Bab 51

20.4K 743 22
                                    

Selepas puas memusing melihat suasana di Korea,Aqiesh kembali kebiliknya untuk berehat.Dia terus merebahkan diri diatas katil hotel yang empuk itu.Iphonenya berbunyi menandakan mesej dari aplikasi whatsapp.Terus dia membuka aplikasi whatsapp.Group kelas yang rancak dibuka.Entah apa yang bising sangat.Mesti ada berita yang gempak.

Apa diorang merepek ni?Aduh!kalau nak borak kosong,boraklah privacy ke atau buat group untuk borak-borak kosong.Tak adalah menyemak dekat sini!!

Scroll~

Tiba-tiba Aqiesh berhenti scroll ke bawah!Jarang Liya masuk campur dalam ni!

Hello you alls,sorry menyampuk.I just nak jemput korang datang majlis kahwin I dengan Riefqi.Lagi 2 hari je!Datang ramai-ramai tau?K lah,Bye.Nak pergi test baju kahwin.Ya lah,lagi 2 hari je!-LiYa.

Aqiesh mengeluh panjang!Nak test baju kahwin pun nak bagi tahu!Aku kahwin dengan Riefqi pun tak kecoh macam kau!

Ouh!Lagi 2 hari diorang nak kahwin.Mesti semua happy.Lagi-lagi papa!Confirm senyum lebar.Aku happy tengok diorang happy.

Aqiesh terus melemparkan iphonenya disebelah!Baru sahaja dia mahu lena,dia terasa ada seperti tangan yang mengusap pipinya lembut.Dia membuka mata.

"A...pa kau bu..buat dekat sini?!"Tanya Aqiesh pelik dan gagap.Riefqi hanya memandang Aqiesh dengan muka tidak bermaya.

"Kenapa kau ikut aku sampai sini?Pergilah!!"Jerit Aqiesh.Tiba-tiba bayangan Riefqi hilang seperti itu sahaja.

"Ya allah!Kenapa dengan aku ni?!"Aqiesh beristighfar apabila dia melihat bayangan Riefqi dihadapannya.

"Apasal aku sampai boleh nampak bayangan dia?Kau rindu dia ke Aqiesh?!"Monolog Aqiesh didalam hati sambil meraup mukanya dengan kedua belah tangan.

"Tak!Aku bukan rindukan dia!Aku benci dia!Ya,aku bencikan dia!"Aqiesh cuba menafikan perasaannya sekarang.

Lalu terus dia kebilik air untuk membersihkan badannya.

"Apa aku nak buat?Aku nak lari mana?!"Riefqi memikirkan sesuatu untuk melarikan dirinya dari rumahnya.

Pintu berkunci!Dekat bawah siap ada bodyguard lagi!Kenapa papa buat aku macam ini?!!

"Aku tak boleh buat semua ini!Aku tak boleh nak ikut apa yang papa suruh!Lagi 2 hari je peluang aku nak lari dari semua masalah ni!"Riefqi dari tadi mundar-mandir mencari idea.Tetapi satu pun tidak datang kedalam otaknya.

"Ha!Aku kena sakit!Dengan cara tu je aku boleh batalkan semua ini!"Tiba-tiba idea yang kurang betul muncul dikepala otak Riefqi.

Gunting diatas meja dipandang lama.Jari telunjuk diletakkan didagu seperti memikirkan sesuatu.Perlahan-lahan tangannya mencapai gunting itu.

"Sorry pa!Riefqi tak boleh!Kalau Riefqi tak dapat diselamatkan lepas ini,Riefqi minta maaf!"Riefqi berkata-kata didalam hati.

Dia tahu tindakanya boleh meragut nyawanya sendiri jika banyak kehilangan darah.Tapi dia tetap nekad dengan idea gilanya.

Tangannya diguris dengan gunting itu.Perlahan-lahan darah mula mengalir kebawah.Riefqi memegang kuat tangannya untuk menahan sakit.

"Arghh!AduH!"Tiba-tiba Aqiesh memegang dadanya apabila terasa sakit.

Aqiesh duduk diatas katil sambil menahan sakitnya.Mahu sahaja dia menangis kerana sakit didadanya.Tetapi dia cuba untuk tahan.

"Ya allah!Kau lindungilah keluarga ku disana!Kau lindungilah juga suamiku ya allah!Kau berikanlah kekuatan kepadanya untuk lalui semua ini!"Aqiesh hanya mampu berdoa sahaja.

Entah kenapa,hatinya seperti tidak sedap sahaja.Seperti ada yang berlaku kepada suaminya.

Datin Fiza naik keatas untuk menghantarkan makanan kepada Riefqi.Selangkah sahaja Datin Fiza masuk kedalam bilik anaknya,pinggan yang dipegang oleh Datin Fiza jatuh dan pecah.

Terus dia mendapatkan Riefqi yang tidak bergerak.Digoncang-goncang badan anaknya tetapi tiada respons.

"Abang!!!Syaz!!!"Datin Fiza menjerit cemas.Syaz yang terlebih dahulu mendengar namanya dipanggil terus masuk kedalam bilik abangnya.

Syaz sudah pun terketar-ketar melihat abangnya yang penuh dengan darah ditangannya.

Syaz ialah seorang yang takutkan darah.Memang dari kecio begitu.Kalau terjadi didepannya,dia seperti mahu pitam.

"Panggil ambulans Syaz!"Syaz terus mengambil iphone abangnya dimeja lalu tangannya terketar-ketar mendail nombor hospital.

"Ma,macam mana boleh jadi macam ini?Dia nak bunuh diri ke?!"Tanya Syaz sambil duduk disebelah mamanya yang menangis apabila Riefqi dibawa masuk kedalam wad kecemasan.

"Mama tak tahu!"Syaz disebelah memujuk lembut Datin Fiza.

"Siapa keluarga pesakit?!"Sapa seorang doktot yang mungkin berumur 30 tahun itu.

"Saya mama dia!"Datin Fiza cepat-cepat menyengka air matanya.

"Sekarang ni,dia masih lagi belum sedarkan diri.Dia kehilangan banyak darah.Nasib sahaja dia dibawa cepat,kalau tidak saya pun tak tahu nak cakap macam mana!"Kata doktor itu panjang lebar.Syaz dan Datin Fiza hanya mendengar sahaja penjelasan doktor itu.

"Puan boleh jenguk dia sekarang!Tapi jangan bagi dia sedar.Dia masih lagi lemah!"Datin Fiza dan Syaz hanya mengangguk lalu masuk kedalam wad yang menempatkan Riefqi.

"Riefqi!Kenapa buat mama macam ini?!"Datin Fiza berkata sedikit perlahan.Tidak mahu menganggu Riefqi yang masih lemah.

Syaz yang hanya berdiri disebelah Datin Fiza hanya mampu melihat abangnya terlantar seperti ini.

"A...Qiesh!"Tersekat-sekat Riefqi menyebut nama isterinya.Datin Fiza dan Syaz memandang silih berganti.

"Sa..yang!Tolong jang...ngan tinggal a..ku!"Riefqi tidak lagi membuka matanya.Datin Fiza mengejutkan Riefqi perlahan.

"Riefqi!Ni mama!Bangun nak!Aqiesh tak ada."Riefqi perlahan-lahan cuba membuka matanya.

"Ma,Aqiesh ma..na?!"Tanya Riefqi yang masih lagi lemah.Datin Fiza menggeleng.

"Ma,maafkan Riefqi!Riefqi tak nak kahwin dengan Liya.Riefqi sayangkan Aqiesh sorang!"Rayu Riefqi sedikit perlahan sambil memegang tangan Datin Fiza.

"Ya,mama tahu.Tapi,papa tetap dengan rancangan dia.Mama tak tahu nak buat apa dah!"Kata Datin Fiza sambil memandang wajah pucat Riefqi.

Riefqi melemparkan pandangannya ketepi.Memikirkan apa yang akan terjadi nanti.

"Ok!Aku dah dapat idea!Sorry pa,Riefqi terpaksa buat semua ini.Bukan Riefqi tak sayangkan papa,tapi Riefqi nak selamatkan rumah tangga Riefqi dengan Aqiesh!"Monolog Riefqi didalam hati.
****
Idea apa pula Si Riefqi ni dapat?Idea tu boleh guna ke untuk batalkan majlis kahwin dia dengan Liya?Kita tengok je lah nanti!

⇨vote please 〈( ^.^)ノ
Kalau x best bagi tahu k?(ಥ_ಥ)

Enemy?Husband?Where stories live. Discover now