Bab 46

20.6K 655 24
                                    

Riefqi yang sedang bersiap untuk kekelas dipandang lama oleh Aqiesh.Riefqi juga memandang Aqiesh pelik.Dah kenapa pandang aku macam tu?

"Yang kau pandang aku macam tu kenapa?!"Tanya Riefqi pelik sambil mendekati Aqiesh.

"Erm...boleh tak hari ini aku pergi sendiri?Sebab balik nanti,aku nak pergi beli buku dengan Erryn!"Jelas Aqiesh teragak-agak.Haraplah dia kasi~

"Alaaa.Tak apalah kalau macam tu.Tapi nanti jangan balik lambat sangat!"Pesan Riefqi.Aqiesh tersenyum lalu mengangguk.

"Ok lah!Aku pergi dulu.Assalamualaikum!"Aqiesh menyalam tangan suaminya lalu memberi satu ciuman dipipi Riefqi.Terus Aqiesh turun kebawah lalu tersenyum.

Riefqi terkedu!Dia cium pipi aku?Aku mimpi ke?.Ada satu senyuman yang tiba-tiba terukir dibibir milik Riefqi

Pin~

Aqiesh menekan hon kereta apabila berada didepan rumah Erryn.Lama betul!Kering juga aku tunggu dia kat sini~

"Aishh!Lembapnya lah kau ni!"Marah Aqiesh setelah melihat Erryn masuk kedalam perut keretanya.

"Sorrylah Mak Cik!"Kata Erryn pendek.Laju sahaja kereta Aqiesh membelah jalan meninggalkan rumah Erryn.

"Weh,jom lah balik.Nanti mengamuk pula suami aku tu!"Kata Aqiesh sambil menghabiskan air yang dipesan tadi.

Erryn mencebik sambil melihat jam ditangannya.Awal lagi!

"Kau ni kecoh lah.Tadi kan kau dah mesej Riefqi,yang kau balik lambat sikit.Baru pukul 5:49 petang lah!Bukan pagi lagi!"Bebel Erryn panjang lebar.Aqiesh hanya mengeluh.

"Ok,kalau kau tak nak balik kau duduk sini.Aku bla dulu!"Kata Aqiesh menggugut lalu mahu melangkah.

Tangan Aqiesh ditarik oleh Erryn.Aqiesh membuat muka 'apa?'

"Ok2.Jom!Rindu suamilah tu!"Perli Erryn sambil bangun dari kerusi itu dan berlalu bersama Aqiesh .

"Haruslah wei.Kau pun,lagi sebulan nak jadi isteri Rezza kan?So,kau kena bersedia dari sekarang wahai Cik Erryn!"Tergelak Aqiesh apabila dapat mengenakan Erryn

Riefqi yang tertidur diatas meja belajar,tersedar apabila ada benda yang bermain lembut dibahunya.

Terus ditoleh kebelakang Riefqi.Terkejut Riefqi apabila melihat Liya ada didalam bilik itu.

"Kau buat apa dekat sini?Kau keluarlah sebelum Aqiesh balik!!"Tengking Riefqi sambil berdiri menghadap Liya.

"Alah,isteri you lambat lagi balik.Ni lah masa I nak luangkan masa dengan you!".Liya memegang bidang dada Riefqi dengan lembut.Riefqi cepat-cepat menepis tangan Liya.

Apabila tangan Liya ditepis oleh Riefqi,cepat-cepat dia merangkul leher Riefqi lalu memandang mata Riefqi dengan senyuman menggoda.

"Apa kau buat nI?Lepaslah Liya!Kau tak tau dosa ke?!"Riefqi cuba melepaskan tangan Liya yang merangkul lehernya,tetapi gagal.

Terus Liya menarik Riefqi jatuh diatas badannya dikatil.Riefqi terkejut.Riefqi cuba bangun,tetapi Liya makin menariknya menindih dirinya.

Bunyi buku yang jatuh dihadapan pintu menyedarkan Riefqi dan Liya.Terus ditoleh kearah pintu itu.Laju sahaja Riefqi bangun dari menindih badan Liya tadi.

"Aqiesh!"Terkejut Riefqi apabila melihat Aqiesh didepan pintu biliknya.

Setitis demi setitis air matanya laju menuruni ke pipinya.Dia seperti tidak percaya apa yang baru sahaja dia lihat.Bagaikan mimpi!

"Aqiesh!Aku..."Buku yang jatuh diambil oleh Aqiesh lalu meninggalkan bilik itu.Datin Fiza yang melihat Aqiesh menangis terus menyapanya.

"Aqiesh!Kenapa ni?!"Soalan Datin Fiza dibiar sepi.Dia terus keluar dari rumah itu lalu laju sahaja keretanya membelah jalan.

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now