NLBU 40

15.7K 756 8
                                    

8 years later

Seorang gadis berambut panjang keluar dari balai ketibaan sambil menolak troli yang penuh dengan beg bagasinya. Mata meliar mencari seseorang.

Keluhan kecil terlepas dari mulutnya. Kakinya berhenti melangkah. Tangan pantas mengeluarkan telefon pintar dari beg tangan.

Tut tut tut

"Hello"

"Kau dekat mana ni?"

Sempat matanya memandang sekeliling. Takut-takut dia yang terlepas pandang.

"On the way"

"What?! Are you kidding me? Cepat la. Sakit kaki aku berdiri ni"

"Lain kali pakai lagi kasut tinggi warna putih"

"Wait— mana kau tahu"

"Pusing belakang"

Gadis itu pusing ke belakang. Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan ke arahnya sambil tersenyum.

'Oh great. Prank again'

Lelaki itu berjalan ke arah gadis itu dan menolak troli berisi bagasi gadis itu.

"Oh great Ryan. Bravo" perli Alisya geram.

"Cepat la. Kalau lambat kau duduk la dekat airport" ugut Ryan. Segera gadis itu mengejar langkah jejaka di hadapannya.

"Kenapa kau yang ambil aku?" soal Alisya sebaik sahaja kereta bergerak.

"Seriously no thanks?" perli Ryan. Ingatkan gadis itu ingin mengucapkan terima kasih tetapi hampa sungguh.

"Thank you mister" balas Alisya dengan senyuman hambar. Kemudian, dia menoleh memandang ke luar tingkap. Kelihatan hujan turun membasahi bumi menyambut kepulangannya.

"Sophie apa cerita?" Alisya memulakan perbualan.

"I don't know. We were over when I left to Japan" balas Ryan tenang.

"Oh I see"

Drit drit

Bunyi telefon pintar Ryan secara automatik menghentikan perbualan mereka. Tanpa menunggu lama, Ryan menyentuh icon hijau pada skrin telefonnya lalu mengambil handsfree disangkut pada cuping telinganya. 

"Hello"

"......."

"Lepak? Tapi— "

"............"

"Ouh. Okay. Jumpa 15 minit lagi"

Panggilan dimatikan Ryan.

"Weyh"

"Apa?" sahut Alisya memandang Ryan.

"Kita pergi mall kejap? Lagipun dekat rumah kau bukan ada orang pun" cadang Ryan.

"Oh why not" balas Alisya bersetuju dengan cadangan Ryan.

Ryan kembali fokus kepada pemanduannya.

15 minit kemudian

Alisya dan Ryan masuk ke dalam mall. Teringat kembali memori 8 tahun, di mall inilah tempat yang sering dikunjungi Alisya dan rakan-rakannya. 

"Eem— Ryan" panggil Alisya sekaligus memberhentikan langkah Ryan.

"Yes?" sahut Ryan.

No LOVE Between US✔Where stories live. Discover now