NLBU 51

14.5K 701 7
                                    

Satu per satu anak tangga dipijak Alisya dengan berhati-hati tanpa mengeluarkan bunyi. Memandangkan keadaan rumah sudah gelap, pasti semua penghuni sedang beradu. Tali ankle strap pump heels digenggam kemas.

Setelah tiba di hadapan pintu rumah, dilihat kiri dan kanan untuk memastikan dirinya tidak akan ditangkap kali ini.

"Alisya"

Baru sahaja dia memegang tombol pintu, namanya diseru dari belakang.

'Oh my God. I'm so dead!' jeritnya di dalam hati. Badan dipusing. Helaan nafas lega terlepas apabila melihat pemilik suara yang berdiri sambil bercekak pinggang berhampiran tangga.

"Ada apa kak?" soalnya dengan nada tenang.

"Nak pergi mana?" Adriana mengangkat kening. Alisya mula memikirkan jawapan yang ingin diberikan.

"Club?" tebak Adriana mengangkat kening lagi. Alisya mengangguk lagi tanpa teragak-agak.

"Ryan tahu tak?" soal Alisya lagi.

"Dia pun elok je keluar tadi" balas Alisya dengan nada tidak puas hati.

"Dia tu lelaki kau tu perempuan" alasan Adriana langsung tidak boleh diguna pakai baginya.

"So?" soal Alisya tidak puas hati. Nadanya seperti mencari gaduh bersama Adriana.

"Okay fine. Jangan balik lambat sangat. Mama tahu aku yang kena" akhirnya Adriana mengalah. Alisya ini bukan boleh diduga gayanya.

Mendengar kata-kata Adriana, Alisya tersenyum. Sempat dia mengucapkan terima kasih tanpa bersuara lalu hilang disebalik pintu rumah yang sudah tertutup rapat. Adriana menggeleng kepala.

Club

"Aku ingat kau tak datang tadi" kata Amanda kuat. Disebabkan bunyi bingit club tersebut.

"Gila ah tak datang. Nak kantoi dengan Riana dah tadi. Selamat pass" sorak Alisya mengambil tempatnya. 

Dalam keadaan sesak-sesak itu, dia cuba menfokuskan matanya ke arah dua gadis yang duduk di suatu sudut yang tidak jauh dari mereka.

"Weyh Akmal" panggil Danish.

"Apa dia kau ni kacau la"  jawab Akmal.

"Weyh tengok sana tu— Alisya dengan Amanda kan?" tunjuk Danish.

"Haah. Wait siapa tu?— Farah?" Kata Akmal.

Dilihat Farah berjalan duduk di sebelah Alisya. Takkan matanya boleh menipunya kot.

"Call Ryan cepat" kata Danish kelam-kabut.

Akmal mendail nombor Ryan.

"Bro!"

"Kau kenapa terjerit-jerit macam bini hilang?"

"Bro, aku kahwin pun belum lagi? Ah lupakan. Hot news— before that kau dekat mana?"

"Aku on the way nak pergi jumpa kau. Oh ambil Miera kejap"

"Damn bro. Aku jumpa Amanda and Farah but— not only them. Alisya is here" 

"What?"

"Fcking serious. Baik kau datang cepat"

"Okay"

BG POV

"Dapat juga aku hilangkan stress" kata Alisya sambil meneguk minumannya.

Pada masa yang sama, Ryan tiba di kelab dan segera ke meja yang telah dihuni oleh Akmal dan Danish.

No LOVE Between US✔Where stories live. Discover now