Esok,Riefqi dah nak kahwin dengan Liya.Mesti diorang tengah buat persiapan.Tak apalah,aku tak sanggup nak tengok diorang.Baik aku duduk Korea ni!
"Adooyai!Tengah sedap-sedap minum air ni,time-time ni lah nak habis!Mana pula tong sampah ni?!"Bebel Aqiesh sendiri sambil melilaukan mata mencari tong sampah.
Aqiesh tersenyum apabila melihat tong sampah ditepi sebuah cafe.
"Lama aku tak main bola jaring.Cubalah!Saja try bakat dulu!Mana tahu boleh pakai lagi!"Aqiesh membaling botol air yang diminum tadi ke dalam tong sampah itu,tetapi salah sasaran.
"Aduh!Salah sasaran pula!Mati aku!!"Aqiesh menepuk dahinya apabila botol yang dibalingnya terkena kepala seseorang.
"What?!Mamat Korea tu lagi?Baik aku cabut!"Aqiesh terus memusing kebelakang lalu menahan teksi yang kebetulan lalu disitu.
"Woi!!!"Jerit 'Mamat Korea' itu sambil menggosok-gosok kepalanya.
'Mamat Korea' itu seperti mahu mengejar Aqiesh yang lari dari kesalahannya tetapi dia berhenti apabila melihat satu dompet.
Terus diambil dompet itu,dia membelek didalam.Dia tergamam melihat isi didalamnya.'Mamat Korea' itu terus mengambil dompet itu lalu berlalu dari situ.
"Fuhhh!Nasib.Buat hal lah kau ni Aqiesh!"Bebel Aqiesh sambil menarik nafas lega.
"Gomawo!"Aqiesh berterima kasih kepada pemandu teksi itu lalu terus balik kebilik hotelnya.
"Gila lah!Kalau aku tak lari tadi,confirm hancur aku kena dengan Mamat Korea itu!"Bebel Aqiesh sendiri sambil menanggalkan tudung satin birunya.
"Habis mood aku nak jalan-jalan lagi!"AQiesh mengeluh panjang lalu mencari iphonenya didalam beg galasnya.
"Huh!Kecoh lagi group kelas pasal Liya dengan Riefqi!Bosan!!"Keluh Aqiesh sambil scroll kebawah.
Iphonenya dilempar ke sebelah apabila dia sendiri tidak tahu hendak buat apa.
Mata cuba dilelapkan untuk menghilangkan keletihan berpusing di Seoul ni.
Riefqi yang hanya terbaring di atas katil dibiliknya hanya termenung.Memikirkan hari esok!Semua membuat persediaan walaupum tak rela.Tapi Riefqi,hanya duduk didalam bilik senyap.
"Apa masalah semua orang ni?Tak faham ke aku dah ada isteri!Yang beria sangat nak buat majlis ni kenapa?Tak faham betullah aku dengan diorang ni!"Bebel Riefqi sendirian sambil melihat tangan yang digurisnya.
"Aqiesh!Macam manalah kau sekarang?Tak rindukan aku ke?Kau dekat mana?Tolonglah aku sekarang ni!"Tiba-tiba Riefqi memikirkan tentang Aqiesh apabila terlihat gambar kahwinnya diatas meja.
"Abang ok?!"Terkejut Riefqi apabila ada satu suara yang menyapanya.
Termenung melebih,sampaikan Syaz masuk kedalam pun tidak sedar.
"Kau ada nampak aku ok ke?Kau tak nampak tangan aku berbalut macam ini?Kau tak nampak ke hati aku terluka?!!"Marah Riefqi sambil menjeling adiknya.
"Ya!Aku tahu kau tak ok.Kau ni,asyik terperap je dalam bilik.Keluarlah pergi tengok persiapan untuk hari esok!"Gurau Syaz.Sengaja mahu melihat reaksi Riefqi.
"Lantak!!Nak sangat aku kahwin dengan perempuan tu,korang buatlah sendiri.Aku tak kesah!!"Marah Riefqi kasar.Syaz mengeluh panjang!
"Tu lah kau!Kau bodoh sangat tak nak mengaku dengan isteri kau yang kau cintakan dia.Tapi bila dah jadi macam ini,menyesal tak sudah!"Bebel Syaz panjang lebar.
"Ya!Memang aku bodoh!Kau nak tahu sebab apa aku tak bagitahu dia?Sebab ego aku yang tinggi melangit!"Syaz hanya mengangguk lalu keluar dari bilik abangnya.
Bunyi loceng yang ditekan menyedarkan Aqiesh dari tidurnya.Terus dia ambil tudung sarung yang disidai lalu pergi membuka pintu.
Aqiesh terkejut apabila baru sahaja dia membuka pintu,ada orang memeluknya erat.
"Aqiesh!"Sepertinya lelaki itu menangis sambil memeluknya.
Aqiesh menolak kuat badan 'Mamat Korea' itu lalu memandang mata lelaki itu yang sudah menjadi kolam.
"Kau ni dah kenapa?Main peluk je!Kau fikir aku apa?!"Marah Aqiesh apabila lelaki itu selamba memeluknya.
"Aqiesh!Ni along!"Aqiesh terkejut!Along?Boleh percaya ke?
"Kau tak payah nak tipulah!Kau ada bukti ke?!"Aqiesh tersenyum sinis.Sengaja menguji lelaki dihadapannya adakah betul abang sulungnya.
"Ni gambar ibu kan?Ni pula Azriel dan yang sebelah ni ayah!Betul kan AqiesH?!"Lelaki itu menerangkan sedikit kasar sambil menunjukkan gambar didalam dompet Aqiesh.
"A...Long?!"Aqiesh seperti tidak percaya bahawa abang sulungnya ada didepan matanya sekarang!
"Ya,ni along!"Arieff terus memeluk adiknya erat untuk melepaskan rindu walapun dia tidak pernah berjumpa Aqiesh!
"Along pergi mana?Kenapa tinggalkan kitorang macam tu je?!"Mata Aqiesh sudah pun berair.
Arieff tersenyum lalu menyengka air mata adiknya.Aqiesh menarik tangan Arieff masuk kedalam.
"Along minta maaf sebab tinggalkan keluarga kita macam tu je!"Arieff meminta maaf.Aqiesh hanya mengangguk.
Senyuman dibibir Aqiesh tidak hilang apabila Arieff ada didepannya.
"Along ikut adik balik Malaysia?!"Tanya Aqiesh sambil memandang mata abangnya.
"Along...tak boleh!"Arieff membuat muka sayu,Aqiesh pula mebuat muka 'kenapa?'.
"Along takut ibu tak boleh terima along lepas apa along dah buat!"Kata Arieff dengan sedikit sayu.
Aqiesh menggeleng lalu berkata."Ibu tak marahkan along!Ibu rindu sangat dengan along.Lagipun,bukan along buat pun!"
"Tengoklah macam mana!Azriel macam mana sekarang?Ok?!"Tanya Ariff tentang adik keduanya.
"Ok!Dia baik sangat.Adik sayang gila dekat dia!Dia lah tempat adik mengadu.Adik tak tahu apa yang jadi dekat adik kalau dia tak ada."Cerita Aqiesh penuh semangat.
"Untung Azriel kan?Ada adik yang sayang gila dengan dia!Along tak ada siapa pun sayang.Along rasa macam along hidup seorang diri je dalam dunia ni!"Arieff berkata sayu.
"Along!Adik pun sayang along.Along pun abang adik kan?!"Arieff mengangguk lalu tersenyum.
"Adik buat apa dekat sini?Macam mana boleh sampai Korea ni?!"Tanya Arieff pelik!
Aqiesh memikirkan alasan untuk memberitahu Arieff.
"Adik...saja bercuti!"Arieff memandang aqiesh dengan pandangan curiga.
"Adik!Tak baik tipu along!"Adooyai,along ni pun!!!
"Adik..nak tenangkan diri."Akhirnya Aqiesh mengaku.Tak sanggup mahu menipu abangya.
"Ouh!Adik ada masalah ke?!"Aqiesh menggeleng.
Jam ditangan dipandang Ariff.Aqiesh membuat muka 'kenapa?'.
"Along kena pergi!Sorry.Esok kita pergi pusing-pusing Seoul ni!"Aqieh hanya mengangguk.Didalam hati,baru sahaja dia mahu meluangkan masa bersama Arieff.
Aqiesh menghantar abangnya sampai kepintu,lalu terus berlalu meninggalkan Aqiesh.
Didalam hati hanya allah sahaja yang tahu betapa gembiranya Aqiesh apabila berjumpa dengan abangnya.
*****
Sorry kalau bab ni x best!Banyak part Aqiesh dengan Arieff je.Jinjja mianhei~Mungkin lepas ini,saya jarang update sebab nak tumpukan untuk Pt3.Tp saya akan usahakan update secepat mungkin.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...