NLBU 08

23.3K 1.1K 3
                                    

"Sophie" tutur Ryan terkejut.

"Hey perempuan miang!" pekik Sophie lalu menerpa ke arah Alisya.

Tubuh gadis itu ditolak sekuat hatinya. Sakit hatinya melihat perempuan itu bersama teman lelakinya.

"Auch. Sakit la" adunya.

"Apa masalah kau? Sampai boyfriend aku pun kau nak rampas" ujarnya geram lalu menampar pipi Alisya.

Pang

Alisya menahan air matanya dari jatuh tetapi dia tidak mampu untuk bertahan. Bukan kerana tamparan Sophie tetapi akibat luka pada lengannya.

"Sophie!" celah Ryan.

Alisya menghiraukan mereka lalu terus keluar menuju ke lif.

"Tengok apa kau dah buat?" jerkah Ryan dalam keadaan marah. Bagaikan lupa bahawa gadis itu ialah teman wanitanya.

"You" Sophie mencebik.

"Dia cuma tolong cucikan baju I je" kata Ryan malas.

Ryan mengutip baju bersih Alisya lalu diletakkan di dalam bakul pakaian Alisya dan terus meninggalkan Sophie di situ.

BG Dorm

Farah menolong Alisya membersihkan lukanya. Rahangnya digetap.

Tiba-tiba ada bunyi ketukan dari luar bilik mereka.

"Alisya ada orang nak jumpa" panggil Amanda.

Alisya terus bangun dan keluar.

Di luar kelihatan Ryan membawa bakul pakaian dan menghulurkan bakul baju bersihnya.

"Thanks" ucap Alisya bersahaja.

"Luka kau?" Soal Ryan.

"Farah dah bersihkan" jawab Alisya.

"Ouh ok aku pergi dulu" pamit Ryan kerana situasi mereka semakin janggal.

Alisya tidak membalas kata-kata Ryan lalu masuk ke dalam biliknya.

Esoknya

Study Room

Amanda memecah kesunyian bilik itu. Sudah lama mereka bertapa di dalam bilik itu namun bayang guru mereka langsung tidak kelihatan.

"Haih mana cikgu ni?" gumam Amanda bosan.

Serentak itu, Akmal masuk ke SR dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Weyh korang, cikgu MC" katanya.

"Menyesal aku tunggu dia dekat sini" rungut Amanda.

"Dipersilakan keluar Miss Amanda. Meluat aku tengok kau" halau Danish.

"Ish ada juga yang telan kasut ni" marah Amanda.

"Dah la. Ish" Farah menghentikan mereka berdua.

"Nampak Farah back up aku" kata Danish bangga.

"Tak ada maknanya" balas Farah menyampah lalu menjeling jejaka itu.

"Alisya luka kau dah okay?" Soal Shasha.

"Boleh la" tutur Alisya.

Alisya seperti tidak mempunyai tenaga untuk menjawab soalan tersebut. Kerana perlawanannya lagi 3 hari tetapi luka masih belum menunjukkan tanda untuk sembuh.

Ryan turut mendengar keluhan Alisya.

"Nanti ok la tu" kata Ryan memberikan sokongan.

Selepas mendengar kata-kata Ryan, Alisya terus meninggalkan meja belajarnya.

No LOVE Between US✔Where stories live. Discover now