Bab 7

31.5K 1.1K 18
                                    

"Wei Aqiesh,kau pergi kan trip kat tepi pantai tu?"Tanya Erryn apabila Prof Rizal keluar dari dewan kuliah itu apabila habis memberi taklimat tentang trip itu.

"Pergi kot.Aku tanya ibu aku dulu."Kata Aqiesh sambil memandang Erryn.

"Alaa,jom lah.Mesti ibu kau bagi.Aku kan ada,jangan risau lah."Kata Erryn yakin.

"Ok lah.Aku pergi."Kata Aqiesh sambil tersenyum.

"Amboi,borak tak ajak aku!!Macam ni lah kawan an?"Sapa Hariess sambil melabuhkan punggungnya didepan Aqiesh.

"Kau lambat.Kau pergi tak trip yang prof Rizal cakap tu?"Tanya Erryn.

"Errm,kau pergi tak Aqiesh?"Tanya Hariess sambil memandang Aqiesh.

Aqiesh hanya mengangguk.

"Aku pergi.Kau Erryn?"Tanya Hariess sambil memandang muka manis Erryn.Aceceh.

"Haruslah wei.Gila kau aku tak pergi.Menangis si Aqiesh ni tak ada aku."Kata Erryn.

"Eleh kau,Aku kan ada.Aqiesh confirm tak nangis."Usik Hariess.

"Bendalah korang ni."Aqiesh menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Cantiknya senyuman dia."Puji Hariess didalam hati.

"Yang kau pandang aku macam ni kenapa?"Tanya Aqiesh pelik apabila melihat Hariess memandangnya semacam.

"Err,tak ada lah."Balas Hariess gagap.
**********
"Ibu,boleh tak Aqiesh pergi trip."Tanya Aqiesh kepada ibunya yang sibuk memasak didapur.

"Ermm,nanti siapa yang nak jaga Aqiesh?"Pn.Arni sengaja mengusik.

"Ibuku sayang.Aqiesh bukan kecil lagi."Jelas Aqiesh.

"Sampai nak ada orang jaga Aqiesh.Aqiesh dah 20 tahun ibu.Bukan 2 tahun."Sambungnya lagi.

"Yelah Aqiesh."Akhirnya Pn.Arni membenarkan puterinya yang seorang itu melibatkan diri dalam trip itu.

"Ibu,mana boleh percaya sangat dengan Aqiesh ni."Sampuk satu suara garau dari belakang

Abang Riel ni memang nak kena dengan aku!

"Baik ibu suruh Riefqi jaga kan Aqiesh"Sambung Abang Riel lagi.

"Kenapa dengan abang ni?Aqiesh tahulah jaga diri Aqiesh."Marah Aqiesh.

"Haah juga kan long.Nanti ibu call Riefqi."Pn.Arni juga menyokong Abang Rielnya.

Ibu!Jangan!

"Aqiesh dengan Riefqi pun belum ok lagi.Kitorang masih ber'perang' lagi.So,tak ada masa dia nak jaga Aqiesh."Jelas Aqiesh.Kalau ibu suruh Riefqi jaga aku,mesti dia cakap aku anak manja.Malulah aku!

"Korang memang selalu ber'perang'.Ntah bila ibu pun tak tahu nak damai perang korang ni.Perang dunia pun tak lama macam ni."Kata Pn.Arni sambil mengaul lauk yang dimasaknya.

"Sampai bila-bila."Balas Aqiesh pendek lalu berlalu naik ke biliknya.
******
"Assalamualaikum Riefqi sibuk ke?"Tanya Pn.Arni.Takut pula menganggu Riefqi tidur malam-malam begini.

"Waalaikumusalam.Eh ibu,jarang-jarang ibu call Riefqi ni.Ada apa ibu?"Tanya Riefqi sambil berbaring diatas katil.

"Ibu nak minta tolong sikit dengan Riefqi ni."Kata Pn.Arni

"Tolong apa bu?Kalau Riefqi boleh tolong,Riefqi tolong lah."Kata Riefqi sambil tersenyum walaupun didalam talian.Rindu pula dengan ibu,lama tak jenguk ibu.

"Ibu,nak suruh Riefqi jagakan Aqiesh waktu trip tu nanti.Lusa an?"Tanya Pn.Arni.Riefqi sahaja lah yang dia percaya.

"Ouh,boleh je ibu.Jangan risau lah bu.Nanti Riefqi jaga Aqiesh macam isteri Riefqi sendiri."Kata Riefqi selamba.Dia tidak sedar bahawa mulutnya terkeluar perkataan isteri.

"Ha,baguslah tu.Harap lah jadi isteri kamu betul si Aqiesh tu."Usik Pn.Arni.

"Eh,er..Riefqi saja je lah ibu."Riefqi gagap menjawab.Time nie lah,mulut aku nak buat hal.

"Haha,ye lah.Ok lah,ibu dah mengantuk ni.Ibu tidur dulu.Assalamualaikum."Pn.Arni tergelak mendengar jawapan dari Riefqi yang tergagap tu.

"Ok ibu.Selamat malam.Waalaikumusalam."Terus Pn.Arni menamatkan perbualannya bersama Riefqi.
********
"Weh Aqiesh,termenung apa?"Terkejut Aqiesh mendengar suara garau yang menyapanya.Memandangkan hari ini tiada kelas,Aqiesh membawa diri ke taman untuk menenangkan fikirannya.Memang itulah yang akan selalu dibuat oleh Aqiesh jika stress.

"Alaaa kau lagi!Penat lah tengok kau!"Kata Aqiesh sambil memandang tasik didepan nya.Memandangkan taman ini dekat dengan rumah mereka,kerap juga mereka datang sini.

"Aku baru nak tenangkan fikiran.Kalau kau ada,makin serabutkan aku adalah."sambung Aqiesh lagi.

Eh,dia ni!Tak suruh duduk pun!

"Kau tengah fikir apa?Kau fikir siapa nak jaga kau esok?"Teka Riefqi.

"Atuk kau aku tengah fikir pasal tu.Aku boleh jaga diri aku sendiri lah."Kata Aqiesh.

"Eleh ye lah tu.Kalau kau boleh jaga diri kau sendiri,tak adalah nak suruh aku jaga kau."Perli Riefqi.

"Eh?"Pelik Aqiesh.

"Tapi kan,tak apa.Aku akan jaga kau macam isteri aku.Kau jangan risau lah."Selamba Riefqi berkata sambil memandang Aqiesh.

Choii!Mulut aku tak makan ubat lagi!

"Eh,tak.Aku main-main je."Selepas tersedar dia telah mengeluarkan perkataan yang sama dikeluarkan untuk Pn.Arni semalam terus dia mengalihkan pandangan nya ke depan.

"Aceceh.Poyo lah kau."Gelak Aqiesh mendengar jawapan Riefqi.

"Padahal kau nak aku jaga macam tu kan?Kau suka aku dalam diam kan?Aduh!Tak sangka!"Usik Riefqi.

"Kau nak tangan ke nak kaki?Aku kasi free je."Kata Aqiesh sambil menunjukkan tangan dan kakinya.

"Aku nak hati kau!"Usik Riefqi sambil merenung ke dalam mata cantik Aqiesh.

"Hello,ha ibu.Aqiesh balik sekarang.Ok2."Kata Aqiesh dengan telefonnya yang masih ada di telinganya.Ntah bila berbunyi pun tak tahu.

"Apa ibu?suruh Aqiesh teman Riefqi kat sini dulu?Ha,ok."Kata Riefqi pula sambil mengambil telefon dari Aqiesh .

Aduh!Kantoi siott!

"Ahaha,kantoi!Kau malu ke?Malu?Mengaku je lah."Riefqi mengusik sambil menolak manja bahu Aqiesh dengan bahunya.

"Aduh!Masalah lah dengan kau ni.Aku nak balik lah.Dah senja ni."Kata Aqiesh sambil bangun dari bangku itu.

"Ok lah.Bye buaya.Kau nak masuk dalam kolam kau kan?So,pergi lah."Kata Aqiesh sambil berjalan.

"Kau ni lah!"Dengus hati Riefqi lalu mengejar Aqiesh.

"Arghh.hahahaha"Terdengar jeritan dan ketawa AQiesh apabila Riefqi mengejarnya.Dah lama 2 sahabat ini tidak bergurau seperti ini.Tapi ni sekejap sahaja,mungkin esok lusa jadi musuh balik.
******
Done!Sorry kalau ada typo.Jangan lupa vote k?

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now