Pagi-pagi lagi Aqiesh sudah bangun.Operasi 'merajuk' dengan Mr.Hubby diteruskan.Sengaja hendak bermanja dengan suami sendiri.Riefqi yang tidur lena dibiarkan sahaja.Aqiesh mendekati suaminya yang masih dibuai mimpi.Dipandang lama wajah kacak Riefqi.
"Tidurlah nyenyak-nyenyak!Saya nak pergi sarapan dulu!Nanti kalau dah lapar,bangun sendiri lepas tu cari makanan sendiri tau?!"Aqiesh berbisik ketelinga Riefqi.Aqiesh tergelak kecil apabila dapat mengenakan suaminya.
Apabila ada gerakkan kecil oleh tubuh Riefqi,Aqiesh terus turun kebawah!Bau wangian perfume seperti menariknya untuk turun kebawah.Aqiesh mencari-cari bau wangiam itu.Aqiesh tersenyum apabila melihat susuk tubuh yang memakai wangian itu.
"Wanginya along!Nak jumpa girlfriend Malaysia ke?"Sapa Aqiesh sambil menghampiri Arieff dan Azriel dimeja makan.Arieff hanya tersenyum.
"Banyaklah adik!Along nak pergi cari kerja!Doakan along tau?!"Balas Arieff sambil tergelak kecil.
"Mestilah adik doakan along.Along jadi pensyarah dekat U adik je lah!Hahaha.Senang along jaga adik!"Aqiesh tergelak besar.Lalu dia terus menutup mulutnya apabila Azriel dihadapannya merenung tajam.
"Hahaha!Tak nak lah!Along nak jadi polis!Lagipun,adik tu nanti pandai-pandai lah suami adik jaga!"Gurau Arieff sambil tergelak kecil.Memang dari kecil dulu cita-citanya hendak menjadi polis.Bila teringatkan waktu-waktu kecilnya bersama Azriel,memang kelakar.Boleh pula mengajak Azriel bermain sekali,sedangkan Azriel adalah seorang yang bencikan permainan polis-polis!
"Huh!Tak sporting lansung Along ni!Kan ab..."Belum sempat Aqiesh menghabiskan ayatnya,Azriel terus berlalu dari meja makan.
"Ibu,Azriel pergi dulu ya?!Assalamualaikum!"Aqieah yang melihat Azriel berlalu begitu sahaja pelik.Kenapa dengan Azriel?Putus cinta ke apa?Ataupun datang bulan?Dia lelaki lah Aqiesh.Ke aku ada salah cakap?!
"Sekejap ya along!"Aqiesh terus keluar lalu mendekati Azriel yang memakai kasut diluar rumah.
Aqiesh memandang Azriel lama.Azriel buat-buat tidak nampak Aqiesh.Azriel terus kearah kereta BMW hitamnya tetapi Aqiesh terlebih dahulu menghalang.
"Kenapa dengan abang?!"Tanya Aqiesh sambil memandang mata Azriel.
Azriel hanya senyap sambil melemparkan pandangannya ketepi.Aqiesh memegang muka abangnya.Ditenung lama wajah Azriel dihadapannya.Dia tahu abangnya ada masalah.Aqiesh hidup dengan Azriel bukan 3 hari,tapi sudah hampir 20 tahun!Memang dia kenal lah jika Azriel ada masalah atau tidak!
"Abang,Aqiesh tanya ni!Abang ada masalah ke?Atau Aqiesh ada salah cakap?!"Aqiesh cuba memujuk abangnya yang mungkin tiada mood untuk berkata.
"Tak ada apa-apa!Pergilah layan along tu.Dia dah tunggu Aqiesh kat dalam!"Balas Azriel mendatar sambil membetulkan rambutnya.
"Ouh!Aqiesh tahu!"Dengan perkataan yang keluar dari mulut Azriel tadi,Aqiesh sudah tahu kenapa dengan abangnya yang seorang ini.
"Abang cemburu sebab Aqiesh asyik layan Along je kan?!"Teka Aqiesh.Mata Aqiesh dijeling tajam oleh Azriel.
"Dah lah!Sana,abang banyak lagi kerja yang nak kena buat dekat hospital tu dari melayan kau!"Kata Azriel sedikit kasar.Lalu menolak lembut badan kecil Aqiesh.
Arieff yang melihat dari daun pintu terus mendapatkan adiknya apabila kereta BMW milik Azriel sudah hilang dari halaman rumahnya.
"Along minta maaf sebab kehadiran along ni,buat hubungan adik dengan abang tu jadi macam ini!"Kata Arieff sedikit sayu.Aqiesh mengesat sedikit air matanya lalu tersenyum.
Dia sedih sangat apabila abang kesayangannya layan dia seperti itu.Apa salah dia sampaikan Azriel sanggup layan dia macam tu?
"Bukan salah along pun.Abang memang layan adik macam tu.Jangan risaulah!Abang mungkin ada masalah dekat tempat kerja dia lah tu!"Aqiesh cuba menghalang perasaan bersalah dari masuk kedalam diri Arieff.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...