Bush
'Aku—'
Ryan mula cuak apabila Alisya tidak timbul di permukaan air. Tanpa menunggu lama, dia terus terjun ke dalam kolam lalu menarik tubuh Alisya ke atas.
"Alisya? Alisya!" Ryan mula cemas apabila melihat muka pucat Alisya dengan matanya tertutup. Pipi gadis itu ditampar-tampar perlahan.
Kelopak mata Alisya akhirnya bergerak. Air keluar dari mulutnya. Pantas Ryan membaluti tubuh Alisya dengan kain tuala.
"I hate you!" amuk Alisya sambil air matanya mencurah-curah. Dada lelaki itu ditumbuk tetapi Ryan tidak mengendahkan semua itu malah mengangkat Alisya gaya bridal style naik ke dalam bilik.
Ryan terduduk di atas sofa selepas Alisya masuk ke dalam bilik mandi. Rambutnya dikuak ke belakang, muka diraup kasar.
'Kenapa? Kenapa dia tak boleh berenang?' Persoalan ini timbul di benak fikiran Ryan. Mata dipejam.
Alisya dikejarkan ke bilik rawatan secepat mungkin. Riak wajah Ryan jelas menunjukkan dia risau.
"Kenapa ni Ryan?" Tanya jururawat di situ.
"Alisya lemas" jawab Ryan sambil membaringkan tubuh Alisya yang tidak bermaya di atas katil.
Seorang doktor yang berada di situ merawat Alisya secepat mungkin. Manakala Ryan cuba untuk menelefon kakaknya, hampa. Tak diangkat. Panggilan antarabangsa.
Pergerakannya terhenti buat seketika. Skrin gelap telefonnya dipandang semula.
Adik? Yes Alisya ada adik yang menuntut di sini juga. Contact number Aqilah yang terpapar pada skrin telefonnya disentuh. Satu message dihantar.
Peristiwa itu kembali terlayar di fikirannya, hari di mana Alisya lemas dan gadis itu terus menamatkan career-nya dalam bidang renang.
Bunyi pintu terbuka mematikan lamunannya. Alisya langsung tidak memandang Ryan sewaktu melintasi di hadapan lelaki itu sebaliknya melangkah ke katil dan merebahkan badannya. Satu badannya dibalut dengan comforter.
Ryan mengeluh. Kepala dipusing memandang ke arah katil. Punggung diangkat dari sofa lalu berjalan mendaki dua anak tangga naik ke tempat yang menempatkan katil yang dikelilingi dengan dinding kaca. Melihat mata Alisya terpejam, mungkin gadis itu sudah tidur, fikirnya. Spontan tapak tangannya menyentuh dahi Alisya yang diselindungi dengan rambut.
'Panas'
Sekali lagi Ryan mengeluh dan menarik tangannya menjauhi dahi Alisya. Mendengar Alisya terbatuk kecil lagi menambahkan rasa bersalahnya.
"Sorry" ucapnya.
Ryan turun ke bawah untuk mencari sesuatu di dapur yang tiada di dalam bilik Alisya. Tangannya membuka hampir setiap kabinet yang ada.
"Ryan cari apa?" dia disapa pembantu rumah. Wanita itu juga pelik melihat Ryan yang membuka setiap kabinet yang ada.
"Cari besen" balas Ryan tersengih. Belakang tengkuknya diusap.
"Besen? Buat apa?" soal Mak Jah pelik. Dia bukannya ingin menyibuk tetapi pelik sahaja.
"Alisya demam. Badan dia panas" balas Ryan rasa bersalah.
"Demam? Ah Ryan boleh tengok dekat dalam kabinet tandas Alisya. Kain lap dengan besen ada dekat situ, tapi Mak Jah lupa kabinet yang mana. Dulu Alisya selalu juga demam" terang Mak Jah panjang lebar.
YOU ARE READING
No LOVE Between US✔
RandomIsh,semak ah kau ni! Mana aku pergi mesti ada muka kau-Alisya Aryana- Suka hati aku la. Kau tu pun semak juga. Macam tak ada tempat lain nak pergi -Ryan Haikal- Ryan dan Alisya ialah pelajar S&E HIGHSCHOOL. S&E HIGHSCHOOL ialah sebuah sekolah elit...