"Cantik nya kau Aqiesh.Senyuman kau lah yang buat aku cair dengan kau!Aku harap kau terima aku bila aku dah luahkan perasaan aku dekat kau!"Monolog Hariess didalam hati sambil melihat gambar Aqiesh.
"Esok aku kena luahkan perasaan dekat dia!Aku tak nak dia jadi hak orang lain!"Kata Hariess yakin.
"Ha,betul tu Hariess.Bawa je dia jumpa dengan mama!Kalau calon tu yang terbaik untuk Hariess mama terima je!"Tiba-tiba Pn.Syafa menyampuk.
"Eh mama!Er.Ye ke ma!?Calon Hariess pilih mestilah ok!"Kata Hariess sambil tersenyum.
"BOLeh mama tengok?!"Tanya Pn.Syafa lalu mengambil iphone ditangan Hariess.
"Eh?Cantik nya.Baik kamu bawak dia jumpa mama cepat2.Takut nanti buaya lain pula yang makan dulu.!"Kata Pn.Syafa bergurau.
"Hahaha,nanti kalau dah ada masa yang sesuai Hariess bawak dia jumpa mama k?"Balas Hariess sambil tersenyum menampak barisan giginya yang cantik.Menawan!
********
"Assalamualaikum Aqiesh!"Erryn memberi salam ketika masuk kedalam rumah Aqiesh.Disebabkan Aqiesh dan Erryn ni rapat,Erryn buat rumah Aqiesh seperti rumah sendiri.Selalu juga dia datang ke rumah Aqiesh.Sampaikan ibu Aqiesh pun sudah menganggap Erryn seperti anak sendiri."Masuk lah Erryn.Kamu pujuk lah Aqiesh tu makan!Dia tak makan lagi tu.Risau pula mak cik."Sapa Pn.Arni.
Erryn terus naik ke bilik Aqiesh.
"Weh Aqiesh.Asal muka kau macam beruk tak lepas melabur je?Murung je?"Gurau Erryn.Sengaja nak buat Aqiesh gelak.Aqiesh hanya menjeling tajam ke arah Erryn.Suka hati panggil aku beruk!
"Hihihi.Rilek la!Kau kenapa?Cuba cerita dekat aku.Aku dengar!"Pujuk Erryn untuk mengetahui masalah Aqiesh.
"Kau gaduh dengan Riefqi?"Teka Erryn lagi.
"Ermm.Kalau aku cakap ni,kau rahsiakan dari orang lain k?Ha,lagi satu.Please jangan gelak.!"Baru Aqiesh membuka mulut apabila bersama sahabatnya itu.
Erryn mengangguk tanda setuju .
"Aku memang gaduh dengan dia!Aku pernah cakap dekat dia yang aku cintakan dia!"Aqiesh sengaja berhentikan ayat nya kerana mahu melihat muka Erryn yang menahan gelak."Aku dah cakap kan!Jangan gelak lah.Buat biasa sudah lah!"Marah Aqiesh.
"Hhaha,ok2!"Akhirnya Erryn menahan ketawanya.
"Dia suruh aku lupakan perasaan tu.Then semalam aku baru tahu kenapa dia suruh aku lupakan perasaan tu."Kata Aqiesh panjang lebar.
"Kenapa?"Tanya Erryn pelik.
"Sebab dia dah ada perempuan lain!"Kata Aqiesh sambil membuat muka sedih.
"Aku tak rasa dia macam itu.Aku tengok dia jenis setia!"Erryn seperti tidak percaya.
"Lantak lah dia tu.Aku tak nak ambil kesah dah pasal dia!"Kata Aqiesh tegas.
"Sabar lah!Aku selalu ada untuk kau!"Kata Erryn sambil tersenyum.
*******
"Kalau aku dapat hidup bahagia dengan Aqiesh macam pasangan-pasangan yang lain kan bagus.Tapi aku tahu hati dia cuma untuk Hariess."Monolog Riefqi sambil melihat gelagat pasangan yang mungkin baru disatukan sedang bergurau senda!Sweet!"Aku minta maaf sebab tinggalkan kau macam tu je!Aku betul-betul minta maaf!Aku just nak masa!"Riefqi hanya berkata didalam hati.Bila teringat kan Aqiesh timbul satu perasaan yang Riefqi sendiri tidak tahu.
********
"Aqiesh nak pergi mana?"Pn.Arni apabila melihat puterinya itu keluar malam."Er.Aqiesh nak makan dengan kawan AQiesh dekat luar.Sekejap je!Aqiesh janji balik awal!"Kata Aqiesh lalu keluar dari rumah dan masuk ke dalam perut teksi.Kalau tak sebab kereta nya dipinjam oleh Azriel tak ada nya dia nak naik teksi.
"Kenapa naik teksi?"Tanya Hariess apabila melihat Aqiesh keluar dari teksi.
"Kereta aku abang aku pinjam!"Jelas Aqiesh sambil duduk di kerusi yang disediakan untuk mereka berdua.
"Lain kali suruh la aku ambik!"Hariess juga duduk dihadapan Aqiesh.Aqiesh juga pelik mengapa Hariess mengajaknya makan dekat tempat yang sedikit mewah ini.
"Kenapa kau pandang aku lain macam?!"Tanya Aqiesh apabila Hariess memandangnya .
"Tak ada apa-apa!You look beautiful tonight."Kata Hariess sambil memandang tepat ke arah mata cantik milik Aqiesh.
"Hmm,thanks!"Kata Aqiesh sambil tersenyum hambar.Dia tiba-tiba rasa tidak selesa dengan Hariess.Perasaan nya pada malam ini lain macam.
Selepas selesai makan,Hariess tiba-tiba mengeluarkan sekotak cincin.Cantik!
Aqiesh terkejut dengan tindakkan Hariess yang memegang tanganya supaya bangun.Aqiesh menepis tangan Hariess.Dia sedar dengan status nya sekarang.Dia perlu mengawal batas dengan lelaki.
Tiba-tiba Hariess melutut di hadapan nya!Nasib tak ramai orang!Boleh malu aku dia buat macam itu!
"Sudi tak kau jadi sebahagian dari hidup aku?Jadi ibu kepada anak-anak aku nanti?"Hariess cuba melamar Aqiesh.Aqiesh juga terkejut dengan Hariess.Tak sangka pula Hariess juga mencintai nya selama ini.
"Sorry Hariess!Aku tak boleh!"Kata Aqiesh tegas.
"Tapi kenapa?"Hariess terus bangun dari melutut apabila Aqies menolak lamaran nya.
"Setahu aku kau cintakan aku jugak!"Kata Hariess pelik sambil merenung tepat ke arah mata Aqiesh.
"Ya!Memang dulu aku cintakan kau!Tapi tu dulu sebelum..."Aqiesh tak mampu meneruskan ayatnya.Dia tak nak Hariess tahu.
"Sebelum apa?"Balas Hariess tegas.
"Sebelum aku jadi suami dia!"Tiba-tiba satu suara garau datang mendekati Aqiesh dan Hariess.Riefqi!
Riefqi terus merangkul pinggang Aqiesh didepan Hariess.Muka Hariess kini bertukar mungkin disebabkan marah.
"Hahahaha!Kau fikir lawak ke bro?!"Gelak Hariess.Hariess seperti tidak percaya dengan apa yang ada dihadapanya.
"Kau nak bukti ke?"Tanya Riefqi dengan senyuman yang sinis.
"Tunjuk lah!"Kata Hariess tegas.Aqiesh yang disebelah Riefqi hanya diam membisu.
"Ni!"Kata Riefqi sambil memegang tangan Aqiesh dan menunjukkan cincin perkahwinan mereka berdua!
"Dah lah!Baik kau cari perempuan lain yang lebih baik dari Aqiesh ni!"Nasihat Riefqi dengan nada yang tegas.
Riefqi terus menarik tangan Aqiesh supaya mengikutnya pulang.
"Aku tak akan biarkan korang hidup bahagia.Itu janji aku bro!Kau tengok je lah.Aku akan dapatkan Aqiesh balik.!"Kata Hariess didalam hati.
Riefqi membuka kan pintu kereta lalu menyuruh Aqiesh masuk kedalam.Kereta Audi milik Riefqi laju membelah jalan.
Sepanjang perjalanan,masing-masing hanya senyapkan diri sahaja.Riefqi memandang sekilas wajah manis milik Aqiesh.Wajah yang dia rindukan selama 3 hari itu.
*********
Done bab 18.Sorry kalau banyak typo~Jangan lupa vote sekali^^
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...