Sampai sahaja di rumah Pn.Arni,Riefqi dan Aqiesh terus sahaja naik ke bilik.Memandangkan jam menunjukkan pukul 10,mungkin Pn.Arni dan Azriel sudah tidur.
Riefqi terus merebahkan badannya di atas katil.Dia tidak mempedulikan Aqiesh.Ego Riefqi memang tinggi!Aqiesh juga merebahkan dirinya disebelah Riefqi.Matanya ditutup rapat untuk menghilangkan keletihan.
Aqiesh dan Riefqi mempunyai sifat yang sama.Ego!Masing-masing nak tunjuk ego siapa yang paling tinggi.Disebabkan ego mereka lah masing-masing hanya diam membisu.
"Buat apa termenung sorang-sorang tu?Ingatkan cik abang ke dik?!"Perli Azriel apabila melihat adiknya asyik termenung di luar rumah Riefqi pun entah ke mana.Dari pagi tak nampak batang hidung dia.
"Apa abang ni?!Aqiesh saja menikmati udara yang segar pagi-pagi macam ini!"Kata Aqiesh sambil tersenyum.
"Riefqi mana?Tak nampak pun dari tadi!?"Tanya Azriel .
"Dia tidur lagi.Tak bangun-bangun dari tadi.Dia penat kut!"Azriel hanya mengangguk tanda faham.
"Abang,Aqiesh masuk dulu lah.Nak kejutkan Riefqi makan.Dia tak sarapan lagi tu!"Kata Aqiesh sambil bangun meninggalkan Azriel.
"Ok!Lembut sikit kejut suami kau tu dik.Nanti tak pasal-pasal pekak telinga adik pagi-pagi ni!"Gurau Azriel.Aqiesh ni kalau nak mengejutkan orang bangun macam tarzan.Mana orang tak sakit hati.
Aqiesh membuka pintu perlahan-lahan.Takut Riefqi terjaga.Dia mendekati Riefqi lalu duduk di atas katil disebelah Riefqi.Dipandang lama wajah Riefqi.Wajah yang selalu cari cara untuk happy kan dia waktu dia tengah sedih walaupun cara tu agak kasar tapi mampu membuatkan Aqiesh tersenyum.
"A...qiesh!"Tiba-tiba Riefqi seperti meracau.Mimpi ke mamat ni?!
"Aaa..qiesh!"Suara Riefqi seperti terketar-ketar.Aqiesh terus memegang tangan Riefqi erat.
Dia mengejutkan Riefqi lembut."Riefqi!Bangun.!"Kejut Aqiesh perlahan.
"Aqiesh?!"Riefqi seperti tidak terdaya membuka luas matanya.Kepalanya juga seperti berat.
"Ya allah.Panasnya!Sekejap,aku pergi ambil kain basah dengan panadol.!"Kata Aqiesh setelah meletakkan telapak tanganya di atas dahi Riefqi! Riefqi menarik tangan Aqiesh supaya duduk disisinya.
"Please,stay with me!"Kata Riefqi sambil memandang tepat ke arah mata Aqiesh.
Aqiesh terpaksa duduk disisi Riefqi yang demam.Dia tak mahu melawan ,kesian pula dekat Riefqi.
"Aqiesh,sejuk!"Rengek Riefqi.
"Sekejap!Aku perlahankan kipas tu!"Riefqi menggeleng apabila Aqiesh mahu menutup kipas."Aku nak kau peluk aku.Please!"Rengek Riefqi sekali lagi.Kali ini versi budak-budak nak minta susu.Tengah demam pun mengada lagi!
"Erk?aku..."Aqiesh gagap menjawab.
"Kau dah sah untuk aku!"Kata Riefqi mendatar lalu menarik Aqiesh kedalam pelukkanya.
"Feeling better?"Tanya Aqiesh sambil memandang mata Riefqi.Riefqi hanya mengangguk bahagia.
*********
"Anak ibu dah ok?!"Tanya Pn.Arni prihatin.Riefqi hanya mengangguk."Dah bu,lepas kena peluk.Rasa segar semacam je!"Usik Riefqi lalu memandang Aqiesh.
Aqiesh terus membuat muka menyampah!Kau ingat kalau kau tak demam aku nak peluk ke!
"Kau nak penampar ke penumbuk?!"Kata Aqiesh kasar sambil menjeling Riefqi.
"Nak kiss!"Riefqi sudah pun tersenyum nakal.
"Nak kena betul mamat ni!"Marah Aqiesh.
"Aqiesh!"Pn.Arni menegur anaknya itu.Boleh pula cakap dengan suami macam itu.
"Hihih!Peace!"Aqiesh tersengih lalu menunjukkan simbol piece!
Pn.Arni hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja melihat gelagat puterinya itu.
*******
"Kita nak buat apa dekat mall ni?Jom lah balik terus!"Rengek Aqiesh seperti budak kecil."Kejap lah.Syaz suruh aku belikan barang dia."Jelas Riefqi.
"Alaa Syaz ni pun!"Rengek Aqiesh lagi sambil melihat ke tepi.
"Eh,sorry mak cik!Saya tak sengaja.Saya betul minta maaf!"Aqiesh meminta maaf kerana terlanggar seorang perempuan.
"Kau tahu minta maaf je ke?Kau tengok baju aku ni basah.Nah!!Kau rasa pula!"Tengking mak cik itu lalu menyimbah muka Aqiesh dengan air manis yang sama tertumpah di bajunya.Nampak macam Datin tapi tumpah sikit pun dah bising!
Riefqi yang terkejut dengan apa yang berlaku dihadapannya terus membela isterinya.
"Mak Cik kenapa simbah air dekat isteri saya balik.Dia dah minta maaf,bukan nya dia sengaja pun!"Kata Riefqi sedikit tegas.
Aqiesh mengelap mukanya,setitis demi setitis air matanya gugur.Malu gila!Banyak mata-mata yang menjadi jurukamera tak terbayar.
"Ouh!Isteri kamu?Kamu patut ajar dia jalan pandang depan!"Perli mak cik itu sambil tersenyum sinis.
"Jom sayang!Tak payah layan orang tak betul ni!Maaflah mak cik kurang sopan sikit.Tapi memang patut pun.!"Tengking Riefqi lalu menarik tangan Aqiesh keluar dari mall itu.Dia dah tak kesah dengan orang-orang yang sibuk mengata.Yang penting Aqiesh!.
"Kau ok?!"Tanya Riefqi sambil mengelap muka Aqiesh menggunakan tisu.
Aqiesh hanya mengangguk.
"Thanks sebab bela aku tadi!"kata Aqiesh sambil tersenyum."Itu memang tugas aku untuk bela isteri aku!"What?!!dia mengaku aku isteri dia!Waaa!!
"Sorry!Kalau aku tak ajak kau datang mall ni mesti semua ni tak jadi dekat kau!"Sambung Riefqi sedikit bersalah.
"Sokay lah!"Balas Aqiesh sambil tersenyum manis walaupun dalam hati allah je yang tahu.
"Dah jom!Mama dah tunggu dekat rumah!"Kata Riefqi lalu kereta AUdi milik Riefqi terus berlalu pulang kerumah Datin Fiza
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...