"Anak mama ni kenapa?Mengamuk je tahu!Tengok bilik ni macam bilik stor dah!"Kata Pn.Syafa tegas apabila masuk kedalam bilik anak terunanya itu.
"Hariess akan dapatkan hak Hariess balik!"Kata Hariess sambil mengengam sehelai kertas seperti gambar.
"Hariess,sudah lah tu!Dia dah ada suami dia sendiri.Jangan nak musnahkan masjid orang tu.Tak baik tau?!"Kata Pn.Syafa nasihat.Memang dia sayangkan Hariess tapi bukan bermakna dia hendak musnahkan masjid orang demi kebahagiaan anak dia.Dia pasti ramai lagi perempuan yang jauh lebih baik untuk Hariess.
Hariess hanya senyap sahaja.Dia hanya dengar sahaja Pn.Syafa berkata.Masuk telinga kanan keluar telinga kiri!
---------------------
"Weh,kau memang tak reti masak ke?!"Tanya Riefqi sambil memandang sekilas wajah Aqiesh yang sedang menonton drama koreanya."Ermm.Boleh lah.Tapi tak adalah pandai sangat macam chef tu!"Kata Aqiesh sambil matanya masih melekat di skrin televisyen.
"Apa kata kau masak kan untuk aku nasi goreng!Aku lapar ni!"Riefqi tersengih seperti kambing apabila Aqiesh memandang nya.
"Huh!Dah agak!Kau ni,malam-malam macam ini semua orang dah tidur lah!!"Marah Aqiesh!
"Alaa!Aku lapar lah.Cepat lah sayang!"Riefqi sengaja membuat muka comel.
"Fikir aku cair tengok muka kau macam buaya tu?!Tadi mama ajak makan tak nak!Lepas tu menyusahkan aku pula!"Bebel Aqiesh.
"Cepat lah.Aku lapar!Nanti aku sakit macam mana?!"Kali ini Riefqi memukul manja bahu Aqiesh.
"Ishh,ye lah!Kau makan sampai habis.Kau buang walaupun sebutir kau kena dengan aku!"Ugut Aqiesh sambil keluar dari bilik menuju kedapur!
"Bosan pula duduk dalam bilik ni sorang-sorang!Kacau Aqiesh lah!Hahaha.Dah lama aku tak buli dia macam ini!"Gelak Riefqi apabila dapat mengenakan isterinya.
Sedang Aqiesh memotong lada-lada.Dia seperti terasa ada benda berat yang sedang bertengek *XD*di bahunya.
"Weh,lepas lah.Nanti orang nampak lah.Kau tu dah la berat!"Marah Aqiesh sambil cuba melepaskan pelukkan Riefqi.
"Biarlah!Kita dah halal kan!Setakat dagu aku kau kata berat macam mana lah kau nak bawak anak aku dalam perut kau nanti!"Usik Riefqi.Muka Aqiesh sudah bertukar merah kerana malu.
"Ehem ehem!"Syaz berdehem dari belakang lalu Riefqi terus melepaskan pelukkanya.
"Opss.Sorry ganggu!"Kata Syaz sambil tersengih seperti kambing lalu meneguk air yang diisinya didalam gelas.
"Syaz nak makan?Akak ada masak lebih sikit ni!"Pelawa Aqiesh.
"Boleh ke?Syaz tak ganggu korang date ke?"Tanya Syaz.
"Ganggu! Tak!"Serentak Aqiesh dan Riefqi berkata.Riefqi kata ganggu,Aqiesh kata tak.So,mana satu?
"Hahaha!"Tergelak Syaz melihat mereka berdua.
"Aduh!"Aqiesh mengadu kesakitan apabila Riefqi mencubit lengan Aqiesh.Aqiesh menjeling tajam ke arah mata Riefqi.
"Nah,sorry lah akak tak reti masak sangat!"Kata Aqiesh sambil tersengih apabila meletakkan 2 pinggan nasi goreng dihadapan Riefqi dan Syaz.
"Uhuk3!"Sesuap sahaja nasi goreng itu masuk ke dalam mulut Riefqi,Riefqi sudah pun terbatuk.
"Kau masak nasi goreng ke masak garam?!"Kata Riefqi sambil meneguk air Syaz disebelahnya.
"Ha?Ok lah tu!Syaz elok je makan!Ok tak Syaz?"Tanya Aqiesh sambil memandang Syaz yang laju sahaja makan nasi gorengnya.
Syaz hanya mengganguk lalu menunjukkan thumbs up.Aqiesh terus menyuapkan nasi goreng yang ada didalam pinggan Riefqi kedalam mulutnya!Ok Je!!!
"Aduh!Ok2.Sorry,kau masak sedap."Aqiesh terus mencubit lengan Riefqi apabila Riefqi kenakan dia.
Syaz hanya memandang mereka dengan tiada perasaan.Yang penting perutnya kenyang.
*********
"Erryn!!!Lama nya tak lepak dengan kau!"Kata Aqiesh teruja apabila dapat melepak bersama-sama dengan Erryn."Hahaha.Tak payah lah sampai macam ni sekali reaksi kau!Malu lah orang tengok!"Erryn menyuruh Aqiesh duduk apabila keterujaan Aqiesh melebih had.
"Hihihi!Kau apa khabar?"Tanya Aqiesh memulakan perbualannya.
"Baik je!Kau dengan Riefqi dah ok?Ke dia marah kau sebab keluar dengan Hariess hari tu!"Kata Erryn sedikit perlahan.
"Ermm.Marah lah juga!Tapi aku tertanya-tanya juga.Macam mana dia boleh ada kat situ sekali.Dah lah kena dengan timing!"Cerita Aqiesh.
"Hihihi.Sebenarnya aku yang bagi tahu!"Kata Erryn sambil tersengih.
"Ouh.Thanks tau selamatkan aku.Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi dekat Hariess.!"Aqiesh berkata sambil tersenyum.Erryn juga tersenyum sama.
"Ermm.Kau dengan Rezza macam mana?!"Tanya Aqiesh.
"Ha,benda ni lah aku nak cerita dekat kau!Pandai kau ingatkan.Rezza ajak aku jumpa mama dia!Aku tak tahu nak pergi ke tidak.!"Cerita Erryn teruja.
"Waaa!Baguslah tu.Pergi je!Mama dia baik gila kau tau?!"Aqiesh juga seperti teruja.Mungkin tak lama lagi sahabatnya itu jadi tunang orang Hooorayyy!
"Ok lah.Aku cuba!"Kata Erryn mengalah.
"Eh,papa dengan siapa tu?!"Aqiesh bermonolog didalam hati.
"What??!Mak Cik yang simbah aku hari tu?Dia buat apa dengan papa?Hmmm,mungkin klien kot!"Aqiesh sekali lagi bermonolog sambil memandang ke arah Datuk Zainal dan 'mak cik' itu.
"Hai korang!"Sapa satu suara garau dan pastinya Aqiesh tahu suara tu!
"Boleh aku duduk sekali!?"Tanya Hariess.
"Duduk lah!"Pelawa Erryn.Erryn nie!!!!
"Hai Aqiesh!"Tegur Hariess sambil tersenyum lalu memandang tepat ke arah mata Aqiesh.
"Er...Hai!"Aqiesh menjawab acuh tak acuh sahaja.Lepas sahaja kejadian dia dilamar Hariess,dia seperti kurang selesa dengan Hariess.
"Erm.Korang lepak lah.Aku ada hal sikit.Bye!"Kata Aqiesh lalu bangun dari duduknya.Selangkan sahaja Aqiesh melangkah,tangannya seperti ditarik.
"Duduk lah dulu.Suami kau bukan lari pun!"Halang HaRiess sambil menarik tangan Aqiesh.
"Lepaslah Hariess!Kita bukan muhrim lah."Kata Aqiesh kasar lalu melepaskan peganggan Hariess dan berlalu pergi meninggalkan Hariess dan Erryn.
"Erm.Aku lupa pula,aku kena balik awal.Bye Erryn!"Sambung Hariess selepas Aqiesh berlalu .
"Ye lah!"Erryn pula membalas seperti acuh tak acuh.
"Nak kejar Aqiesh lah tu!Macam aku tak tahu!Huh!"Mengeluh Erryn didalam hati!
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...