NLBU 73

35.7K 1K 56
                                    

Beberapa bulan kemudian

"Ryaimy look at this. I want to take a picture of you" ujar Ryan.

Ryaimy memandang ke arah skrin iPhone 7+ itu. Kelihatan sticker telinga bear di kepalanya.

"Wah" ujarnya kagum.

"Ready. One two three smile" kata Ryan.

"Kau treat macam Ryaimy tu anak perempuan pula" datang Adrian duduk di sofa berhadapannya.

"Faham-faham la. Aku mana pernah jumpa dia sebelum ni" kata Ryan.

iPhone-nya itu sudah dilepaskan ke Ryaimy untuk melihat Didi&Friends. Ini semua gara-gara pengaruh daripada anak Amanda dan Danish iaitu Amelda yang gemar menyanyi lagu nursery ryhmes itu.

Tambahan pula, Alisya ini mengajar Ryaimy bermain dengan gadget-gadget ini. Lagi la. Pasrah je la. Dengan anak tak boleh cakap melayu. Memang ber-speaking sahaja di rumah.

"Daddy" kelihatan anak saudara Adrian iaitu Husna yang sudah berumur 7 tahun berlari ke arahnya.

"Kenapa ni?" Soal Adrian.

"Mummy Zarra rebut aiskrim dengan Husna. Mummy Lisya pulak tengok je lepas tu gelak. Daddy—" adunya. Adrian menepuk dahinya.

"Hah sudah" katanya.

Macam-macam ragam la Zarra ini semenjak dia disahkan mengandung. Naik hantu dia melayan perangai isterinya. Ryan sudah tergelak.

"Jom-jom" ajak Adrian ke dapur.

Mereka harini berada di main villa. Ryan terus mendukung Ryaimy yang terpukau mendengar suara si Didi itu.

Suasana di dapur itu riuh sekali. Kerana ramai sepupu lelaki Alisya sudah mendirikan rumah tangga sepanjang tempoh 3 tahun itu.

Alisya pula sedang mengacah-acah pisau ke arah Fiqri. Geram lelaki itu mengacau pekerjaannya.

"Yah Fiq! Can you stay away from me?" marahnya.

"Ala Lisya. Aku lapar" katanya seperti anak kecil.

Alisya menghadiahkan death glare. Tiba-tiba ada pula tangan yang sempat merampas sepotong puding itu lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Yah Zarra Alisya! You too!" marah Alisya seperti seorang kakak.

Zarra hanya membuat peace lalu menarik kerusi di hadapan Alisya.
Ryan datang. Ryaimy diletakkan di atas meja.

"Tak habis lagi Didi budak ni" Zarra menarik pipi Ryaimy.

"Lunyai la pipi anak buah aku. Kau ni" Fiqri memukul tangan Zarra menggunakan garfu.

"Ala. Siapa suruh dia comel sangat" Zarra mencebik.

Beginilah kehidupan mereka setelah masing-masing bersatu. Alisya dan Ryan sudah membina kehidupan baru dan bersama Ryaimy. Alisya rela merendahkan egonya demi insan yang tersayang itu.

Hubungannya bersama mamanya juga makin membaik. Grandma-nya juga begitu.

Mummy dan Daddy Ryan pun bersyukur kerana Alisya kembali hidup bersama Ryan.

Petang

Swimming pool

"Mama! Papa scared me" kedengaran suara Ryaimy bergema dalam seluruh tempat kolam tertutup itu.

Ryan dan Adrian tergelak. Ryaimy seakan mahu menangis.

Alisya pula? Hampir tersembur air yang diminumnya ke muka isteri Rafiq.

Tajam dia memandang ke arah Adrian dan Ryan. Manakala Ryaimy di atas pelampung kerusi.

"Sini la dekat mama. Come here" panggil Alisya.

"You dah-dah la takutkan dia" marah Alisya kepada Ryan.

Ryan menolak pelampung Ryaimy ke arah Alisya.

"Ala. I main-main je" bela Ryan. Dia naik ke atas.

Alisya menghulurkan tuala.

Lalu mereka menikmati minum petang yang disediakan oleh isteri-isteri mereka.

Ryaimy pula tidak habis-habis minta didukung. Terus Ryan mengambilnya dari atas riba Alisya.

"Go take a shower with papa" tutur Alisya. Ryan naik ke atas bersama Ryaimy.

Selepas minum petang, Alisya mengemas dapur lalu naik ke biliknya. Pintu dikuak dengan perlahan. Kelihatan dua beranak itu tidur di atas katil bersaiz king itu.

Bantal peluk diletakkan di tepi sebelah kiri Ryaimy supaya dia tidak jatuh.

Alisya tersenyum melihat mereka.

Pandangan dialihkan kepada suaminya iaitu Ryan Haikal.

Ryan yang dikenali ketika sekolah tinggi lagi. Walaupun dalam masa yang singkat perkenalan mereka tetapi banyak soal Ryan yang diketahuinya.

Mungkin sudah tertulis mereka ditakdirkan bersama. Walaupun pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh mereka, memang ternyata jodoh mereka kuat.

Siapa sangka ikatan tanpa cinta ini boleh berkekalan. Walaupun perasaan cinta itu tidak hadir dalam diri mereka, tetapi mereka akur akan keputusan kedua ibu bapa. Menerima ikatan itu dalam usia yang muda.
Akhirnya dikurniakam seorang cahaya mata yang memberi harapan untuk mereka bersatu kembali.

Kehadiran Ryaimy Aryan mengubah semuanya. Terima kasih buat segalanya Ryan Haikal.

©2015-2017 QUEENZ CREATIONALL RIGHTS RESERVED

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

©2015-2017 QUEENZ CREATION
ALL RIGHTS RESERVED

©2019 Q—NATIONZ
ALL RIGHTS RESERVED

No LOVE Between US✔Where stories live. Discover now