Aqiesh yang dari tadi termenung,tesedar dari lamunannya apabila iphonenya berbunyi meminta diangkat.
Aqiesh membuat muka menyampah apabila melihat nama pemanggil.Terus ditekan butang reject.
Sekali lagi iphonenya berbunyi dan pemanggil yang sama.Kali ini Aqiesh menekan butang hijau.
"Apa kau nak?!"Tanya Aqiesh dingin setelah mengangkat panggilan dari pemanggil itu.
"Uishh!Kau rileklah Aqiesh.Aku tak nak apa-apa pun dari kau sebab aku rasa aku dah dapat Riefqi.Tak adalah,aku call kau ni just nak kata yang aku...!"Belum sempat Liya menghabiskan ayatnya,Aqiesh laju memotong.
"Kau kalau call aku semata-mata nak cerita pasal kau dengan Riefqi,baik tak payah.Aku tak berminat."Balas Aqiesh dingin.Mahu sahaja dia menekan butang reject lagi.Tapi dia betul-betul nak tahu,apa maksud sebenar Liya menelefonnya malam-malam seperti ini.
"Aku rasa benda ni betul-betul kau berminat."Kata Liya sambil tersenyum sinis.Aqiesh hanya menunggu apa yang keluar dari mulut Liya.
"Aku just nak kata,tak lama lagi aku dengan Riefqi nak kahwin!Excited gilalah!And you know what?Semua dalam rumah tu happy gila aku nak kahwin dengan Riefqi!"Liya berkata sedikit teruja.
"Ouh!Tahniah!"Balas Aqiesh pendek.Sakit hatinya ditahan Dia perlu kuat!
"Thanks!Kau kena happy sebab tak lama lagi aku dah nak kahwin dengan suami kau!!!"Aqiesh terus memutuskan panggilan apabila air matanya tidak dapat ditahan lagi.
"Aqiesh!Kau kena kuat!Kau tak boleh jadi manja macam ini.Kau tak boleh menangis macam ini sebab lelaki yang dah tipu kau!Kau boleh lawan perasaan kau!Kau boleh lalui semua ini sorang-sorang!"Aqiesh memberikan semangat kepada dirinya sendiri.Baru dia sedar,membazir air mata sahaja menangis untuk lelaki yang sudah menipunya!
Iphone Aqiesh sekali lagi berbunyi.Kali ini,dia rasa seperti mahu membaling sahaja iphonenya didinding apabila melihat nama yang tertera diskrin iphonenya.
Jari Aqiesh teragak-agak mahu terima panggilan itu atau tidak.Dan dia mengambil keputusan untuk mengangkat panggilan itu.
Aqiesh senyap.Sengaja dia mahu mendengar kenapa Riefqi menelefonnya.
"Aqiesh!Maafkan aku please.Aku tak buat benda macam tu!Tak pernah pun terlintas dalam fikiran aku nak menduakan kau!Aqiesh!"Riefqi merayu-rayu.Aqiesh hanya mendengar.
Sakit hatinya kembali ditahan apabila mendengar suara Riefqi.
"Bagus juga kau call aku ni!Aku just nak cakap congratulations!"Aqiesh cuba mengawal dirinya dari menangis lagi.
"For what?!"Tanya Riefqi pelik.Aqiesh sudah pun tersenyum sinis.Buat-buat tak tahu~
"Sebab tak lama lagi kau akan dapat pengganti aku!Aku just nak pesan,jaga Liya baik-baik.Nanti bila dah ada tarikh yang tetap,jangan lupa ajak aku tau!"Aqiesh terus menamatkan panggilannya.Dia dah tak kuat nak mendengar apa-apa dari mulut Riefqi.
"Aqiesh!Kenapa kau buat aku macam ini?!Aku sayangkan kau.Aku cintakan kau seorang je!Kenapa kau tak nak dengar apa yang aku nak jelaskan?"Riefqi membebel seorang diri apabila Aqiesh menutup panggilannya begitu sahaja.
"Tempat isteri disisi suami Aqiesh.Tapi kenapa kau tak ada dekat sisi aku sekarang?Aku tak perlukan orang lain Aqiesh.Aku nak kau je.Aku perlukan kau dekat sisi aku sekarang macam suami yang lain.Aku tak berhak untuk dapat cinta kau ke Aqiesh?Aku tak berhak bahagia dengan kau ke?!"Gambar selfie Aqiesh didalam iphone Riefqi dipandang lama.Manis sahaja wajah Aqiesh waktu itu,tetapi sekarang senyuman itu hilang.
Tanpa sedar,air mata Riefqi perlahan-lahan mengalir membasahi pipinya.Betapa sayangnya dia dengan Aqiesh,sampaikan boleh mengeluarkan air mata.
Pagi itu,Riefqi terjaga dari tidurnya apabila mendengar azan subuh.Terus sahaja dia bersiap untuk kekelas.
Tetapi sangkaannya tepat.Pintu berkunci.Papa buat aku macam binatang je sampai nak kena kurung macam ini!
"Papa!Bukak pintu ni lah!Riefqi nak pergi kelas lah!!!"Riefqi cuba menjerit.Dia tahu,Datuk Zainal mesti bukak jika dia bising seperti ini.
Tetapi usahanya gagal.Lansung Datuk Zainal tidak membuka.
"Syaz!!Tolong aku!Bukak kan pintu ni!!"Riefqi cuba memanggil adiknya apabila mendengar Syaz yang batuk.
"Apalah papa ni!Bukak je lah!Nanti pandai-pandailah aku cakap dengan papa!"Monolog Syaz lalu mengambil kunci pintu bilik abangnya dan laju sahaja tangannya membuka pintu bilik Riefqi.
"Thanks Syaz!Bye,aku kena pergi sekarang.Nanti biar aku jawab dengan papa!"Riefqi berterima kasih kepada adiknya.Lalu dia terus turun kebawah.
Datuk Zainal terkejut apabila Riefqi keluar dari biliknya.
"Kamu nak pergi mana?Kamu tak boleh pergi mana-mana!"kata Datuk Zainal tegas.Riefqi memberhentikan langkahnya apabila mendengar Datuk Zainal menegurnya.
"Riefqi nak pergi kelas!Tak boleh ke?"Perli Riefqi selamba.
"Ok!Kalau papa dapat tahu yang Riefqi pergi cari Aqiesh,papa akan kurung Riefqi lagi!"Ugut Datuk Zainal.Riefqi buat-buat pekak.Dia terus keluar dari rumah itu.
"Papa2.Tak percayakan aku rupanya.Tapi tak apalah,aku pergi kelas ni pun sebab aku dapat jumpa Aqiesh!"Bebel Riefqi sambil tersenyum sinis apabila melihat satu kereta wira hitam dari tadi mengikutinya.
Dan mestilah dia tahu siapa,orang suruhan Datuk Zainal!
Aqiesh duduk termenung dibangku.Memikirkan bagaimana hidupnya tanpa Riefqi nanti.Tiba-tiba ada seseorang duduk disebelahnya.
Aqiesh tersenyum,begitu juga dengan 'seseorang' yang duduk disebelahnya.
"Kau ada masalah?Aku tengok kau termenung je!"Tanya Farhan prihatin.
Aqiesh hanya senyum dan menggeleng.Dia rasa,tidak perlu hendak bercerita dengan Farhan tentang masalah rumah tangganya.
"Ceritalah!Aku ok je kalau kau nak cerita masalah kau.Jangan risau,aku boleh simpan rahsia kau!"Farhan cuba memujuk.
Aqiesh tetap tidak mahu bercerita.Dia malas hendak berfikir tentang Riefqi lagi.
"Ok,kalau kau tak nak cerita dekat aku tak apa!Tapi aku nak minta satu je dari kau!"Akhirnya Farhan mengalah.
"Apa?!"Tanya Aqiesh sepatah.Farhan senyum.Aqiesh membuat muka pelik.
"Aku nak kau senyum.Senyumlah sikit,tak manislah muka kau macam ini!"Pujuk Farhan mencebik.
Aqiesh tersenyum,tetapi dalam sekelip mata senyumannya mati apabila melihat geranggan yang datang.
"Ehemmm!"Riefqi berdehem.Farhan memandang Riefqi lalu memberi isyarat kepada Aqiesh untuk meminta izin untuk pergi.
Aqiesh mengangguk lalu mahu meninggalkan Riefqi.Tetapi tanganya ditarik oleh Riefqi.
"Kau nak apa?Lepaslah!!"Aqiesh meninggikan suaranya sedikit lalu merentap tangannya kasar.Entah kenapa,hatinya rasa sakit balik bila melihat wajah Riefqi dihadapannya.
"Aqiesh!Cuba dengar dulu penjelasan aku!!"Riefqi cuba memujuk Aqiesh.Aqiesh mengeluh panjang apabila Riefqi hendak memberikan penjelasan tentang 'drama'nya bersama Liya.
"Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau!Aku harap kau bahagia dengan Liya.Tu je!"Aqiesh tidak berani melihat mata Riefqi.Kerana pandangan Riefqi membuatkan Aqiesh lemah!
Aqiesh terus berlalu meninggalkan Riefqi untuk kekelas.Riefqi memandang Aqiesh dengan pandangan sayu.
"Kau nak sangat ke aku kahwin dengan Liya?Ok,aku terima.Tapi aku harap kau tak menyesal atas apa yang kau suruh aku buat!!"Monolog Riefqi sambil meraup wajahnya dengan kedua belah tangan.
********
Sorry lambat update~Busy sikit.Kalau ada typo abaikan lah.Jangan lupa vote sekali
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...