NLBU 10

22.7K 1K 17
                                    

Waiting Room

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Semua mata yang berada di dalam bilik itu memandang ke arah pintu.

"Korang buat apa dekat sini?" Soal Alisya.

"Coach suruh datang sini and one more thing sebab ramai fans kitaorang dekat luar ni tengah kejar kitaorang" terang Akmal bersungguh-sungguh.

"Nah jaket" kata Ryan.

"Kenapa sama dengan korang?" Soal Shasha.

"Tak tahu. Tu hah dah ada nama dengan nombor macam jaket kitaorang ni" kata Danish sambil menunjukkannya.

"Aku nak pergi tengok player yang lain" kata Alisya.

Namun, niatnya dihalang oleh Ryan di pintu.

"Coach tak bagi keluar" halangnya.

Alisya smirk.

"Sejak bila jadi bodyguard?"

"Amanah coach" balas Ryan.

"Fine you win" Alisya menyerah kalah dan kembali ke tempat duduknya. Malas mahu berdebat. Membazir masa dan tenaganya sahaja.

"Kita akan buat opening ceremony nanti" ujar Ridzuan.

"Dengan korang ke?" Soal Shasha.

"Ye la. Dah tu apa guna kitaorang dekat sini?" Soal Ryan.

"Aku fikir korang tunggul"kata Alisya.

Alisya sengaja membangkitkan kemarahan Ryan.

"Kau sengaja nak aku tunjuk tanduk ke apa hah?"geram Ryan.

"Yes. Aku teringin nak tengok macam mana tanduk kau tu"jawab Alisya berani.

Ryan terus mendekati Alisya yg sedang berdiri di tepi loker lalu mencengkam kolar jaket Alisya.

Mereka yang berada di situ mula terkejut dengan perubahan Ryan.

Alisya smirk.

"So this is your true self?" Soal Alisya.

Mata Alisya mula berkaca.

"Yes. Why you are shocked?" Jawab Ryan.

Tiba-tiba Ryan melepaskan kolar jaket Alisya.

Alisya terus keluar menuju ke tandas yang berada di dalam bilik tersebut.

"Ryan what had you done?" Marah Akmal.

"She's a girl. Remember that" kata Danish.

"Pada-pada la Ryan. So ni la sebab dia suruh kitaorang jangan dekat dengan korang" kata Farah.

Tiba-tiba seseorang membuka pintu. 

"Sorry ganggu. You guys only have 10 more minutes" tuturnya.

"Ok" balas Amanda.

Farah menuju ke arah pintu bilik air. Mahu saja Farah mengetuk pintu itu terbuka dan Alisya muncul disebalik pintu.

"Are you okay?"Soal Farah.

"Yes. Let's go" jawab Alisya.

Alisya sempat menghadiahkan pandangan maut kepada Ryan yang berada di sebelahnya.

"Aduh kenapa la aku kena berdiri sebelah kau?" Rungut Amanda

"Hey kau sepatutnya bersyukur tau. Tak semua orang boleh berdiri sebelah F4" kata Danish.

No LOVE Between US✔Where stories live. Discover now