Di kubur,keadaan disana amat memilukan.Perasaan sedih dan terkejut bercampur didalam hati Aqiesh.Mana tidaknya,kawan yang selama ini mendengar rintihannya selain Riefqi dan Erryn telah pergi meninggalkannya.Selepas selesai mengebumikan arwah Hariess,masing-masing membacakan surah yasin dan seterusnya mensedekahkan al-fatihah.Dari tadi,air mata Aqiesh tidak berhenti mengalir.
"Janganlah macam ini.Kalau Hariess tengok sayang macam ini mesti dia sedih.Sayang kena kuat!"Pujuk Riefqi perlahan sambil menggosok belakang isterinya.
Semua sudah pun beransur pulang kecuali Riefqi,Aqiesh dan Pn Syafa.Aqiesh melentokkan kepalanya dibidang dada milik suaminya.Pn Syafa pula dari tadi menangis meratapi pemergian anak kesayangannya.Selepas pemergian suaminya,dia hanya mampu hidup jika ada anak kesayangannya itu,Hariess.Tetapi sekarang,Hariess sudah pergi meninggalkannya.Entah macam mana hidup Pn Syafa selepas ini.
"Qiesh.!"Panggil Pn Syafa sayu.Aqiesh terus memandang Pn Syafa disebelah.Kotak ditangan Pn Syafa diberi kepada Aqiesh.Aqiesh menyambut lembut.
"Itu untuk Aqiesh.Hariess amanahkan mak cik supaya sampaikan kotak ni kepada Aqiesh.Aqiesh bukaklah dekat rumah!Mak Cik balik dulu ya?!"Kata Pn Syafa sayu.Aqiesh hanya mengangguk.Kotak yang tertulis 'BestFriend Untill Jannah' itu dipandang lama oleh Aqiesh.
"Hati-hati ya mak cik.Riefqi yakin,semua yang berlaku ni ada hikmah!"Pesan Riefqi sebelum Pn Syafa melangkah pergi meninggalkan pusara anaknya.Pn Syafa hanya tersenyum kelat.
"Sayang,jom balik?Hari nak hujanlah!"Pujuk Riefqi sambil memandang mata bengkak Aqiesh.Aqiesh hanya menurut sahaja.
Belum sempat mereka melangkah pergi,hujan sudah pun turun renyai-renyai dan semakin lebat membasahi bumi ini.Riefqi dan Aqiesh mempercepatkan langkahnya ke kereta Audinya.Masuk sahaja kedalam keretanya,jaket yang selalu dibawa oleh Riefqi diambil lalu diletakkan kebadan Aqiesh untuk menghilangkan rasa sejuk.
Riefqi memandang sekilas wajah isterinya lalu memandu dengan cermat kerumahnya.Keadaan didalam kereta senyap sahaja.Aqiesh dengan dunianya sendiri.Kotak ditangan dipandang lama oleh Aqiesh.Dan perlahan-lahan tangannya membuka kotak itu.Air matanya yang ditahan kembali mengalir apabila ada gambar-gambarnya bersama HariESS.Kotak itu kembali ditutup apabila dia sudah tidak dapat menahan lagi.Selepas sampai dirumah,Riefqi terus memapah Aqiesh naik kebilik memandangkan badan Aqiesh yang lemah.Aqiesh terus duduk diatas diatas katil tanpa menanggalkan shawl putihnya diatas kepala.Riefqi juga duduk disebelah Aqiesh sambil menghadap Aqiesh.
Kotak itu kembali dibuka,Riefqi juga melihat isi didala kotak itu.Gambar-gambar Hariess bersama isterinya dibelek satu persatu.Kotak cincin yang didalam kotak itu diambil oleh Aqiesh lalu dibukanya perlahan-lahan.Aqiesh memandang cincin silver itu lama.Begitu juga dengan Riefqi.
"Kalau sayang nak pakai cincin tu,sayang pakailah.Bie tak kisah!"Kata Riefqi sambil memandang mata Aqiesh.Aqiesh menggeleng lalu meletakkan semula kotak itu.
Kertas yang ada didalam kotak itu diambil.Riefqi turut membaca isi didalam surat itu.
Assalamualaikum.Bila kau baca surat ni,aku dah tak ada dekat dunia ni.Jarak kita sekarang jauh.Tujuan aku tulis surat ni sebab aku nak minta maaf sangat-sangat dengan kau sebab selalu sakitkan kau,selalu buat rumah tangga kau dengan Riefqi retak.Aku betul-betul minta maaf.Aku rasa berdosa sangat.Kau ada hak nak benci aku sekarang.Kau mesti tertanya-tanyakan kenapa aku selalu cakap 'buat kali terakhir'.Dan aku yakin yang kau dah dapat jawapan tu.Walaupun sekarang ini aku dah tak ada dekat dunia ni,aku akan tetap ada dengan kau walaupun jarak kita sekarang ni tersangatlah jauh.Lepas aku dapat tahu yang aku ada penyakit kanser hati,aku rasa macam hidup aku ni dah tak ada makna.Aku terpaksa culik kau sebab aku nak luangkan masa dengan kau selama yang boleh.Aku minta maaf sebab aku rahsiakan penyakit aku ni dari kau.Aku harap lepas aku pergi,kau akan teruskan hidup kau macam biasa.Aku nak kau jaga Riefqi baik-baik sebab dia sesuai jadi imam kau.Bukan aku!Aku nak kau ingat,Walaupun sekarang aku dah tak ada aku tetap sayangkan kau.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...