Iphone Riefqi yang berada diatas meja belajar diminta diangkat.Riefqi terus mencapai iphonenya.
Azriel?Buat apa dia call aku?Tak kan Aqiesh mengadu dekat dia!Handphone dia pun dah pecah aku hempas!
"Hello!"Riefqi memulakan perbualan.
"Em,Rief!Adik aku ada tak?Kenapa aku call dia tak dapat?!"Tanya Azriel dihujung talian.
"Er..Dia ada.Handphone dia rosak.Terjatuh hari tu!"Tipu Riefqi lalu memandang Aqiesh.Aqiesh hanya mendengar sahaja.
"Dia yang hempas!Rosak konon.Bukan nak ganti balik!"Bebel Aqiesh didalam hati.
"Ouh,boleh aku cakap dengan dia tak?!"Tanya Azriel.Lalu Riefqi memberi Aqiesh iphonenya.
"Kenapa?"Tanya Aqiesh tidak bermaya.
"Adik ok tak?Kenapa suara macam tak sehat je?"Tanya Azriel prihatin.Riefqi hanya merenung wajah pucat Aqiesh.
"Adik ok.Adik sihat je dekat sini!"Tipu Aqiesh.Sorry abang,adik terpaksa menipu.
"Ouh,Alhamdulillah.Handphone adik rosak kan?Nanti abang belikan baru."Kata Azriel mendatar.
"Eh,tak payah.Adik malas nak guna handphone dah.Biar semua orang tak payah nak contact adik.Lagipun handphone ni bukan penting pun!"Aqiesh sengaja memerli Riefqi.Riefqi yang dari tadi merenung wajah pucat Aqiesh terus melarikan pandangannya.
"Tapi.."Belum sempat Azriel menyambung ayatnya,Aqiesh sudah pun memotong.
"Ok lah abang.Adik ada kerja nak buat.Bye!"Kata Aqiesh mendatar.Kalau Azriel ni membebel,sampai lusa tak habis.
Semasa Aqiesh mahu menutup panggilan itu,ada satu mesej masuk.Aqiesh terus membuka mesej itu lalu melihat penghantarnya.Sarah?!Hai awak,jom keluar!Saya belanja.Daripada awak menghadap muka isteri awak yang curang tu-Sarah~
Riefqi cepat-cepat merampas iphonenya dari Aqiesh.Aqiesh tersentak dengan perlakuan Riefqi.Kasar!
"Kalau kau lebih selesa dengan Sarah!Kau lepaskan aku!"Tiba-tiba Riefqi memberhentikan langkahnya daripada keluar dari bilik itu.Riefqi seperti tidak percaya apa yang baru sahaja Aqiesh katakan tadi.
"Aku tak kesah kau lepaskan aku!Kita tak payah tunggu 5 bulan lagi.Kau boleh lepaskan aku sekarang!"Kata Aqiesh sambil air mata yang bertakung di tubir mata mengalir perlahan dipipi mulus Aqiesh.
Riefqi juga sedikit sahaja lagi mahu mengalirkan air matanya,tetapi dia terus keluar dari bilik itu.
Aqiesh menyengka air matanya sendiri.Tak sangka Riefqi akan ceritakan masalah rumah tangganya dengan Sarah.Perlu ke?!
"Kenapalah dia sanggup kata macam tu.Dia tak tahu ke aku ni susah nak lepaskan dia!"Kata Riefqi sambil meraup mukanya.
Niatnya mahu berjumpa Sarah dibatalkan.Dia tak nak merumitkan lagi masalah.
***********
"So,macam mana rancangan kita?Berjalan lancar?!"Sapa Hariess dihujung talian."Yup!Sangat lancar!Aku suka bekerja dengan kau.Tak lama lagi rumah tangga diorang akan hancur.Kau akan dapatkan Aqiesh balik.!"Kata Liya sambil tersenyum sinis ditaman mini milik Datin Fiza.
"Ya allah!Kenapalah aku bodoh sangat tak siasat dulu?!"Riefqi yang mendengar Liya berkata begitu berasa menyesal sangat kerana tidak siasat dahulu tentang Aqiesh.
Riefqi masih lagi bersembunyi disebalik pasu bunga yang besar.Dia masih mahu tahu apa lagi rancangan Liya dan Hariess.
"Ok!Aku pun gembira kerja dengan kau!Ingat,kerja kita tak siap lagi.Kita perlukan banyak lagi!"Kata Hariess dihujung talian.Liya sudah pun tersenyum.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...