"Aku nikahkan dikau dengan Nur Rania Erryna Binti Zainal dengan mas kahwinnya sebanyak 300 ringgit tunai!"
"Aku terima nikahnya Nur Rania Erryna Binti Zainal dengan mas kahwinnya 300 Ringgit tunai!"
"Sah!"
"Sah!"
"Sah!"
Dengan sekali nafas sahaja Erryn sudah sah menjadi milik ReZza sepenuhnya.Selepas selesai semua acara,tetamu dijemput untuk menjamu selera.
"Congratulations Ryn!Aku doakan kau bahagia dengan Rezza sampai akhir hayat kau.Cepat-cepat bagi aku anak buah tahu?"Ucap Aqiesh lalu memeluk rakannya itu dan berlaga pipi.
"Thanks Qiesh.Aku tak sedia lagilah!"Bisik Erryn ditelinga Aqiesh.Riefqi dan Rezza hanya memerhatikan sahaja setiap kelakuan isteri mereka.
"Tak sedia?Kau bukannya kena kahwin paksa macam...!"Belum sempat Aqiesh menghabiskan ayatnya,Riefqi mengangkat sebelah keningnya memandang Aqiesh.Aqiesh tersengeh malu!
"Eleh!Poyo je kau Ryn!Tak sedia konon.Entah-entah tak sampai 3 bulan kahwin dan mengandung!Betul tak bro!"Kata Riefqi memerli Eryyn.Rezza hanya mengangguk sambil tersenyum bahagia.Gila tak bahagia,baru lepas kahwin tu!
Selepas selesai semuanya,Riefqi dan Aqiesh meminta izin untuk pulang.Didalam kereta,Aqiesh hanya tersenyum sahaja.Bahagia rasanya apabila melihat kawan baiknya sudah mendirikan rumah tangga dengan orang yang dicintai.
"Bie,Bie cintakan Qiesh tak?!"Tanya Aqiesh tiba-tiba lalu memandang wajah Riefqi yang fokus dengan pemanduan.
"Gila sayang tak cinta.Kalau Bie tak cintakan sayang,dah lama Bie ceraikan sayang lepastu suruh sayang kahwin dengan Ha...!"Riefqi memberhentikan ayatnya apabila dia tersedar dia sedikit lagi hendak menyebut nama arwah Hariess.
"Sorry sayang!Bie tak sengaja!"Kata Riefqi dengan sayu meminta maaf apabila Aqiesh sudahpun membuat muka sedih.Aqiesh hanya tersenyum kelat.
"Kenapa sayang tanya?!"Tanya Riefqi mengubah topik.Tidak mahu membahas tentang Hariess yang sudah meninggalkan semuanya.
"Kalau Bie cintakan Qiesh,boleh tak Qiesh nak minta satu benda?!"Tanya Aqiesh membuat muka teruja.Riefqi hanya mengangguk lalu mengankat sebelah keningnya.
"Anything for you dear!"Senyuman manis diberikan khas buat isterinya sahaja.Lalu dia memberhentikan keretanya apabila sampai dihadapan rumahnya.Aqiesh dan Riefqi masuk kedalam rumah dulu sebelum meneruskan kata-kata itu.
"Sinilah duduk dulu!"Pelawa Aqiesh menarik tangan Riefqi duduk disebelahnya.Pinggang Aqiesh dirangkul rapat dengannya.Kepala Aqiesh pula diletakkan dibahu Riefqi.
"Sayang nak apa?!Minta je apa-apa.Bie boleh carikan!Kalau sayang nak bagi Riefqi junior tu adik pun Bie boleh bagi!"Gurau Riefqi sambil tergelak kecil lalu menggigit bibirnya.Sengaja membuat isterinya tergoda.
"Ishh!Main-main pula dia ni!Orang cakap betul-betul lah!"Marah Aqiesh lalu mencubit peha Riefqi.Riefqi menggosok lembut pehanya apabila isterinya mencubitnya.
"Hahaha!Bie pun serius!"Tergelak Riefqi dibuatnya.Aqiesh mencebik apabila suaminya main-main.Riefqi terus berhenti gelak menjaga hati Aqiesh.Mahu merajuk budak gemuk ni nanti!'aku dahlah tak pandai pujuk!'
"Ok!First,Qiesh nak minum jus mangga.Qiesh teringin sangat!Boleh kan?!"Minta Aqiesh dengan manja.Riefqi laju sahaja menggelengkan kepalanya tanda tidak boleh.
"Alaaa!Bolehlah.Bolehlah Bie.!Bukan selalu.Kali ini je!"Tangan Riefqi digoncang-goncang.Dia tetap ingin memujuk Riefqi.Bila penyakit mengidam dah datang,macamnilah jadinya.
Sifat manja yang jarang ditunjuk oleh Aqiesh pun dengan serta merta keluar.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...