab Aqiesh selamba lalu melemparkan pandangannya dihadapan.
"Sakit hati dengan apa?!"Kali ini Riefqi betul-betul nak tahu.Sakit hati dengan siapa.
"Dengan orang yang sanggup menipu aku!"Mata Riefqi dijeling tajam sambil Aqiesh menjauhkan dirinya dari badan Riefqi.
"Dia tahu ke aku keluar dengan Sarah tadi?!"Monolog Riefqi didalam hati.
"Aqiesh.Aku...!"Belum sempat Riefqi menghabiskan ayatnya,Aqiesh terus berlalu meninggalkan Riefqi.
Liya yang melihat 'drama' itu tersenyum sinis.Misinya berjaya!
Aqiesh menjeling tajam mata Liya yang berdiri tegak dihadapan pintu."Hahahah!Sikit je lagi kerja aku nak selesai!Sabar ya sayang?!"Liya berkata-kata didalam hati.Gembira bila rancangan untuk melaga-lagakan Aqiesh dan Riefqi berjaya.
"Apa aku buat ni?Kenapa aku tak terus terang je dengan dia?"Riefqi meraup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.
Selepas makan malam,Aqiesh terlebih dahulu merebahkan dirinya.Riefqi juga merebahkan dirinya disebelah Aqiesh.
"Sayang!"Riefqi memanggil Aqiesh lembut apabila Aqiesh berpaling darinya.
"Apa?!Aku nak tidurlah!"Balas Aqiesh dingin.
Riefqi memeluk pinggang Aqiesh dari belakang.Aqiesh tidak kuat nak menghalang.Setitis demi setitis air matanya jatuh apabila Riefqi memeluknya.
"Aku tahu kau marahkan aku!"Kata-kata Riefqi dibiar sepi.
"Aqiesh!Aku tahu kau dengar apa yang aku cakap!"Sambung Riefqi lagi.Aqiesh hanya mendengar sahaja Riefqi berkata.Dia malas hendak memberi respons.
"Ok,kalau kau tak dengar pun tak apa!Aku tetap nak jelaskan pada kau!Ya,memang aku mengaku aku tipu kau.Aku tipu yang aku kata nak pergi jumpa Farhan.Sebenarnya aku jumpa Sarah!Sebab dia ada masalah!So,aku just tolong dia."Jelas Riefqi panjang lebar.Aqiesh sekali lagi mengalirkan air mata apabila dia tiba-tiba rasa berdosa kerana membuat suaminya begitu.
"Tolonglah percaya!Aku tak ada apa-apa pun dengan dia!"Riefqi masih lagi mahu menjelaskan.Tetapi Aqiesh hanya senyap.
Riefqi juga melepaskan pelukkannya lalu berpaling dari Aqiesh.
"Aku tahu kau tak ada apa-apa dengan Sarah.Tapi aku paling benci orang menipu aku!!"Monolog Aqiesh didalam hati lalu memejamkan matanya untuk menghilangkan apa yang berlaku hari ini.
*********
Siap juga bab 39.Dari semalam cari idea T_T.Tapi dapat pun yang mengarut.Sorrylah^^.Kalau suka boleh vote~.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...