NLBU 26

16.9K 854 199
                                    

Rooftop

Alisya dan Ryan tiba di rooftop.

"What it is?"soal Alisya.

"What's wrong with you? So sudden  mengamuk dalam kelas?" Getus Ryan.

"Bukan urusan kau. Jangan masuk campur" bidas Alisya.

Ryan memandang Alisya.

"What is your problem actually? Dia budak baru kot. Cakap la elok-elok"

"Dia bukan budak baru" sekali lagi Alisya menidakkan kata-kata Ryan.

Ikutkan hati Ryan sekarang juga dia mahu menghumban Alisya  ke bawah.

"Macam mana kau tahu?" Soal Ryan.

"Aku tahu la sebab dia tu ex—" Kata-kata Alisya terhenti di situ.

"Ex apa? Your ex boyfriend?" Tembak Ryan.

"Jangan cakap pasal dia" marah Alisya. 

Alisya terduduk dan merapatkan kaki ke dada. Ryan terlihat butir-butir jernih jatuh di pipi Alisya. Kemudian Ryan duduk di hadapan Alisya lalu memegang bahu gadis tersebut.

"Alisya" tutur Ryan.

"Aku benci kau" serentak itu dia memukul badan Ryan.

"Aku tahu. Sebab dia yang buat kau jadi macam ni" pukulan daripada gadis itu diabaikan. Memang sakit tetapi sakit lagi hati gadis di hadapannya.

"I hate him. I really really hate him"

"Stay strong" Ryan mengelap air mata Alisya menggunakan ibu jarinya.

'Dia nampak je kuat tapi hati dia tiada siapa yang tahu'

"Jom masuk kelas atau kau nak sambung bazirkan air mata kau untuk dia?" Soal Ryan.

Kata-kata Ryan itu sedikit berdesing di telinga Alisya.

"Nak masuk la ni" balas Alisya.

Ryan dan Alisya  terus masuk ke dalam kelas yang sunyi sepi kerana mereka masing-masing membuat kerja sendiri kerana ketiadaan guru di dalam kelas. Alisya sempat lagi menjeling ke arah Khai yang duduk di tempatnya. Kemudian Alisya kembali ke tempat duduknya yang berada di sebelah Farah.

"Okay tak?" Tegur Farah.

"I'm okay" kata Alisya malas.

"Ryan ada buat apa-apa tak dekat kau?" Soal Farah risau.

Farah sengaja bertanya dengan nada yang agak kuat kerana ingin melihat reaksi lelaki itu.

"Err. Aku tak buat apa-apa pun dekat kawan kau tu"balasnya geram.

"Eleh muka kau bukannya boleh dipercayai sangat" tutur Farah.

"What? Muka ni la yang selamatkan kawan kau tahu tak" balas Ryan geram.

Setelah sekian lama Alisya mendiamkan dirinya, akhirnya dia bersuara.

"Enough" jerit Alisya.

"Kau la ni Ryan" Farah mula bertindak menyalahkan Ryan.

"Apa pula aku yang kena? Kau yang tuduh aku" manakala Ryan sebaliknya.

"Korang ni memang nak aku mati ke apa?" Getus Alisya.

"Farah, cuba kau jangan nak main tuduh. Aku tak hadap pun la dia ni" kata Ryan.

Ayat Ryan membuatkan telinga Alisya berdesing dengan perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Aku pun tak hadap kau" balasnya.

No LOVE Between US✔Where stories live. Discover now