Grand Hall
Alisya berjaya dinobatkan sebagai juara pada hari tersebut. Sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai pemenang, dengan wajah yang tenang dia melangkah dengan yakin naik ke atas pentas. Semua yang berada di situ mula berdiri dan menepuk tangan masing-masing saat piala pusingan dan replika cek yang tertulis angka sejumlah wang bertukar tangan.
Acara berakhir dengan sedikit jamuan. Ketika peserta lain sibuk makan, pasukan Alisya sudah pun berkemas untuk pulang kerana mereka terpaksa mengambil first flight pada malam itu kerana keesokannya Alisya terpaksa menghadiri mesyuarat student council.
Mereka bersiap dan terus mengucapkan selamat tinggal kepada yang lain lalu menuju ke airport.
Alisya menoleh ke kirinya, kelihatan junior-nya sedang lelap. Mungkin kepenatan.
Telefon pintarnya dihidupkan kerana tidak henti-henti berbunyi. Satu message daripada Ryan dibaca.
Ryan
Esok ada meeting!
Aku tahu la
Aku ingatkan
Tak payah la
Kau balik bila ni?
Otw airport la ni
Ouh okay bye
K
Alisya terus menyimpan kembali telefonnya. Ikutkan hati mahu saja huruf K itu di capslock sebesar-besar alam. Geram dia dengan ego tinggi menggunung Ryan itu.
Beberapa jam kemudian
Mereka sampai di airport. Suasana agak lengang. Tidak terlalu padat dengan manusia.
Mereka tiba di hadapan gate untuk pemeriksaan. Kemudian terus naik ke kapal terbang. Perjalanan yang mengambil masa yang lama itu agak membosankan Alisya.
Dilihat rata-rata seat di first class itu agak kosong mungkin kerana ramai yang memilih economy class. Perlahan-lahan matanya tertutup rapat.
Malaysia
Setelah tidur yang agak lama, akhirnya Alisya tersedar akibat laungan dari loud speaker yang memberitahu bahawa mereka sudah pun selamat mendarat.
Keadaan di situ agak gelap kerana masih pagi. Akibat perubahan waktu secara mendadak, Alisya tidak lagi mengantuk.
Troli beg bagasinya ditolak ke pintu keluar lapangan terbang lalu naik ke dalam bas selepas menyimpan bagasinya.
2 jam kemudian
Alisya memasuki bangunan dorm gred 4 sambil menarik bagasinya.
Jari runcingnya segera menekan button anak panah ke atas, beberapa minit kemudian pintu lif itu terbuka dan terlihat kelibat berwarna putih ketika pintu lif itu terbuka perlahan-lahan.
Hampir saja Alisya mahu memberikan high kick, dia berundur ke belakang semula.
"Kau ni buat aku nak mati la Ryan" marahnya lalu dijeling tajam lelaki itu.
"Aku pula"
"Kau buat apa la dekat dalam lif ni?" Soal Alisya.
"Aku pergi cafeteria tadi"
"Tolong aku angkat beg ni" arah Alisya tanpa segan.
"Ye la" Ryan akur. Entah mengapa dirinya tidak menolak.
Alisya memberikan dua luggages kepada Ryan.
"Bapak banyak gila dengan paperbag bagai. Kau borong paperbag ke apa?" Bebel Ryan.
"Kepala hotak kau. Ni gift" marah Alisya.
"Bab-bab otak jangan main ka. Ish kenapa la kalau gaduh je mention otak. Macam kau seorang je ada otak" bebelnya lagi.
"Suka hati la. Mulut aku bukan mulut kau. Cepat la. Dah sampai ni"
"Minah ni bising ah" gumam Ryan.
Alisya memberikan jelingan tahap laser kepada Ryan. Alisya tiba di hadapan pintu biliknya.
"Pusing la sana. Aku nak masukkan pin" arah Alisya.
Ryan memusingkan badannya,manakala Alisya terus menekan pin nombor biliknya.
"Tunggu kejap. Nak letak paperbag dulu"
"Hrmm"
Alisya masuk ke dalam biliknya, kelihatan BG masih tidur. Dia meletakkan beg dan paperbag-nya di dalam bilik pakaian. Kemudian berlari anak untuk ke pintu.
"Bak beg tu"
Ryan memberikan beg-beg itu kepada Alisya.
"Thanks mamat poyo" ucap Alisya.
"Jangan lupa nanti ada meeting" kata Ryan.
"Baik la poyo. Aku nak masuk dulu. Dah blah sana. Malang betul pagi-pagi dah jumpa jembalang" kutuk Alisya.
"Nanti aku bagi jembalang betul baru tahu" ugut Ryan.
"Bagi la" Alisya menjelirkan lidahnya.
"Malas aku layan kau. Aku turun dulu" tuturnya.
Ryan terus menuruni tangga, manakala Alisya terus menutup pintu.
'Malang betul pagi-pagi dah nampak muka dia. Belum si Khai tu lagi'
Alisya terus menuju ke bilik pakaian dan mengemas segala pakaiannya dan kasutnya diletakkan di rak kembali.
Selesai mengemas Alisya duduk di hadapan meja soleknya. Dia membuka kotak perhiasannya.
Alisya yakin rakan-rakannya tidak menyentuh satu pun barangnya ketika dia tidak berada di situ dan itu terbukti apabila kesemua barangnya masih dalam keadaan yang sama ketika dia meninggalkan tempat itu.
Dia membelek-belek cincin yang terukir nama Ryan itu.
'I already made my own decision. I will break our relationship soon. I'm sorry but I can't accept you'
Pipi putih dan gebu milik Alisya dibasahi dengan air matanya.
Alisya terus menyimpan kembali cincin tersebut lalu mencapai tualanya dan bergerak ke bilik air untuk bersiap-siap.
TBC
YOU ARE READING
No LOVE Between US✔
De TodoIsh,semak ah kau ni! Mana aku pergi mesti ada muka kau-Alisya Aryana- Suka hati aku la. Kau tu pun semak juga. Macam tak ada tempat lain nak pergi -Ryan Haikal- Ryan dan Alisya ialah pelajar S&E HIGHSCHOOL. S&E HIGHSCHOOL ialah sebuah sekolah elit...