Ryan terlihat Alisya berdiri di balkoni sebaik sahaja keluar dari bilik air dengan memakai bathrobe. Dia melangkah secara senyap-senyap ke arah Alisya lalu memeluk gadis itu dari belakang. Malah Alisya tidak menghalang. Saat dia ingin melepaskan pelukannya Alisya bersuara.
"Please don't" katanya dengan nada sayu. Ryan dapat merasakan titisan air jatuh di tangannya. Dia mula pelik dengan isterinya.
Mereka masih di posisi yang sama.
"Sorry for everything" kata Alisya dalam tangisannya. Selepas itu, dia rebah. Nasib baik Ryan cepat bertindak. Alisya dibaringkan di atas katil. Comforter ditarik menutupi badan Alisya
'Alisya tak guna kau seksa diri kau macam ni. Aku tahu kau nakkan kebahagiaan. Tapi kau tak mampu untuk melepaskan diri kau dari kegelapan. Kau terperangkap dalam dunia yang kau cipta sendiri. Kau perlukan cahaya untuk keluar dari situ.'
Ryan baring di sebelah Alisya. Rambut Alisya diselitkan di belakang telinga. Muka Alisya ditenung lama. Terlihat cevair jernih mengalir turun walaupun mata gadis itu tertutup rapat.
"Let it out Al. Dah terlalu banyak kau pendam. Keluarkan segalanya. Aku takkan suruh kau berhenti. Pada hari pertama aku bersama kau, aku boleh melihat kesedihan yang kau pendam"
kata Ryan lalu mencium dahi Alisya. Kemudian dia melelapkan matanya.Alisya terbangun apabila ada makhluk yang meniup mukanya. Sebaik sahaja dia membuka mata dia terlihat Ryan sedang meniup mukanya. Jarak antara mereka sangat rapat. Alisya memandang tepat ke arah anak mata Ryan yang berwarna hazel sama sepertinya.
"Why?" soal Ryan.
"Thanks for the hug" kata Alisya. Dia masih belum berganjak begitu juga dengan Ryan.
Ryan melihat Alisya seperti orang lain ketika itu. Bukan seperti Alisya yang dia kenal.
"Why you never say that you love me, Ryan?" Tanya Alisya dengan muka yang tenang. Ryan tersentak dengan soalan daripada Alisya.
"I don't know" jawab Ryan perlahan. Bukan mudah bagi Ryan untuk berkata begitu. Memang benar dia boleh berkata begitu kepada semua perempuan yang digodanya. Tetapi tidak dengan Alisya kerana sikap Alisya membuat hatinya terbuka sedikit untuk mendapatkan gadis ini. Sikapnya yang dingin, hati yang keras, ganas. Membuatkan Ryan merasakan Alisya ini berbeza tambahan pula dia ialah kanak-kanak yang telah bersamanya buat suatu ketika. Tetapi sayang, Alisya tidak mengingatinya. Kali pertama Alisya mengubah penampilan nerd-nya dan kembali kepada seorang yang sosial, membuatnya ingin sekali mengenali gadis itu.
"You hate me because of Sophie?" Tanya Alisya.
Ryan mengakui Sophie adalah gadis yang dicintai selepas Alisya ketika kecil.
"Nope. I don't hate you. Not even once"
"It's okay" Alisya mencium pipi Ryan lalu bangun. Ini kali pertama dia buat begitu kepada Ryan. Malu? Tuhan sahaja yang tahu.
Di laman belakang rumah terdengar gelak tawa sepupunya. Alisya dan Ryan skip lunch kerana terlena. Beberapa sepupunya bermain air di dalam kolam. Alisya menuju ke arah tempat rehat yang berada di tepi kolam.
"Zarra— " suaranya meleret lalu memeluk gadis itu dari tepi. Yang lain hanya memberi reaksi mahu muntah.
"Tak payah la buat muka macam tu. Buruk tahu" kata Alisya. Dia mencapai buah anggur dan dimasukkan ke dalam mulut.
"Best berasmara atas katil. Sampai orang panggil pun tak dengar" perli Zad
"Choiy mulut. Otak tak boleh nak bersih lagi ke apa" marah Alisya. Kemudian dia terlihat Ryan berjalan ke arah mereka lalu duduk di sebelah Adrian.
"Al— lama kau tak swimming. Why? Masa last season competition pun aku tak nampak kau" Tanya Fiqri tentang hobi sepupunya yang satu itu.
"Aku quit dua hari sebelum last season punya game. Something happened around three weeks before that game. After that I prepared to study abroad. Sekarang aku fobia pasal kejadian tu" cerita Alisya tentang apa yang terjadi membuatkan dia tidak lagi berenang.
"Oh I see. Ryan, you're a swimmer too right. Alisya's partner before she quit." Ujar Fiqri lagi.
"Yes. After last season punya game, I also quit. Study at Japan" jawab Ryan tenang. Dia teringat kembali apa yang terjadi kepada Alisya.
"So sweet of you two. I ship" muncul Rafiq dalam keadaan yang basah. Baru habis 'terjun' kolam la tu.
Alisya membuat muka menyampah. Tiba-tiba Rena datang menyertai mereka. Mati terus senyuman gembiranya. Dia dan gadis itu memang selalu bercakaran. Akhirnya, Alisya meminta diri masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka.
20:05
Riuh meja makan dengan gelak tawa cucunya. Tetapi tidak bagi Alisya. Dia memang kembali untuk melihat semua ini. Tetapi hatinya tidak. Ryan dipandang sekilas.
'I will fix this. This is wrong' bisik hatinya.
Bunyi orang tersedak mematikan lamunannya. Ditoleh ke kanan. Orang yang tersedak itu ialah Ryan sendiri. Pantas tangannya menghulurkan cawan yang berisi air. Dia mengusap belakang badan Ryan.
"You ni kenapa?" soal Alisya perlahan.
Ryan diam. Dia hanya meneruskan suapannya.Alisya memandang tepat ke anak mata milik Adrian. Ada satu pandangan daripada Alisya yang sukar ditafsir oleh Adrian. Entah apa yang dirancangkan oleh Alisya. Agenda perempuan itu tidak dapat diagak langsung melalui mata kasar.
Selepas makan, Alisya mengheret Adrian ke taman belakang rumah.
"Ish kenapa sampai nak kena heret aku ni?" Soal Adrian geram.
"Aku nak suruh orang kau cari info pasal Khai" kata Alisya serious.
"Khai? Khai yang mana ni?" Fikir Adrian.
"Khai my ex boyfriend" ujar Alisya selamba.
"Kau nak aku buat apa?" Soal Adrian pelik.
"Aku nak tahu kenapa family dia beria-ria nak jodohkan dia dengan Shasha. Pasti ada something wrong somewhere. And aku nak tahu everything about his company" jelas Alisya.
"Oh senang je. Kira nak siasat semua pasal dia la ni" tebak Adrian mengerti.
"Yes. Aku bagi masa 3 minggu. After that aku akan musnahkan hidup dia. Kau fahamkan?" Kata Alisya.
Adrian mengangguk tanda faham. Sebelum ini sudah banyak Alisya memberikannya tugas untuk menyiasat orang ni.
"And one more thing. Kau suruh Azrul cari minah nama Balqis ni. Sepupu Sophie. Dia kenal punya." Alisya berlalu pergi. Dia tersenyum sinis
"Maybe this is the end of your life. Welcome to the hell" getus hatinya. Akhirnya, dendam dia terhadap Khai dan Balqis akan dilaksanakan. Secara perlahan-lahan.
Alisya masuk ke dalam bilik. Kelihatan Ryan sudah pun tidur. Alisya baring membelakangi Ryan. Skrin telefonnya menyala. Aplikasi WhatsApp disentuh.
Fikirannya mula memikirkan sesuatu.
Skrin telefon pintarnya ditenung. Entah apa yang difikirkannya. Sejak ke belakangan ini fikirannya terganggu.Tiba-tiba terasa sepasang tangan melingkar pada pinggangnya. Segera telefon pintarnya dimatikan lalu lampu bertukar malap.
T
BC
YOU ARE READING
No LOVE Between US✔
RandomIsh,semak ah kau ni! Mana aku pergi mesti ada muka kau-Alisya Aryana- Suka hati aku la. Kau tu pun semak juga. Macam tak ada tempat lain nak pergi -Ryan Haikal- Ryan dan Alisya ialah pelajar S&E HIGHSCHOOL. S&E HIGHSCHOOL ialah sebuah sekolah elit...