Selepas makan malam bersama-sama Aqiesh dan Riefqi terus masuk ke dalam bilik.Mereka merebahkan diri masing-masing bersebelahan tetapi masih ada ruang antara mereka.
"Hmm!Weh,kalau aku cakap aku cintakan kau..."belum sempat Aqiesh menyambung ayatnya,Riefqi sudah terlebih dahulu memotong ayat Aqiesh.
"Baik kau lupakan perasaan tu!"Kata Riefqi serius lalu meninggalkan Aqiesh yang terpinga-pinga apabila mendengar Riefqi berkata seperti itu!
Riefqi mengambil angin diluar rumah.Dipandangnya langit supaya dapat hilangkan sedikit apa yang ada di hatinya sekarang.Langit mendung pada malam itu seperti merasakan apa yang Riefqi rasakan sekarang!
"Aku minta maaf Aqiesh!Aku tak boleh teruskan.Aku tak nak kau terluka bila aku lepaskan kau nanti!Aku pun tak nak lukakan hati aku sendiri.Aku harap kau boleh faham aku sekarang ni!"monolog Riefqi didalam hati.Sampaikan Azriel (*abang Riel*) memberi salam pun dia tidak sedar.
"Riefqi!"Azriel menepuk bahu Riefqi untuk menyedarkan dia dari dunia nya sendiri.
"Er..sorry!Aku tak perasan!"Balas Riefqi sambil tersengih seperti kerang busuk.
"Kau kenapa ni?Ada masalah?Kalau ada masalah cerita je dekat aku!Aku ok!"Tanya Azriel prihatin.
"Aku ok lah."Balas Riefqi pendek.
Dia tak nak orang tahu tentang hal rumah tangganya."Ke kau gaduh dengan adik aku?"teka Azriel.Disebabkan Azriel dan Riefqi hanya beza 3 tahun sahaja,Riefqi sudah menganggap Azriel seperti sahabatnya.
"Aku ok lah dengan Aqiesh tu!Aku saja ambil udara segar dekat luar ni!"Riefqi mencari alasan.
"Ok lah kalau macam tu,aku masuk dulu lah.Jangan lama-lama sangat dekat luar ni,nanti ada pula perempuan yang meng'usha' kau!"Usik Azriel.
"Hahaha,ok!"Riefqi tergelak mendengar Azriel bergurau.
Qaliesh yang berada di dunia nya sendiri terus tersedar apabila Riefqi masuk kedalam biliknya.Aqiesh cepat-cepat membelakangkan Riefqi. Riefqi tidak berkata apa-apa malah membelakangkan Aqiesh juga.
Riefqi masih lagi tidak dapat lelapkan matanya kerana memikirkan tentang Aqiesh yang tiba-tiba dingin dengan nya.
******
"Aqiesh!Riefqi!Ibu ajak sarapan sekali"Azriel mengetuk pintu bilik adiknya apabila dua-dua masih berkurung didalam bilik."Erm,ok.Kejap lagi aku turun!"Kata Riefqi sambil membuka pintu.
"Kau tak nak sarapan?"Tanya Riefqi kepada Aqiesh apabila Aqiesh hanya termenung di atas katil sambil merenung handphonenya.Apa yang direnung pun tak tahu!
Aqiesh hanya senyapkan diri.Riefqi terus turun ke bawah apabila dia tidak dilayan oleh isterinya.
"Mana Aqiesh?"Tanya Pn.Arni apabila melihat Riefqi turun seorang diri.
"Dia tak nak makan.Dia diet kut!"Bals Riefqi lancar.Perkataan dihujungnya diperlahankan.
"Eh?selama aku hidup dengan dia,dia tak pernah diet pun.Kan bu?"Makin pelik Azriel melihat Riefqi dan Aqiesh.
"Haah!Tak apalah,makan lah dulu.Nanti dia lapar dia makan lah."Kata Pn.Arni lalu melesetkan kaya di atas sekeping roti.
******
Aqiesh yang sedang kusyuk menonton drama nya terus berlalu naik ke atas biliknya apabil Riefqi duduk disebelahnya.Azriel hanya memerhatikan sahaja Aqiesh dan Riefqi.Betapa sakitnya hati dia apabila Aqiesh melayannya seperti kayu sahaja.
"Sabar lah Riefqi.Dia tak ada mood tu!"Tegur Azriel.Riefqi hanya tersenyum hambar sahaja!
******
"Riefqi,bagi Aqiesh makan ni!Dia dah sehari suntuk tak makan."Tegur Pn.Arni sambil memberi Riefqi sepinggan nasi goreng dan segelas jus orange."Ha ok"Balas Riefqi lalu mengambil dulang yang diberi oleh Pn.Arni.
"Aqiesh,makan ni dulu!Cukuplah kau renung handphone kau tu.Aku tahu kau tak buat apa-apa
dengan fon kau tu!"Kata Riefqi lalu mendekati Aqiesh."Ibu kata kau tak makan lagi hari ini.Nah makan ni!"Tegas Riefqi.
"Aku tak lapar!"Balas Aqiesh dingin.
"Kau boleh tak jangan degil.Cuba dengar sikit cakap aku."Riefqi sedikit menengking Aqiesh.
Aqiesh yang terkejut ditengking oleh Riefqi terus bersuara.
"Kenapa kau suruh aku makan?Kenapa kau paksa aku makan!"Marah Aqiesh.
"Sebab aku risau!"Riefqi masih lagi dalam nada tingginya.
Aqiesh terkejut Riefqi berkata begitu!Risau?Nonsense!
"Erk?Apa aku cakap tadi?Risau?Tak ada masa aku nak risau kan kau!"Riefqi menafikan percakapannya tadi.
"Aku tak lapar,dan aku tak nak makan!"Balas Aqiesh tegas lalu menarik selimut sampai ke paras kepalanya supaya tidak melihat wajah Riefqi.
"Lantak kau lah.Kau dah besar!Pandai jaga diri sendiri.Aku rasa kau tak perlukan aku untuk jaga diri kau!"Riefqi sekali lagi sedikit menengking Aqiesh.
Aqiesh hanya mampu mendengar sahaja apa yang keluar dari mulut Riefqi.Dia dah tak kuat nak lawan apa yang Riefqi kata.Makin sakit hati adalah nanti!
********
Hai,selepas ini saya akan gelar kan Abang Riel sebagai Azriel k?Sebab Azriel senang sikit.Ok itu je.So,jangan lupa vote k?~#EnemyHusband
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...