Tit tit tit tit
Alisya menekan password kondominium miliknya yang dibeli secara rahsia. Dia ingin mencari ketenangan di sini. Kalau family-nya tahu confirm kena jual balik rumah ni.
Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke ruang tamu, terdapat banyak bingkai gambar Alisya yang tergantung pada dinding. Almaklumlah, model part-time tetapi sangat terkenal.
Alisya meneliti satu per satu susunan di dalam rumah itu. Dia merenung satu bingkai gambar yang berada di atas meja, iaitu gambarnya bersama Ryan ketika memenangi anugerah atlet terbaik sepanjang kejohanan.
Lamunannya terhenti apabila telefonnya berbunyi.
"Hello"
"........."
"Entah la. Aku nak rest, aku tak janji aku masuk kerja ke tak esok?"
"........"
"Muak la aku tengok muka si Ryan tu"
"........."
"Bye bye bye bla bla bla. Hang up"
Telefon dimatikan. Badan disandarkan pada sofa empuknya.
"Bala betul" keluhnya.
Habis kusyen yang berada di atas sofa melayang sehingga ke dapur.
8:30 P.M
Akibat bunyi telefon Alisya, tidurnya terganggu. Tercari-cari dia dari manakah bunyi itu datang.
"Aduh mana la" jerit Alisya habis satu kondominium bergegar.
Tanpa menunggu lama, panggilan itu diangkat tanpa melihat nama si pemanggil.
"TAK RETI NAK BALIK RUMAH KE?!"
Spontan telefon dijauhkan dari telinga. Mata cuba dibuka seluas-luasnya lalu melihat nama si pemanggil. Terbuntang dibuatnya.
Ryan Haikal
"HELLO!"
"Tak payah la jerit-jerit. Dapat isteri pekak padan muka"
"Kau la tu"
"Hek. Aku tak pasang angan-angan pun nak jadi isteri kau la"
"Cakap je lebih"
"Kau nak apa?"
"Ni hah. Abang kau call aku tanya yang kau ada dengan aku ke tak"
"Next"
"Aku cakap la tak ada"
"So?"
"Disebabkan nak cari kau, kesian girlfriend aku tadi kena tinggal"
"Aku tak minta kau cari aku pun— argh!"
"Hello woii kau dengar tak"
Alisya sudah pun mematikan talian.
"Haish kenapa la pula minah ni tetiba menjerit pastu terus end" kata Ryan sambil menfokus pada pemanduannya.
"Mana aku nak cari dia ni. Aik kenapa aku nak kena peduli pasal dia. Bukannya dia girlfriend aku pun" tuturnya sendirinya.
Alisya POV
Semasa menjawab panggilan Ryan tiba-tiba je semua jadi gelap.
"Time macam ni la battery nak habis" dahinya ditepuk perlahan"
YOU ARE READING
No LOVE Between US✔
RandomIsh,semak ah kau ni! Mana aku pergi mesti ada muka kau-Alisya Aryana- Suka hati aku la. Kau tu pun semak juga. Macam tak ada tempat lain nak pergi -Ryan Haikal- Ryan dan Alisya ialah pelajar S&E HIGHSCHOOL. S&E HIGHSCHOOL ialah sebuah sekolah elit...