Aqiesh yang sedang termenung tersedar dari dunianya sendiri apabila iphonenya berbunyi menandakan mesej masuk.Iphone disebelahnya diambil.Mesej itu dibuka lalu dia mengeluh panjang apabila melihat nama yang menghantar mesej itu.
Esok ,2 petang,taman!-Hariess.
Aqiesh mengeluh panjang tanpa membalas mesej dari Hariess.Iphonenya dilemparkan disebelah.Jam didinding dipandang!Dah pukul 10 malam tapi Riefqi belum pulang lagi.
Patut ke aku jumpa Hariess?Tapi nanti Riefqi kasi ke?Tapi aku kena jumpa Hariess jugak,kalau tidak sampai bila dia nak kacau hidup aku macam ini kan?
Pintu dikuak dari luar telah menyedarkan Aqiesh dari duanianya sendiri.Riefqi tersenyum melihat isterinya.Aqiesh hanya mencebik apabila Riefqi pulang lewat.
"Awak pergi mana lambat sangat balik.Jumpa Farhan ke jumpa..."Belum sempat Aqiesh menghabiskan perliannya,terus Riefqi memotong.
"Jumpa Farhan lah.Saya cintakan awak seorang je tahu?Manalah boleh saya nak curang dengan awak!"Kata Riefqi lalu merebahkan diri disebelah Aqiesh.Aqiesh hanya senyap sahaja.Aqiesh memikirkan tentang Hariess.
"Awak,boleh tak esok saya nak keluar sekejap dengan Erryn?!"Bohong Aqiesh.Riefqi senyap memikirkan untuk mengizinkan atau tidak.
"Boleh,tapi biar Bie yang hantar!"Aqiesh mencebik.Aqiesh memikirkan lagi alasan supaya Riefqi mengizinkan sendiri.
"Tak payah lah.Saya boleh pergi sendiri!"Rengek Aqiesh sedikit.Riefqi memantang mata cantik Aqiesh dalam-dalam.
"Ok!Tapi satu je yang Bie nak minta.Sayang kena jaga diri dengan jaga baby kita ni tau!?"Aqiesh mengangguk lalu tersenyum.
Seperti yang dijanjikan,Aqiesh menunggu Hariess ditaman pada pukul 2 petang.Sudah 10 minit Aqiesh menunggu Hariess disini tetapi batang hidungnya pun belum dijumpai.
"Aduh!Lembab betul lah dia ni!Tak tepati masa lansung.Baik aku balik dari melayan kau dekat sini!"Bebel Aqiesh panjang lebar sambil matanya melihat jam ditangan.Matanya dililaukan sekeliling taman untuk mencari kelibat Hariess.Tetapi gagal!
Aqiesh membuat keputusan untuk pulang kerumah.Tetapi,selangkah sahaja dia melangkah ada satu tangan cepat memberhentikan langkahnya dengan tuala yang menutup hidung dan mulut Aqiesh.Aqiesh yang sememangnya tidak tahan dengan wangian terus rebah.Lelaki itu terus membawa Aqiesh pergi dari situ.
Dan pada masa yang sama,Riefqi seperti tidak sedap hati.Nama Aqiesh terus terlintas dikepala otaknya.
"Ya allah,kau lindungilah isteriku dan anak dalam kandungannya daripada benda-benda yang buruk!"Riefqi hanya mampu berdoa sahaja.Riefqi berlalu kebilik air lalu mengambil wuduk.Al-Quran diambil lalu Riefqi membacanya dengan tenang.Selepas habis Riefqi membaca kitab suci itu,barulah hatinya berasa tenang sedikit.
Setelah lama Aqiesh tidak sedarkan diri,akhirnya dia menggagahkan juga matanya untuk membuka walaupun kepalanya terasa berat seumpama ada batu yang besar diatas kepalannya.Matanya melilau melihat keadaan dibilik ini.Kemas dan besar tambahan lagi semua keperluan sudah ada.
Pintu dikuak dari luar telah menyedarkan Aqiesh.Aqiesh membulatkan mata apabila melihat susuk tubuh yang masuk kedalam.
Aqiesh yang seperti orang trauma terus menjauhkan diri daripada Hariess apabila Hariess cuba mendekatinya.
"Nah,makan ni.Nanti kau sakit!"Hariess menghulurkan bekas polistrena kepada Aqiesh.Aqiesh menggeleng ketakutan.
"Aku cakap makan,makan je lah!!!"Tengking Hariess dengan kuat.Aqiesh yang sememangnya takut apabila ditengking terus mengalirkan air matanya lalu mengambil bekas polistrena itu dari tangan Hariess dengan terketar-ketar.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...