"Weh Aqiesh.Kalau nanti suatu hari,Hariess luahkan perasaan dekat kau.Then,kau pun terima dia,kau jangan lupa aku tau!"Tiba-tiba Riefqi memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
"Kenapa kau cakap macam tu?Aku sedar lah dengan status aku sekarang ni!"Marah Aqiesh.
"Good Night!Aku nak tidur.Kau tidur lah atas katil.Aku nak tidur atas sofa!Jangan lupa mimpi Hariess tau!"Kata Riefqi lalu merebahkan diri di atas sofa!
"Kenapa kau berubah?!"Jerit Aqiesh.
Jeritan Aqiesh hanya di biar sepi oleh Riefqi.
Malam itu,Aqiesh tidak dapat tidur lena kerana memikirkan tentang Riefqi.Kenapa dia berubah!
Aqiesh bangun dari tidur lalu mendekati sofa tempat Riefqi tidur.
Dia melentukkan kepalanya di atas bidang dada milik Riefqi.Akhirnya dia terlena di atas dada milik Riefqi.
Pagi itu,Riefqi tersedar dahulu kerana terdengar azan subuh berkumandang!
Riefqi pelik terasa berat pada dadanya.Dipandangnya wajah Aqiesh.
"Aku tahu ,walaupun sekarang ni kau milik aku sepenuhnya tapi hati kau mungkin tak dapat aku miliki."Monolog Riefqi didalam hati.
"Tapi aku akan tetap layan kau macam kawan aku!"Sambung Riefqi lagi.
"Aqiesh,bangun lah.Jom subuh.Nanti habis waktu.!"Riefqi mengejutkan Aqiesh dengan lembut!
"Ermm.Eh,sorry weh."Aqiesh tersedar dia telah tertidur di atas bidang dada milik Riefqi.
"Ermm.Pergi ambil wuduk cepat."Arah Riefqi.
Aqiesh hanya menurut sahaja apa yang Riefqi kata.
Selepas selesai solat subuh,Aqiesh dan Riefqi turun ke bawah untuk sarapan bersama-sama.
"Morning ma! Papa mana?"Tanya Aqiesh.
"Papa dari pagi tadi dah keluar.Ada meeting dengan Datuk Farid katanya."terang Datin Fiza sambil menuangkan air milo suam kedalam gelas Aqiesh dan Riefqi.
"Ouh."
"Riefqi kenapa senyap je dari tadi?Biasa dia lah yang paling bising!"Tanya Datin Fiza pelik!
"Tak ada apa-apa lah ma!"Balas Riefqi mendatar.
********
"Syaz buat apa?"Sapa Aqiesh apabila melihat Syaz mencuci motor kesayangannya."Tengah menjahit kak!"Spontan sahaja Syaz melawak!
Aqiesh tergelak mendengar jawapan Syaz.Pandai melawak!
"Akak nak tolong boleh?"Tanya Aqiesh.Bosan betul hari ni.Riefqi macam nak tak nak je layan aku.Hmm!
"Tapi nanti abang marah Syaz pula sebab akak tolong Syaz."Kata Syaz.
"Tak adalah.Kalau abang marah Syaz kan!Akak Qiesh marah dia balik.Hahaha."Berani nak marah geng aku!
"Hahaha.Boleh juga tu!Sep sikit!"Kata Syaz bergurau!
"Nah akak tolong semburkan air ni dekat tempat Syaz dah cuci."Arah Syaz.
"Korang buat apa?"Tiba-tiba Riefqi menyampuk dari belakang!
"Tengah menjahit!"Serentak Aqiesh dan Syaz bergurau.
"Kau nak join tak?"Tanya Aqiesh sambil ketawa.
"Tak nak lah."Balas Riefqi .Kemudian selangkah sahaja dia berpusing,baju belakang nya terasa basah.
"Aqiesh!"Tidak perlu toleh ke belakang untuk melihat siapa yang buat.Riefqi sudah pun tahu siapa yang buat.Aqiesh seorang sahaja yang selalu cari masalah dengan nya.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...