NLBU 45

15.3K 691 4
                                    

Ryan setia menunggu di dalam bilik itu. Kelihatan seorang gadis terbaring di atas katil. Muka gadis itu ditenung. Pucat. Hanya perkataan itu sahaja yang sesuai untuk menggambarkan raut wajah gadis yang terbaring di hadapannya. Dahinya mengeluarkan peluh dingin. Ryan masih tetap setia di sisinya.

"What's wrong with you?" Ryan menyoal sendirian di hadapan jasad yang tidak sedarkan diri. Kejadian tadi mula terimbas kembali.

Sebaik sahaja meeting tamat, mereka mula bersurai. Seorang demi seorang meninggalkan ruangan tersebut kecuali Ryan dan tidak ketinggalan Alisya.

Alisya bangun selepas mengemas barang-barangnya, namun dirasakan dunianya berputar. Pandangannya mulai kabur. Akhirnya, dia jatuh terduduk di atas lantai.

"Alisya are you okay?" pantas Ryan bangun dan meluru ke arah Alisya yang sudah berada di atas lantai.

Pertanyaannya tidak dibalas. Ryan cuba untuk membantu gadis itu, namun tubuh Alisya kembali rebah. Tanpa berfikir lama, tubuh itu diangkat dan dibawa ke infirmary.

Tapak tangan dibawa menyentuh dahi Alisya.

"Sejuknya. Biar betul dia ni" gumam Ryan.

Dia ingin menaikkan suhu bilik, tiba-tiba pesanan daripada Shasha terngiang-ngiang di fikirannya.  Walau sesejuk mana suhu badan Alisya jangan merendahkan suhu bilik. Jadi dia membatalkan niatnya.

Mata kembali memandang Alisya. Kelihatan kelopak mata gadis itu bergerak-gerak.

"Alisya" nama gadis itu diseru. Serentak, perlahan-lahan Alisya membuka matanya.

"Hrmm" sahut Alisya yang cuba bangun. Melihat Alisya, Ryan membantu gadis itu untuk duduk.

"Dah berapa lama aku pengsan? Soal Alisya dengan suara yang agak serak.

"Two or three hours" balas Ryan.

"Ah—" selimut ditolak ke tepi.

"Where are you going?" halang Ryan.

"I still have something to do" balas Alisya lalu turun dari katil. Mendengar suara Alisya yang sangat lemah itu, Ryan mahu menghalang tetapi Alisya masih berdegil. Akhirnya, Ryan mengalah. Tidak mahu memburukkan keadaan mereka lagi.

Alisya POV

"Jauh termenung?" aku tersedar apabila disergah dari tepi. Pemilik suara itu aku renung tajam.

"Kau nak apa? Tak ada kerja ke?" soalku malas.

"Ada. Kerja aku ialah untuk sedarkan kau dari dunia khayalan kau tu" jawapannya jelas menundukkan bahawa dia sedang menyindirku.

"Kau kenapa ni? Banyak sangat berfikir" soal Farah apabila aku lebih memilih untuk menutup mulut.

Aku menggeleng lemah. Pen masih setia digenggam di tangan.

"Do you seeing someone?" soalan itu langsung tiads kena mengena dengan topik kosong yang sedang dibicarakan kami.

Farah memandangku dengan sebelah keningnya ke atas. Mungkin tidak faham dengan soalan itu.

"What do you mean by that?" soalnya mahu penjelasan yang lebih terperinci.

"Man" balasku sepatah.

Hampir tersedak Farah sebaik sahaja aku menjawab soalannga. Nasib sahaja dia tidak minum air ketika itu. Kalau tak memang dah tersembur la jawabnya.

"Hrmm tak ada" balasnya.

"Ala kau rembat je la Akmal ke Danish ke" Alisya memberikan cadangan merapu.

No LOVE Between US✔Where stories live. Discover now