Cuaca di Korea yang sedikit sejuk pada waktu pagi itu membuatkan Aqiesh seperti mahu menyambung tidurnya semula.Riefqi hanya memandang wajah Aqiesh yang seperti menyambung tidurnya.Riefqi sedikit mengeluh!
"Sayang,bangunlah!Kata nak bawak Bie pergi jalan-jalan dekat negara FAVOURITE awak ni!"Riefqi sengaja menekankan perkataan favourite itu lalu menggoncang lembut badan Aqiesh.
"Ye lah!Awak pergilah mandi dulu!Saya tunggu sini.Nanti saya mandi lepas awak!"Aqiesh menolak sedikit badan Riefqi.Riefqi tidak membantah,dia terus masuk kedalam bilik air.
Iphone Riefqi diatas katil disebelah Aqiesh berbunyi meminta diangkat.Aqiesh yang dalam keadaan mamai terus mengambil iphone Riefqi.Tanpa melihat nama pemanggil,Aqiesh terus menjawab!
"Kau ni apahal?Tak ada masa lain ke kau nak call?Mengacaulah!Aku mengantuk!!"Marah Aqiesh tanpa melihat nama pemanggil.
"Eh,kau ni kenapa Qiesh?Datang bulan ke?!Rilek sudah lah!Aku nak cakap dengan Riefqi lah.Yang kau jawab apasal?!"Aqiesh melihat nama pemanggil yang tertera di iphone Riefqi.Lalu dia tersengih sendiri.Iphone Riefqi diletakkan semula ketelinga.
"Sorry weh!Tak sengaja.Riefqi tengah mandi sekejap!"Aqiesh tergelak kecil apabila mendengar suara Rezza mendengus kecil.
"Ouh!Kau nak tau tak pasal Li...!"Belum sempat Rezza bercerita dahulu kepada Aqiesh,terus Riefqi menyambung dihujung talian.
Eh minah ni!Main-main pulak!
"Ha,kenapa kau call aku ni?Ada hal penting ke?"Tanya Riefqi sedikit laju sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tangan sebelahnya lagi.
Aqiesh hanya memandang Riefqi lama.Riefqi memandang Aqiesh pelik.Seperti ada benda yang tidak kena dengan mukanya.
"Ada!Benda penting gila.Kalau kau dengar ni,kau confirm happy lah."Seperti teruja Rezza berkata.
Riefqi yang melihat Aqiesh memandangnya lagi terus menolak lembut badan isterinya kebilik air.Aqiesh mencebik.
"Dia ni lah!Nak tengok muka dia pun tak boleh.Apasal pula aku tengok muka dia lama-lama tadi?Mungkin sebab cara dia tadi kut.Handsomenya!!!"Aqiesh menjerit-jerit didalam hati.
"Apa benda yang penting tu?"Tanya Riefqi sambil duduk diatas katil menunggu Aqiesh mandi.
•FlashBack•
Pintu bilik pengantin lelaki dikuak dari luar.Rezza yang didalamnya terkejut apabila Datuk Zainal tiba-tiba muncul dihadapannya
"Mana Riefqi?!"Tanya Datuk Zainal sedikit tegas apabila tiada bayang Riefqi dibilik pengantin lelaki.Rezza memikirkan idea untuk mengelak dari soalan yang keluar dari mulut Datuk Zainal.Rezza menarik nafas panjang sebelum berkata.
"Cuba Pak Long dengar ni!Riefqi suruh Rezza kasi dekat Pak Long!"Rezza menyerahkan iphoneya kepada Datuk Zainal ataupun lebih tepat bapa saudaranya yang merangkap abang kepada ibu Rezza.
"Dengar apa?Dengar yang dia minta maaf sebab lari dari majlis ni?Macam tu?Dah lah Rezza,Pak Long tak berminat!"Kata Datuk Zainal sedikit tegas apabila dia tiba-tiba memikirkan Riefqi mungkin lari memandangkan dia sendiri tidak setuju dengan perkahwinan dengan Liya.
"Ok lah kalau Pak Long tak nak dengar.Nanti kalau Pak Long rasa berminat nak dengar rakaman ni,Pak Long call je Rezza k?"Kata Rezza sambil mengambil iphonenya yang diletakkan diatas meja.
"Kalau macamtu,Rezza balik dulu ya?Rezza ada kerja.Assalamualaikum!"Rezza terus keluar dari bilik Riefqi lalu memecut laju kereta BMW nya.
'Ingat tau apa yang aku suruh!'
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...