Malaysia
"I can do by my own" segera Alisya menepis tangan Ryan yang ingin membantunya turun dari kereta.
Seminggu berlalu semenjak kejadian dia dimasukkan ke hospital dan ditukarkan ke hospital di Malaysia sebaik sahaja dia sedar. Dan kini dia pulang ke rumah.
"Al stop being stubborn" Ryan mengejar langkah isterinya.
Panas sahaja telinga Alisya mendengar lelaki itu mengatakan dia degil.
"Pardon? Stubborn? You yang degil not me" Getus Alisya lalu menanggalkan kasut dan masuk ke dalam rumah.
Ryan menghembus nafasnya. Dadanya diusap.
"Sabar Ryan" tuturnya sendiri.
"Alisya" panggil Ryan. Dilihat gadis itu sedang duduk di atas sofa bersama telefon pintarnya.
Panggilan jejaka itu tidak dihiraukan. Mukanya hanya menghadap televisyen.
"Alisya Aryana"
"Apa?" soal Alisya malas. Rimas mendengar suara Ryan. Boleh pecah otaknya.
"I'm sorry" ucap Ryan. Alisya berdecit lalu tersenyum sinis.
"Sorry? Mudahkan minta maaf tapi sayangnya hati yang terluka tidak dapat diubati. Kalau dengan kata maaf you boleh fix our situation, I tak kesah. Tapi your sorry is worthless. Useless" balas Alisya. Ryan tertunduk. Sangkaannya tepat. Tidak semudah itu gadis ini akan memaafkannya.
Meninggalkan Ryan berseorangan, Alisya melangkah naik ke atas. Malas berlebih-lebihan dengan lelaki itu. Nanti dikatakan bertindak mengikut emosilah, perasaanlah.
"Kau dengan Alisya macam mana?" soalan itu meluncur dari mulut Akmal. Farah iaitu bakal tunangnya ada memberitahunya bahawa Alisya sekarang dingin.
Oh kisahnya bertunang bersama Farah ini kerana aturan kaum ibu mereka. Akhirnya, kedua-dua menurut. Akmal jenis tak kisah jika mengikutikan calon pilihan ibunya tetapi dia takut hati perempuan yang dinikahinya itu akan terluka kerana tidak dapat menerima dirinya.
"Macam tu la. Kami tidur asing. Bila makan pun batang hidung tak nampak" ujar Ryan mengeluh.
Alisya pula sudah kembali bekerja seperti biasa. Pasti perempuan itu akan sibuk dengan projek baharunya. Memang kata-kata maaf sudah diungkapkan namun untuk diterima Alisya tidak semudah itu. Dia sudah terlampau banyak menuduh gadis itu macam-macam.
Akmal menepuk bahu Ryan.
"Sabar. Satu hari nanti mesti akan okay semua ni" Akmal cuba menyalurkan sokongan buat Ryan. Perjalanan hidup mereka sahaja sudah complicated. Ini pula apabila melibatkan hati. Lagi merumitkan.
Kereta dipandu Alisya berhenti di hadapan sebuah banglo tingkat.
"Thanks hantarkan aku. Tak nak masuk dulu?" pelawa Farah. Pagi tadi tiba-tiba sahaja keretanya rosak. Entah angin apa BMW itu. Ingin dipandu Mercedes Benz tetapi kuncinya tidak dijumpainya. Pagi lagi sudah malang.
Alisya menggeleng.
"Tak apalah. Dah lambat ni. Takut jammed" tolak Alisya dengan alasan yang bernas. Lagipun sudah lewat petang. Manakala KL ini sangat sinonim dengan kesesakan lalu lintasnya. Kawasan perumahan dia dan Farah ini pula agak jauh juga. Kota Damansara dan Mont Kiara. Walaupun dalam peta digambarkan dekat tetapi dengan jalan raya di KL ini berganda-ganda jauhnya.
Alisya berhentikan keretanya di dalam garaj. Dilihat tempat letak kereta Ryan masih lagi kosong.
'Tak balik lagi? Tadi bukan dia keluar dulu ke?'
Membiarkan persoalan itu tanpa jawapan. Alat combination door lock disentuh. Jari diletakkan di atas reader dan pintu terbuka.
Dilihat keadaan rumah gelap sebaik sahaja dia membuka pintu. Jam menunjukkan 7:15 malam. Rumah agam itu kosong. Pembantu rumah dan tukang kebun tentunya sudah pulang jam 5 petang tadi.
Lampu dihidupkan. Terang-benderang ruang tamu dengan susun atur perabot di ruang tamu.
Beg tangannya diletakkan di atas sofa sementara dia mengurut bahagian lehernya yang terasa lenguh. Entah mengapa dirasakan keadaan di situ mula bertukar.
Pap
Bahunya dipegang seseorang dari belakang. Membatu terus tubuhnya. Tetapi otaknya sudah membayang macam-macam jika dia berpaling. Matanya terkelip-kelip.
'Siapa pula ni? Ya Allah jauhkan aku dariada hantu, jembalang, makhluk-makhluk tu'
Tangannya digenggam membentuk penumbuk lalu berpaling.
Bush
Buk
Matanya membulat.
"Oh my goodness!"
TBC
YOU ARE READING
No LOVE Between US✔
RandomIsh,semak ah kau ni! Mana aku pergi mesti ada muka kau-Alisya Aryana- Suka hati aku la. Kau tu pun semak juga. Macam tak ada tempat lain nak pergi -Ryan Haikal- Ryan dan Alisya ialah pelajar S&E HIGHSCHOOL. S&E HIGHSCHOOL ialah sebuah sekolah elit...