Angin bertiup lembut dan bunyi ombak membuatkan hati Riefqi lagi tenang!Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Eh,sorry cik!Saya tak sengaja!"Riefqi meminta maaf kerana terlanggar seorang perempuan ketika dia berjalan untuk menikmati keindahan pantai itu.
"Eh awak?"Terkejut perempuan itu apabila melihat susuk tubuh yang melanggarnya!
"Sarah?Tak sangka pula boleh jumpa dekat sini!Awak datang sorang?"TAnya Riefqi sambil tersenyum ke arah Sarah.
"Ya lah,saya pun tak sangka awak pun ada dekat sini.Hmmm,saya datang sorang lah.!"Balas Sarah.
"Hmm.Disebab kan awak langgar saya,jom teman saya lawat pantai ni.Saya pun datang sorang!"Ajak Riefqi.Sekurang-kurangnya ada jugak peneman.
"Eh?awak punya girlfriend tak ikut sekali?"Tanya Sarah.Riefqi budak hot tak kan lah single!Nonsense.
"Ermm.Jom lah."Riefqi sengaja melarikan diri dari topik Sarah.
Riefqi dan Sarah duduk bersebelahan di bawah pokok kelapa.Teringat pula dekat Aqiesh.
"Aqiesh tengah buat apa lah sekarang ni?Mesti dia happy dengan Hariess sekarang ni!"Monolog Riefqi didalam hati.
"Awak?!"Sarah menyedarkan Riefqi dari dunia nya sendiri.
"Er.Sorry!"Riefqi hanya tersengih kambing.
" You know, I still love you."Tiba-tiba Riefqi berkata begitu.
"Me too!"Kata Sarah sambil tersenyum.
********
"Bosan nya!Riefqi tak ada!Kalau dia ada boleh jugak aku buli dia!"Monolog Aqiesh.Aqiesh membuka app instagram.Dia sengaja mencari instagram suaminya.
"Erm,apa nama username dia?Ha,adam_riefqiesh." Ingat pun Aqiesh ni.
"Kan aku dah agak,mesti upload gambar punya!Kaki selfie lah katakan!"Aqiesh berkata didalam hati.
"Lambat pula line dekat sini!"Rungut Aqiesh.
"Siapa perempuan ni?"Aqiesh seperti mahu menangis.Tak mampu nak menanggung air mata yang ada ditubir mata.
"Saya masih sayangkan budak sebelah ni!Tak sangka pula dapat jumpa dia dekat sini.Makin cantik dia.Harap kekalkan kecantikan tu!Ni mesti guna Beauty Qaseh kan?Hahahaha."Aqiesh membaca caption yang tertulis pada gambar Riefqi dan Sarah.Air matanya makin laju membasahi pipi nya.
Dia menutup handphone nya.Tidak mahu diganggu untuk masa ini.Aqiesh memeluk bantal peluk milik Riefqi.Dia menangis semahunya .Habis basah sarung bantal itu.
Lama-lama dia terlelap sendiri dalam keadaan hati yang sakit dan kecewa.
*******
"Ma,Aqiesh nak balik rumah ibu buat masa sekarang ini boleh?Aqiesh perlukan masa!"Aqiesh meminta izin untuk pergi ke rumah ibunya sampai dia tenang."Kalau itu yang Aqiesh minta,mama ok je.Nanti drive elok -elok!"Pesan Datin Fiza.
"Ok mama!"Kata Aqiesh lalu mengemas barang-barangnya.
*******
"Assalamualaikum ibu!"Aqiesh memberi salam ketika masuk kedalam rumah milik Pn.Arni."Waalaikumusalam.Eh?Mana suami kamu?"Tanya Pn.Arni pelik.
"Ermm.Dia busy.Aqiesh balik lah sorang-sorang!"Tipu Aqiesh.
Sorry ibu Aqiesh terpaksa menipu.Riefqi sibuk dengan perempuan lain!
"Jangan tipu lah Aqiesh.Abang tahu apa yang jadi antara adik dengan Riefqi tu.!"Tiba-tiba Azriel menyampuk.
"Ibu,Aqiesh naik dululah.Penat!"kata Aqiesh sengaja melarikan diri.
"Ye lah tu penat."Perli Azriel.
********
"Azriel,pergi ajak Aqiesh makan sekali."Aqiesh dari tadi berkurung sahaja didalam bilik.Risau juga Pn.Arni."Ok bu!"Kata Azriel lalu pergi ke bilik adiknya.
Pintu dikuak dari luar memecahkan lamunan Aqiesh.Entah apa yang difikirkan.
"Boleh abang masuk?"Tanya Azriel berhati-hati.Takut pula ditengking oleh adiknya.Dah lah tengah tak ada mood.
"Abang dah masuk kan?!"Kata Aqiesh dalam keadaan tiada mood.Azriel hanya tersengih apabila ditegur oleh adiknya.
"Aqiesh kenapa ni?Ada masalah cuba cerita dengan abang.Abang tahu Aqiesh gaduh dengan Riefqi."Kata Azriel panjang lebar.
Aqiesh hanya senyap sahaja mendengar Azriel berkata.
"Aqiesh dah buat apa dekat Riefqi?Aqiesh sakitkan hati dia?"Banyak soalan yang dikeluarkan dari mulut Azriel.
Aqiesh hanya senyap lalu menggeleng.
"Kalau nanti Aqiesh dah sedia nak bercerita dengan abang,Aqiesh bagi tahu je."Pesan Azriel.
"Ni,ibu panggil ajak makan!"Sambung Azriel lagi.
"Tak apa lah.Abang makan je lah dengan ibu.Aqiesh tak lapar."Kata Aqiesh.
Azriel hanya mengangguk lalu keluar dari bilik Aqiesh.
Kesian adik aku!Aku doakan kau dengan Riefqi bahagia dik.!
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...