Selepas semua tetamu pulang,Aqiesh meminta izin untuk naik ke atas membersihkan diri.
"Gila lah dia punya bilik.Besarnya!Siap ada televisyen lagi."Puji Aqiesh apabila masuk kedalam bilik Riefqi.
"Baik aku mandi cepat sebelum dia masuk."Kata Aqiesh lalu mengunci pintu bilik Riefqi.
Selepas mandi,Aqiesh siap memakai baju t-shirt panjang dan seluar track suit.Dia merebahkan badannya ke atas katil milik Riefqi.
Knock!Knock!
"Weh Aqiesh,bukak lah pintu ni"Kau buat apa?"Jerit Riefqi dari luar bilik.
Aduh!Lupa pula pintu terkunci!
"Kejap lah!"Balas Aqiesh lalu pergi membuka pintu bilik Riefqi.
Riefqi masuk lalu dia kunci pintu itu!
Kunci?Kunci?
"Kau buat apa sampai kunci pintu?"Tanya Riefqi sambil membuka baju melayunya.
"Weh!Boleh tak kau tanggal baju kau tu dekat dalam bilik air?"Marah Aqiesh.Nak tunjuk yang dia sado la tu!
"Suka hati lah!Bilik aku!Padahal iman kau tergoda kan?"Tanya Riefqi sengaja mengusik.
"Tak pun!"Selamba Aqiesh menjawab sambil bermain handphonenya.
Riefqi mendekati Aqiesh yang leka dengan handphonenya.Handphone Aqiesh diambilnya.
"Weh!Kau nak buat apa ni?Jauh la sikit"Marah Aqiesh.
Riefqi mendekatkan bibirnya dengan pipi Aqiesh lalu
Cup~
"Ibu!!!"Jerit Aqiesh.
"Woi!Senyap lah!"Marah Riefqi sambil menutup mulut Aqiesh.
"Ma,kenapa akak Aqiesh menjerit?Cuba mama pergi tengok!"Tanya Syaz apabila mendengar Aqiesh menjerit.
"Eh kamu ni!Diorang tengah buat 'kerja' lah tu!"Kata Datin Fiza kepada anak bongsunya lalu tergelak kecil.
"Hahaha,betul juga tu mama.Lupa pula Syaz."Syaz pula tersengih seperti kerang busuk.
"Lepas lah Riefqi!"Marah Aqiesh apabila Riefqi asyik menutup mulutnya.
"Ahaha,merah muka kau kena kiss dengan aku!"Usik Riefqi sambil tergelak.
"Busuk- busuk pun nak kiss aku!Lain kali mandi dulu!"Kata Aqiesh lalu menjauhkan diri dari Riefqi.
"Ouh ok!Tunggu aku mandi sekejap!Lepas tu kita sambung nak?"Usik Riefqi lagi.
"Tak payah mengada!"Terus Aqiesh merebahkan diru di atas katil.
"Hahahaha"Gelak besar Riefqi dibuatnya melihat Aqiesh!
"Sanalah sikit.Aku nak tidur juga!"Marah Riefqi apabila Aqiesh tidur seperti katilnya sendiri.
Aqiesh tidak melawan malah dia mengambil bantal lalu tidur di atas sofa.
"Aqiesh!Aku tak suruh kau tidur sana pun!"Jerit Riefqi sedikit perlahan.Takut pula didengari oleh Syaz dan Datin Fiza di bawah.
"Bising lah kau!Aku mengantuk ni.Kau tidur je lah atas tu!"Marah Aqiesh dalam keadaan mamai.
"Sekejam-kejam aku,aku tak adalah sampai nak suruh isteri aku sendiri tidur atas sofa"Balas Riefqi sambil memandang Aqiesh yang mungkin sudah lena dibuai mimpi.
*********
"Sedapnya tidur.Lena gila!Empuk nya katil ni!"kata Aqiesh dalam keadaan mamai.Aku..empuk..katil?
"Bila masa aku tidur atas katil?"Terkejut Aqiesh,tiba-tiba sahaja sudah ada di atas katil.
"Morning sayang!Sedap tidur?"Sapa Riefqi selepas selesai mandi.
What?!!dia panggil aku SAYANG?Dah kenapa Riefqi nih?
"Kau angkat aku?"Tanya Aqiesh sambil memandang pelik Riefqi yang duduk disebelah nya.
"Kan aku cakap,aku tak ada lah jahat sangat sampai suruh isteri aku tidur atas sofa."Jelas Riefqi panjang lebar.
Aqiesh hanya diam lalu bangun untuk mandi dan menunaikan solat subuh.
**********
Setelah selesai solat subuh yang diimamkan oleh Riefqi,Aqiesh dan Riefqi turun ke bawah untuk sarapan."Morning kak Qiesh!"Sapa Syaz setelah melihat kakak iparnya turun.
Aqiesh hanya membalas dengan senyuman.
"Mama dengan papa mana Syaz?"Tanya Riefqi sambil melilaukan mata mencari mama dan papanya.
"Diorang keluar.Tak tahu pula pergi mana!"Balas Syaz sambil menyuap masuk sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya.
"Ouh"Pendek sahaja dibalas oleh Riefqi.
Suasana dimeja makan sunyi sekejap.Janggal pula bagi Aqiesh makan dengan Riefqi dan Syaz.Masing-masing hanya senyapkan diri sahaja.
"Ermm,akak!Kenapa akak menjerit malam tadi.Abang ada buat apa-apa dekat akak ke?"Tanya Syaz prihatin.
Aqiesh yang menhirup air milo suam itu terus tersedak mendengar soalan yang keluat dari mulut Syaz.
"Kau ni,minum lah elok sikit."Marah Riefqi lalu menggosok belakang Aqiesh.
"Aku tak sengaja lah!"Marah Aqiesh pula sambil mengambil tisu untuk mengelap mulutnya.
"Perghh!Orang kalau kahwin,panggilan diorang sweet2.Contohnya macam Bie-Sayang,Abang-Sayang.Yang korang aku-kau!Rare gila!"Bebel Syaz panjang lebar.
"Suka hati kitorang lah.Kalau kau nak panggilan macam tu,kau kahwin la cepat!"Usik Riefqi.
"Memang lah!Tapi calon dah kena kebas dengan kau!"Sengaja Syaz mengusik abangnya.
"Eh kau Syaz!"Marah Riefqi.Bini aku tuh!
Syaz tergelak kecil.Cemburu lah tuh!
"Akak,jawablah soalan Syaz tadi!"Kata Syaz lalu memandang Aqiesh.
Aduh!Ingat lagi Si Syaz ni!
"Aku kiss dia!"Selamba sahaja Riefqi menjawab.
Aqiesh terus mencubit peha Riefqi disebelahnya!
Syaz hanya tersenyum melihat pasangan yang baru dijodohkan semalam dihadapannya.
"Sakit lah!Betul apa aku cakap!"Marah Riefqi.
"Senyaplah kau!"Aqiesh pula marah kerana mulut suaminya itu asyik bersuara sahaja.
Akhirnya mereka bertiga senyap sehingga suapan terakhir!
Done!~
*Sorry kalau ada banyak typo*
*Vote*
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...