"Aku nak pergi toilet sekejap tau!"Aqiesh memberi tahu Erryn yang disebelahnya.Time-time diorang gosip best-best lah nak buang air kecil!Aishh.
"Nak aku teman tak?!"Erryn mempelawa diri.Aqiesh menggeleng,malas nak menyusahkan Erryn.Biarlah aku pergi sorang!Bukan ada hantu pun.
"Aku?!"Tiba-tiba Riefqi menyampuk.Aku bagi jugak Si Riefqi ni!Tak habis-habis dengan senyuman nakal dia.
"Tak payah mengada!!"Balas Aqiesh pendek lalu berlalu ke tandas.Dah tak tahan.
"Huh!Lega pun!"Kata Aqiesh didalam hati!
"Arghh!"Aqiesh menjerit apabila ada satu susuk tubuh menariknya kedalam stor.
"Senyaplah!Aku bukan nak buat apa-apa pun dekat kau!Janganlah risau macam ini!!"Hariess!Dia menarik Aqiesh kedalam sebuah stor.Hariess memegang kuat kedua belah tangan Aqiesh.
"Apa kau nak?Lepaslah!Sakitlah Hariess!"Aqiesh cuba melepaskan tangannya tetapi tidak berjaya.Kudrat lelaki lagi kuat dari kudrat perempuan.
Muka Hariess seperti lelaki saiko menakutkan Aqiesh.Pada waktu ini,Aqiesh hendak sahaja menjerit.Tetapi Hariess mengugutnya supaya tidak menjerit kalau tidak nyawa Aqiesh dalam bahaya.
"Cantik jugak kau ni kan?Tapi malangnya,Riefqi bodoh tu yang dapat kau!Kenapa kau tak pilih aku?Kalau kau pilih aku,tak adalah susah aku nak tarik kau masuk stor macamni.Just kita berdua.Sweet kan?Tak ada orang ganggu!"Kata Hariess menyeramkan sambil mengusap pipi Aqiesh.
Aqiesh cepat-cepat menepis tangan Hariess yang mengusap pipinya.
"Lepaskan aku!Tolonglah.Apa salah aku dekat kau?!"Jerit Aqiesh sambil menangis.
"Riefqi!Kau kenapa?!"Tegur Erryn apabila melihat Riefqi meletakkan kepalanya diatas meja lalu memegang kuat dadanya.
"Entah!Sakit!"Balas Riefqi sambil menahan sakit.
"Kau nak tahu apa salah kau?Salah kau sebab kau tak pilih akulah bodoh!Kau taukan yang aku cinta mati dengan kau?!"Tengking Hariess.Aqiesh tidak tahu hendak kata apa-apa.Lidahnya kelu.
"Hariess!Anggap je,kita tak ada jodoh!"BAlas Aqiesh pendek lalu menolak tubuh Hariess sedikit.
"Hahaha!Tapi kita boleh cuba kan?!"Hariess memandang tubuh Aqiesh atas bawah.
"Kau nak apa? Lepaskan akulah bodoh!"Kali ini Aqiesh tidak tahan amarahnya.Dia telah menampar kuat pipi Hariess.
Pangg!
Satu tamparan pula oleh Hariess.Kuat!Cecair merah mula mengalir dihujung bibir Aqiesh.
"Mana Aqiesh ni?Lamanya!"Erryn sudah pun tidak sedap hati.
"Aku nak pergi cari Aqiesh!"Balas Riefqi pendek lalu berlalu meninggalkan Erryn dan Farhan sambil memegang kepalanya yang tiba-tiba sakit.
"Aqiesh!!",Jerit Riefqi kuat untuk mencari Aqiesh disekitar tandas perempuan.
"Riefqi!!!"Aqiesh cuba menjerit apabila terdengar suara Riefqi memanggilnya.
"Kau diamlah!"Marah Hariess perlahan sambil menutup mulut Aqiesh.
"Arghh!Aduh!"Hariess mengadu kesakitan apabila Aqiesh memberanikan diri,mengigit tangan Hariess.
Aqiesh terus keluar dari stor yang agak terpencil itu.
"Aqiesh!Kenapa ni?!"Tanya Riefqi cemas.
"Ha..Ries!"Balas Aqiesh gagap sambil menunjukkan kearah stor itu.
"Wau!Hero Malaya dah sampailah!"Perli Hariess sambil menepuk tangan.
Bukk!
Satu tumbukkan padu dihadiahkan kepada Hariess oleh Riefqi.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...