Riefqi masih lagi belum pulang ke rumahnya.Dia belum bersedia untuk menghadap muka isterinya.Tapi dalam masa yang sama perasaan rindu itu selalu muncul mengacau dirinya.
"Weh,isteri kau tak datang lah hari ni.Kau tak risau ke?!"Sapa Farhan sambil melabuhkan punggungnya disebelah Riefqi.
"Biarlah dia.Mesti tengah date dengan Hariess lah tu.Suka hati dia lah nak buat apa pun!"Riefqi cuba menafikan perasaan risaunya itu.
"Apanya!Hariess ada tu dengan Liya.Kau buta ke?!"Marah Farhan.
Riefqi hanya diam.Dan dalam masa yang sama dia cuba memikirkan dimana Aqiesh pergi.Jarang Aqiesh nak ponteng kelas.Kalau ada pun mesti ada hal yang penting.
Selepas tamat kelas,Erryn terus melulu keluar.Dia tahu yang Hariess akan bertanya pasal Aqiesh.Dan sangkaannya tepat!
"Erryn!Tunggu lah.Kau cepat-cepat kenapa?!"Kata Hariess sambil menarik lengan Erryn.
"Apa?Kau nak apa?Aku nak balik lah!"Marah Erryn.
"Kenapa Aqiesh tak datang?Dia tak sihat ke?!"Tanya Hariess beria.
"Er.."Belum sempat Erryn menghabiskan ayatnya,ada satu suara garau yang menyampuk.
"Kau siapa nak tanya pasal isteri aku?Kau ada hak ke?Aku rasa kau bukan sesiapa pun dengan dia.So,kau tak payah care sangatlah!"Sampuk Riefqi dari belakang.
"Aku siapa?Tak lama lagi akulah suami Aqiesh."Balas Hariess dengan sinis.
Satu tumbukkan tepat dipipi kiri Hariess yang dihadiahkan oleh Riefqi.
"Dia tu isteri aku!Dan sampai mati pun aku tak akan lepaskan dia!Sekali kau berani sentuh dia,kau jaga!"Puas hatinya bila dapat menumbuk muka Hariess.Dah lama dah Riefqi menahan.Riefqi dan Erryn terus bla meninggalkan Hariess.
Sebelum dia pulang kerumah sewa Farhan,Riefqi pergi ke sebuah taman.Lama dia termenung di situ.
"Assalamualaikum.Jauh termenung!"Sapa suara lembut dihadapannya.
"Waalaikumusalam.Ouh Sarah.Duduk lah!"Pelawa Riefqi supaya Sarah duduk disebelahnya.
"Kenapa muka murung je!Semangat lah sikit.Ada masalah?!"Tanya Sarah prihatin.
Riefqi hanya diam membisu.Sarah tetap menanti jawapan dari Riefqi.
"Gaduh dengan isteri!"Balas Riefqi mendatar.
"Kenapa dengan dia?Dia buat apa?Ke awak yang buat hal!"Usik Sarah.
"Dia curang!"Balas Riefqi sambil melemparkan pandangan kehadapan.
Tiba-tiba Iphonenya berbunyi menandakan ada panggilan masuk dan diminta diangkat.
Riefqi:Assalamualaikum ma.Kenapa call Riefqi?
Datin Fiza:Waalaikumusalam.Balik sekarang Riefqi!Aqiesh demam tu!
Riefqi:Ma,tu semua lakonan dia je.Mama jangan percaya.
Datin Fiza:Mama kata balik sekarang!Isteri tengah sakit boleh pula kamu merayap sampai tak ingat jalan balik rumah!
Riefqi:Ye lah!
Riefqi terus menuntup panggilan.Selepas memberitahu Sarah bahawa dia kena balik sekarang,dia terus beredar
"Ish!Macam lah aku percaya sangat dengan kau punya lakonan tu.!"Bentak Riefqi.Entah kenapa hatinya rasa macam nak marah je semenjak dua menjak ni.
"Assalamualaikum!"Riefqi memberi salam ketika masuk kedalam rumah agam Datuk Zainal.Dia tidak terus pergi melihat isterinya malah duduk menonton televisyen bersama Syaz.
"Waalaikumusalam.Baru ingat nak balik rumah ke?Akak Aqiesh tu demam.Pergilah tengok dia!"Arah Syaz selamba.Riefqi hanya menjeling tajam mata adiknya.
"Aduh!Ma!Sakitlah!"Riefqi mengadu kesakitan apabila kepalanya diketuk dengan senduk oleh DAtin Fiza.
"Tau pun sakit?Aqiesh tu tengah demam.Pergi tengok dia.Nah bagi dia makan.Dari pagi tak makan lagi dia tu!"Kata Datin Fiza tegas sambil memberi semangkuk bubur.Apa nak jadi dengan anak aku ni!
Riefqi mengambil semangkuk bubur itu lalu berlalu naik ke atas.
"Aishh.Kalau bukan sebab mama,tak adanya aku nak tengok lakonan kau!"Bebel Riefqi sambil memulas tombol pintu biliknya.
"Bangunlah!Tak payah nak berlakon dah.Aku muak tengok lakonan kau!"Kata Riefqi sedikit kuat.Walaupun suara Riefqi sedikit kuat,dia gagal untuk membangunkan Aqiesh.
Riefqi melihat Aqiesh yang mengigil kesejukkan.Ada satu perasaan kesian muncul dalam dirinya.
Dia meletakkan telapak tangannya di atas dahi Aqiesh untuk merasai suhu badan Aqiesh.
"Ya allah!Panasnya!"Kata Riefqi mula bimbang.Dia membasahkan kain tuala yang kecil lalu diletakkan di atas dahi Aqiesh untuk menurunkan suhunya.Dia mengengam erat tangan isterinya.
Apabila ada pergerakkan kecil oleh jari Aqiesh,Riefqi cepat-cepat melepaskan tangan Aqiesh lalu berlalu meninggalkan Aqiesh.
"Rief...qi."Aqiesh sempat membuka mata tetapi tidaklah berapa jelas.Dia tidak tahu sama ada itu Riefqi atau bukan.
"Kau tak boleh kesiankan dia!Dia dah buat kau sakit Riefqi."Riefqi berkata-kata didalam hati apabila terdengar Aqiesh menyebut namanya.
Entah kenapa perasaan marah itu belum terubat lagi.Dia cuba untuk melupakan perkara itu dan cuba memaafkan Aqiesh.Tapi semua itu gagal.
"Aqiesh dah makan ke belum?!"Tanya Datin Fiza prihatin.
"Dia pandailah makan sendiri.Dia ada tangan,bukannya tak ada tangan!"Riefqi berkata selamba lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"Ya,mama tahu dia ada tangan.Tapi Riefqi tak kesian ke Aqiesh tu macam tu?Tak banyak cakap.Asyik termenung."Kata Datin Fiza tegas lalu duduk disebelah Riefqi.
Riefqi senyap.Dia memikirkan tentang Aqiesh.
"Kamu pergi tengok dia.Kesianlah mama tengok Aqiesh tu kamu buat macam tu!"Kata Datin Fiza sedikit kecewa dengan anak lelakinya itu.
"Mama tak kesiankan Riefqi?Dia buat Riefqi sakit tau tak ma?Sakit!"Kata Riefqi sedikit kesal lalu naik ke atas menjenguk isterinya.
"Dah,tak payah berlakon.Kau bangun sekarang.Makan bubur tu.Takut nanti mati kebulur pula!"Entah kenapa Riefqi sanggup berkata begitu kepada isterinya.Mungkin geram!
"Sampai hati kau cakap macam tu.Kau nak aku betul-betul mati ke?"Tanya Aqiesh sedikit perlahan.Dah tak ada kudrat nak bergaduh dengan Riefqi kerana seharian tidak makan.
"Makanlah cepat.Aku penat melayan kau tau tak?Demam sikit, mengada-ngada melebih."Bebel Riefqi sambil melabuhkan punggungnya diatas sofa didalam biliknya.
"Kalau kau tak nak jaga aku,aku tak kesah lah.Aku boleh jaga diri aku sendiri."Balas Aqiesh dingin.
"Bisinglah kau!Kau nak makan,kau makan!kalau tak nak tidur je!Tak payah bising!"Aqiesh yang mendengar Riefqi berkata dingin perlahan-lahan mengalirkan air mata.
Dia rindu sangat perangai Riefqi yang manja,selalu mengusiknya.Belaian Riefqi,pelukkan dia,senyuman dia dan semua tentang dia.Dia benci perangai Riefqi yang panas baran dan ego tinggi melangit.
Malam itu,Riefqi mendekati Aqiesh diatas katil.Aqiesh hanya buat-buat tidak nampak.
Riefqi mengambil bantalnya lalu berlalu ke sofa.Dia merebahkan dirinya disitu.Tanpa memikirkan tentang Aqiesh,dia terus melelapkan matanya.
"Aku rasa macam orang asing je dalam bilik ni.Kenapa dia sanggup buat aku macam ini?!"Monolog Aqiesh.
BaeBoo yang disebelahnya dipeluk erat.Ada satu wangian yang Aqiesh sendiri rindukan.Wangian Riefqi!
**********
Ok!Done bab 30.So,kalau ada benda yang korang tak suka pasal cerita ni,boleh drop comment k~Btw keep reading and vote=)
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...