Petang itu,Aqiesh dan Riefqi keluar pergi ketaman untuk berjogging bersama disebabkan hari sebelum ini Aqiesh menolak permintaan Riefqi untuk pergi berjogging.
"Kau buat apa dekat bilik abang aku?!"Tanya Syaz tegas apabila melihat Liya yang baru keluar dari bilik abangnya.
"Er..pinjam buku Aqiesh.Tapi tak jumpa pula!K la,aku nak masuk bilik.Bye!"Balas Liya gagap.Syaz mula curiga dengan Liya.
"Macam-macam perempuan ni!"Keluh Syaz lalu masuk kedalam biliknya.
Satu jam selepas itu,Aqiesh dan Riefqi pulang memandangkan hari hendak menjelang senja.
"Aku naik dululah.Panas,nak mandi!"Kata Aqiesh sambil meletakkan gelas yang berisi air dihadapan Riefqi.
"Ok!Pergilah!"Balas Riefqi sambil tersenyum.Lalu Aqiesh terus naik keatas untuk membersihkan badanya.
Tidak lama selepas itu,Riefqi tersedar dari dunianya sendiri kerana terdengar Aqiesh menjerit.
Riefqi cepat-cepat naik ke atas.Riefqi mencari Aqiesh didalam bilik tetapi tiada.Riefqi cepat-cepat memecahkan pintu bilik air apabila dia teringat Aqiesh hendak mandi.
"Ya allah!Aqiesh!"Terkejut Riefqi apabila melihat kepala Aqiesh bermuluran darah.Terus dicempungnya badan Aqiesh lalu bergegas keluar untuk membawa Aqiesh ke hospital.
"Kenapa dengan kak Aqiesh ma?!"Tanya Syaz cemas apabila melihat kepala Aqiesh berlumuran darah.
"Abang cakap jatuh bilik air.!"Kata Datin Fiza cemas.Dia mendail nombor Pn.Arni untuk memberitahu tentang ini.
"Aqiesh!"Terkejut Azriel apabila melihat kepala adiknya berlumuran darah.Niat hendak balik dibatalkan.Azriel terus mengikut langkah Riefqi ke wad kecemasan.
"Macam mana adik aku boleh jadi macam tu?!"Kata Azriel tegas.Dia teramat sayangkan Aqiesh,dan sebab itulah dia tak nak melihat Aqiesh terluka atau sakit.
"Aku tak tahu.Jatuh bilik air agaknya.Sebab waktu tu,aku dekat bawah lagi!"Terang Riefqi panjang.Azriel mengeluh panjang.
"Ya allah!Janganlah jadi apa-apa dekat isteriku.Aku mohon ya allah!"Riefqi hanya mampu berdoa didalam hati.
"Macam mana dengan adik aku?!"Tanya Azriel cemas kepada kawan baiknya yang kebetulan merawat Aqiesh.
"Dia ok!Mungkin dia terjatuh selepas tu,terkena bucu.Nasib luka dia tak berapa besar.Dia cuma dijahit 5 jahitan sahaja."Terang Doktor Zain merangkap kawan baik Azriel.
Riefqi terus masuk kedalam untuk melihat Aqiesh.Yang penting isteri aku!Lantak koranglah nak berborak pun.
"Aqiesh!"Panggil Riefqi perlahan.Diusapnya rambut Aqiesh lembut.
"Argh!Aduh!"Aqiesh mengadu kesakitan apabila dia mula membuka mata.
"Kenapa sayang?!"Tanya Riefqi cemas.Azriel yang disebelahnya juga turut cemas.
"Sakit!"Kata Aqiesh pendek lalu memegang kepalanya.
"Biasalah tu.Sakit sikit je.Nasib luka adik tak besar sangat!"Sampuk Azriel yang dari tadi hanya senyap.
"Abang,adik nak balik sekarang boleh?"Rayu Aqiesh sambil memegang tangan abangnya.
"Adik rehatlah dulu.Kepala tu bukannya elok lagi.Adik balik esok je lah!"Pujuk Azriel lembut.Aqiesh ni kalau orang pujuk lembut-lembut barulah dia dengar.Tetapi kalau datang perangai keras kepala dia,semua benda dia tak nak dengar!
"Tak nak!Adik nak balik sekarang.Adik ok sikit!Please abang!"Sekali lagi Aqiesh memujuk Azriel sambil membuat muka kesian.
"Ok lah!Tapi nanti rasa sakit kepala tu,call je abang!"Pesan Azriel lagi.Aqiesh tersenyum sahaja apabila abang kesayangannya menurut katanya.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...