"Weh Aqiesh,berhenti lah kejap!Aku penat nih!"Rungut Riefqi.
Aqiesh tidak mengendahkan Riefqi.Dia sengaja mahu membuat Riefqi penat.Siapa suruh nak berjalan sangat!
Tiba-tiba Aqiesh berhenti.Dia pergi ke arah budak yang sedang menangis.Comel!
"Adik,kenapa menangis ni?"Tanya Aqiesh lembut.
"Belon saya dah pecah!"kata budak perempuan yang mungkin dalam umur 3 tahun!
"Ermm,kejap!"Tiba-tiba Riefqi menyampuk!
"Pak Cik, bagi saya 2 belon.Ermm.Pak Cik boleh pinjam marker tu?"Kata Riefqi kepada penjual belon yang lalu di sekitar taman.Lalu Riefqi mengambil marker itu apabila diberi oleh Pak Cik itu.
"Nah!"Kata Riefqi sambil mencangkung untuk menyamai sedikit dengan ketinggian budak itu!
"Terima kasih abang."Gembira budak itu lalu pergi ke arah seorang wanita.Ibunya mungkin.
"Aqiesh,sinilah duduk.Aku penat ni."Kata Riefqi lalu menarik tangan Aqiesh duduk disebelahnya di bangku.Aqiesh hanya menurut sahaja.
"Kau nak buat apa dengan belon ni?Siap dengan ber'marker' lagi."Tanya Aqiesh kepelikkan.Jangan nak ajak aku main belon sudah!
Sekejap!
"Nah,kau lepaskan belon ni!"Riefqi memberi Aqiesh belon yang ditulis sesuatu.
Riefqi sayang Aqiesh selamanya ♥
Ayat yang ditulis oleh Riefqi untuk Aqiesh.Dia cuma nak memujuk Aqiesh.Tetapi wajah Aqiesh cuma biasa sahaja.Seperti tiada apa yang berlaku!
"Dah jom balik."Riefqi terus bangun dari bangku itu lalu menarik tangan Aqiesh.Aqiesh hanya mengikut sahaja.
Tiba-tiba Aqiesh melepaskan pegangan Riefqi kerana ternampak susuk tubuh yang dikenalinya!
"Eh,kau pun ada sini?"Sapa Hariess.Hariess sempat melihat mereka berdua berpegang tangan tetapi dia cuba untuk mengawal wajahnya.
"Er.Haah!Bosan pula petang-petang macam ini.Kalau ada kelas boleh lepak dengan kau kan?"Kata Aqiesh selamba di hadapan Riefqi!
"Tu lah.Baru 2 hari tak jumpa,aku dah rindu dekat kau."Gurau Hariess.Gurau ke?
"Hahaha."Aqiesh hanya mampu gelak.
Eh dia ni!Berborak macam aku tak wujud!
"Ermm.Aku balik dulu lah!"Riefqi terus berlalu meninggalkan Aqiesh dan Hariess!
"Aku pun chaw dulu lah.Bye!"Kata Aqiesh lalu terus meninggalkan Hariess.
********
"Arghh,penatnya!"Rungut Aqiesh!"Senyaplah!"Marah Riefqi.Tiba-tiba pula mamat ni marah kenapa?
"Ok Fine!"Aqiesh terus melemparkan pandangannya ke arah luar tingkap.
*********
Aqiesh dan Riefqi merebahkan badannya di atas katil yang empuk.First time baring sebelah-sebelah macam ini.Masing-masing dengan dunia sendiri.Riefqi masih memikirkan tentang apa yang Hariess katakan petang tadi!Rindu sebagai kawan ke lebih?!
"Weh Aqiesh!Kau cintakan Hariess?"Tanya Riefqi.Aqiesh terkejut dengan soalan yang keluar dari mulut Riefqi!
Aqiesh hanya senyap sahaja!
"Weh!Aku tanya ni.Kau dengar tak?"Marah Riefqi.
"Ya,Aku dengar lah!Kalau aku cakap aku cintakan dia?"Usik Aqiesh.Mungkin pada Aqiesh ia nya satu gurauan tetapi pada Riefqi ianya serius!
"Ouh,bagus lah."Kata Riefqi lalu menfokuskan kepada iphonenya.
"Erm,kita kahwin pun bukan atas dasar CINTA kan?So,aku ada buat perjanjian!"Sambung Riefqi lagi.Sengaja ditekankan perkataan CINTA itu.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...