Bab 11

30K 1K 19
                                    

"Weh,kau nak pergi kelas dengan aku ke kau pergi sendiri?"Tanya Riefqi sambil mengambil kunci keretanya.

"Aqiesh pergi dengan Riefqi je lah.Tak membazir minyak Aqiesh!"Tiba-tiba Datin Fiza bersuara.

"Ah Ok.Aku pergi dengan kau!"Jerit Aqiesh .

Datin Fiza tidaklah terkejut dengan panggilan Aqiesh dan Riefqi,kerana dia tahu masing-masing masih belum terima satu sama lain.

Selepas bersalaman dengan Datin Fiza,Aqiesh terus masuk ke dalam perut kereta Audi milik Riefqi.

Sampainya simpang hendak memasuki U itu,Riefqi memberhentikan keretanya.

"Dah,turun!"Kata Riefqi selamba.

"Ha?Apasal turun dekat sini.Hantar lah aku sampai pintu pagar tu!"Marah Aqiesh.Baik naik kereta sendiri.

"Kau nak suruh,budak-budak ni nampak ke?!Lepas tu heboh satu U."Bebel Riefqi.

Aqiesh membuat muka menyampah.

"Tangan!"Aqiesh meminta tangan Riefqi tetapi Riefqi hanya memandang Aqiesh dengan pandangan blur sahaja.

"Weh!Aku nak tangan kau.Aku nak salam!"Kata Aqiesh tegas.

Riefqi memberi tangannya lalu Aqiesh mencium tangan suaminya.

"Hati aku tak nak?!"Tanya Riefqi sambil memegang tangan Aqiesh.

"Ermm.Ok Bye!"Aqiesh terus keluar dari perut kereta Riefqi.
*******
"Hai sayang!I rindu sangat dengan You"Sapa Liya dengan gediknya sambil memegang bahu Riefqi.

Riefqi tidak melayan,dia sedar dengan status dia sekarang,dia perlu jaga hati isteri dia.

"Sayang,You kenapa ni?"Pelik Liya,biasa Riefqi hanya melayan nya sahaja.

"Tak ada apa-apa!"Riefqi melepaskan pegangan Liya dibahunya.

Aqiesh hanya melihat drama yang didepan nya.Lalu dia keluar dari dewan kuliah itu dengan sakit hati.

"Aduh!Mesti merajuk si Aqiesh ni!"Monolog Riefqi.
*******
"Setakat ini sahaja lah pembelajaran kita pada hari ini.Harap semua faham dengan apa yang saya ajarkan tadi!"kata Prof.Rizal tegas.

Semua berpusu-pusu keluar dari dewan kuliah.Aqiesh dan Erryn hanya membiarkan mereka berlalu dahulu.Malas hendak menolak-nolak!Rumah tak akan lari lah!

"Weh Aqiesh,kau balik dengan siapa?"Tanya Erryn.Erryn hendak menumpangkan Aqiesh memandang Aqiesh tengah merajuk dengan Riefqi.

"Ermm."Aqiesh seperti memikirkan sesuatu.

"Dia balik dengan aku.Jom!"Sampuk Riefqi dari belakang.Aqiesh terkejut tiba-tiba sahaja Riefqi ada dibelakangnya lalu menarik tangan Aqiesh.

"Ouh ok!Bye Aqiesh.Hati-hati!"Jerit Erryn apabila bayang Aqiesh sudah pun tiada!
*********
"Kau kenapa senyap je dari tadi?"Tanya Riefqi lalu memandang sekilas muka Aqiesh.

Aqiesh hanya senyap membisu lalu melemparkan pandangannya ke luar tingkap!

"Weh!Aku tanya nih!"Kata Riefqi tegas.

"Aku senyap salah!Aku bising salah.Kau nak apa sebenarnya.?"Marah Aqiesh.

"Aku nak kau!"Balas Riefqi serius.

Aqiesh hanya buat-buat tidak dengar sahaja. Malas melayan buaya yang disebelahnya.

Setelah sampai di rumah agam milik Datuk Zainal,Aqiesh terus naik ke atas bilik Riefqi.

"Riefqi,kenapa dengan Aqiesh tu?Masam je muka!"Tegur Datin Fiza apabila melihat menantunya terus naik ke atas dengan muka masam!

"Er..Bendera Jepun kot!"Balas Riefqi gagap.

"Ouh"
********
"Weh,kau marah pasal apa sebenarnya nih?"Riefqi jadi pening dengan perangai Aqiesh.Cemburu?Tapi Aqiesh tak cintakan aku!

"Kau cemburu dengan Liya ke?"Tanya Riefqi lalu melabuhkan punggungnya rapat dengan Aqiesh di atas katil.

"Ada ke isteri dekat luar sana yang tak cemburu bila suami dia tergedik dengan perempuan lain!"Kata Aqiesh tegas.Dia juga tidak tahu mengapa dia sakit hati tengok 'drama' pagi tadi!

"Ada,isteri yang tak cintakan suami dia!Kau cemburu maknanya kau cintakan aku lah kan?!"Teka Riefqi lalu mencuit hidung Aqiesh.

"Whatever!"Aqiesh terus berlalu ke tempat tidur biasanya.Sofalah tu!Hahaha.
*******
"Weh Aqiesh!Layan lah aku.Bosan nih!"Rengek Riefqi.Sudah 3 hari Aqiesh tidak melayan nya.Sebenarnya Aqiesh bukan merajuk sangat,sengaja mahu menguji Riefqi.

"Hmmm"Aqiesh menanyangkan muka menyampahnya.Padahal dalam hati nak tergelak sebab tengok muka Riefqi merengek.

"Jom pergi jalan-jalan nak?Kau cakap je nak pergi mana!Aku bawak."Pujuk Riefqi sambil merenung ke dalam mata cantik Aqiesh.

"Ermm.Aku tak ada mood.Malas nak berjalan.Kalau kau nak berjalan sangat,kau pergi dengan Liya."Kata Aqiesh melemparkan pandangan nya ke arah televisyen dihadapannya.

"Tak habis-habis lagi cemburu dia!"Kata Riefqi sambil tersenyum.

"Bla bla bla!"Malas mahu melayan Riefqi.

"Sayang,jom lah."Pujuk Riefqi lagi!

"Tak kan nak mereput dalam bilik ni je.Jom lah Aqiesh!"Sekali lagi Riefqi merengek seperti budak kecil.Comel!

"Ok lah.Jom pergi jogging!"Ajak Aqiesh.Sengaja dia mengajak Riefqi berjogging kerana dia tahu,Riefqi pasti akan menolak.

"Ok,Jom."Ajak Riefqi pula!

Aduh!Dia setuju pula.

"Hmmm,ok!"Balas Aqiesh.

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now