NLBU 50

15.8K 740 36
                                    

Ryan terjaga dari tidurnya kerana bunyi alarm yang datang dari telefonnya. Dia duduk di atas sambil memggosok matanya. Dipejam dam dicelik beberapa kali kemudian mencari tubuh Alisya. Namun tiada.

iPhone 6+ yang berada di katil tanpa pemiliknya dilihat. Malas untuk menyerabutkan kepalanya, dia bangun lalu berjalan masuk ke dalam bilik mandi.

Alisya menapak masuk ke dalam biliknya. Dirinya sudah lama siap dengan pakaian kerja yang tersarung pada susuk tubuh langsing.

Bunyi pintu bilik mandi dibuka membuatkannya berpaling.

"Aku dah gosok baju kau" tutur Alisya mengambil telefon pintarnya di atas katil. Ryan hanya mengangguk sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala.

Hilang sahaja tubuh Ryan masuk ke dalam bilik pakaian dia mengemas katil.

"Nanti turun breakfast" pesan Alisya sebelum turun ke bawah.

Alisya meletakkan beg tangan dan kotnya di tepi. Baru sahaja ingin menarik kerusi, satu soalan dilontarkan kepadanya.

"Ryan mana?" soal kakak iparnya, Elyiana.

"Dekat atas" balas Alisya lalu melabuhkan punggung di atas kerusi.

Dipandang Aqilah yang duduk berhadapan dengannya. Adiknya itu rajin pula turun pagi ini untuk menyertai breakfast mereka. Selalunya pagi-pagi memang jarang mahu melihat Aqilah duduk bersama-sama mereka di meja makan.

"Papa mana?" soal Alisya dengan nada yang perlahan. Pelik juga selalunya lelaki itu awal pagi lagi sudah duduk di kerusinya sambil membaca surat khabar.

"Papa pukul 6:30 dah fly pergi Mexico" balas Aqilah.

"Good morning everyone" kata Aleeya yang baru turun. Dilihat Ryan juga berada di belakang gadis muda itu.

"Hai anak dara lagi seorang ni. Kalau boleh kenapa tak bangun time lunch je" perli Adriana.

Aleeya memuncungkan mulutnya.

"Tak payah muncung sangat la. Dah sama macam itik pula" kini Alisya yang cuba menaikkan marah Aleeya.

Terlepas tawa mereka melihat pergaduhan dua beradik itu. Tetapi apabila muncul sahaja figura Datin Arina, masing-masing senyap.

"Morning" ucap Datin Arina menarik kerusi. Alisya sahaja yang tidak menyahut.

"Jom makan"

"Alisya serve la Ryan" tegur Datin Arina. Keluhan kecil terlepas dari mulut Alisya tanpa sedar. Dia hanya menurut.

Sesekali Ryan menyiku pinggang gadis itu dan menyuruhnya senyum. Alisya memandang tajam lelaki itu. Geram.

"Alisya cuba senyum sikit" kali ini abangnya yang tegur. Buntu dibuatnya.

"Tengah kunyah takkan nak senyum juga kot" balas Alisya padu.

Amfieq terus membisu. Dia tahu jika Alisya menjawab seperti itu mesti dia tengah berada dalam keadaan gunung berapi yang akan meletus. Lagi-lagi dengan gaya Alisya yang menguis-uis makannya. 

Beberapa saat kemudian Alisya berhenti bermain-main dengan garfunya. Sudu dan garfu diterbalikkan.

"I'm done" tutur Alisya. Pinggan dan cawan dibawa ke dapur. Manakala yang lain hanya memerhati. Diikuti pula dengan Ryan yang melangkah ke dapur bersama pinggan dan cawan.

"Letak je nanti aku basuh" arah Alisya.

Ryan hanya menurut. Takut ada cawan dan pinggan pula yang pecah. Dia kembali duduk di tempatnya di meja makan sambil memerhati yang lain.

No LOVE Between US✔Where stories live. Discover now