"Aduh!Laparlah pulak!Ni semua sebab nak teman kau punya mogoklah!"Bebel Aqiesh didalam hati sambil memandang sekilas wajah Riefqi yang nyenyak dibuai mimpi.
Aqiesh keluar dari biliknya,lalu dia turun kebawah untuk mencari makanan apa yang boleh dimakan.Lapar gila!
"Huh!Nasi dengan ikan pun jadilah!Bersyukur lah Aqiesh!"Sekali lagi Aqiesh membebel.
"Huh!Ni nasi ke apa?Apasal rasa lain macam je?!"Aqiesh terus membuang nasi dan ikan itu didalam tong sampah apabila nasi yang dimakan olehnya beberapa suap seperti basi.
"Huhuhu!Lapar!Malas pula nak masak malam-malam macam ini.Nanti ganggu diorang pula!"Aqiesh memegang perutnya yang kosong itu.Lalu perlahan-lahan dia masuk kedalam bilik.Tak naklah dia menganngu Riefqi.
Bluerkkk~
Baru sahaja Aqiesh mahu lena,tekaknya seperti rasa lain.Terus dia berlari kebilik air.
"Arghh!Aku dah agak.Nasi tadi dah basi!Aduh habislah aku!"Bebel Aqiesh didalam hati sambil membasuh mulutnya.
Jika Aqiesh termakan makanan basi,confirm sakit perut dan muntah!Pakej~
Riefqi terjaga apabila terdengar Aqiesh muntah-muntah.Terus dia mengetuk pintu bilik air.
"Sayang ok tak?!"Tanya Riefqi prihatin sambil mengetuk pintu bilik air.
"Aku ok!"Kata Aqiesh lalu tersenyum kelat sambil membuka pintu bilik air.
Selangkah sahaja dia keluar dari bilik air,dia terus masuk kedalam bilik air.
"Aduh!Perut pula buat hal!"Kata Aqiesh perlahan sambil menekan-nekan perutnya yang memulas.
"Kau kenapa ni?!"Sekali lagi Riefqi bertanya sambil menghampiri Aqiesh diatas katil.
"Sakit perut lepas tu muntah!"Balas Aqiesh mendatar.
"Kau mengandung?!"Aqiesh membulatkan mata!Mengandung?Memang taklah!Dia pun tak pernah sentuh aku lagi.
"Bukanlah!Aku memang selalu macam ini kalau termakan makanan basi."Terang Aqiesh panjang lebar.Riefqi mengangguk tanda faham.
"Sini!Bukak baju tu sikit!"Arah Riefqi.Terkejut Aqiesh.Bukak baju?
"Alaa kau ni pun!Aku bukan nak buat benda tu dengan kau!Aku nak sapukan minyak angin ni je!"Aqiesh mengangguk tanda faham sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Dah tidur.Nanti kalau tak ok juga.Kejut aku!"Kata Riefqi lalu merebahkan diri disebelah Aqiesh.
"Kau punya tangan dah ok?!"Tanya Aqiesh mendatar lalu memegang tangan Riefqi yang masih berbalut.
"Ok lah juga!Thanks sebab setia dengan aku walaupun tadi aku tolak kau!"Aqiesh mengangguk.
Lalu dipeluk erat pinggang Riefqi.Riefqi juga membalas pelukkan itu.
Pagi itu,semua sudah ada dimeja makan untuk bersarapan.Termasuklah Pn.Lida dan Liya.Aqiesh dan Riefqi masih lagi belum turun kebawah.
"Riefqi,mari makan sekali!"Pelawa Datin Fiza apabila melihat Riefqi dan Aqiesh turun.
Riefqi tidak lansung memandang Pn.Lida disebelah Datuk Zainal.
"Tak apalah ma!Tak ada selera pula.Jom Aqiesh!"Riefqi terus menarik tangan Aqiesh keluar dan terus kereta Audinya membelah jalan.
Keadaan didalam kereta hanya senyap sahaja.Aqiesh tahu,Riefqi masih lagi tak puas hati sebab semalam.
"Kau ok?!"Aqiesh memberanikan diri menegurnya.Riefqi memandang sekilas wajah Aqiesh disebelahnya.
YOU ARE READING
Enemy?Husband?
RomanceDua hati yang disatukan di atas paksaan keluarga.Dua hati yang saling membenci dengan paksaan itu namun akur menerima segalanya tanpa ada alasan untuk menolak sedikitpun.Namun antara mereka ada yang menyimpan harapan dari kecil lagi. "Aku tak hadap...