"Nah ambil ni" Alisya mencampakkan ice pack kepada Ryan yang terbaring si atas sofa. Habis berlebam pipi jejaka itu. Batang hidungnya pula hampir dikatakan boleh patah.
"Kau tahu tak sakit!" rengus Ryan.
"Siapa suruh sentuh-sentuh dah kena. Padan muka" tangannya menumbuk perut Ryan. Tidaklah lembik sangat perut lelaki itu. Boleh tahanlah. Sempat lagi dia mengutuk tubuh badan Ryan di dalam hati.
"Ish kau. Aku dah sakit ni. Kau tambah lagi. Ish perempuan ni aku gigit nanti" tutur Ryan geram.
"Eleh ada hati nak gigit. I tumbuk muka hensem you ni— " bagaikan tersedar dia cepat-cepat menutup mulut.
'Kau gila ke Alisya pergi cakap dia hensem? Jatuh saham kau. Mana aku nak letak muka ni' dirinya dikutuk di dalam hati. Entah bagaimana dia boleh terlepas cakap. Ah sudah!
"Hah? Kau cakap apa? Aku tak dengar la. Ni sebab kau, tengok aku dah pekak" tutur Ryan.
"Nothing" dalih Alisya menjeling Ryan. Ryan tersengih. Bukannya dia tidak dengar tetapi sengaja ingin menguji gadis itu.
"Tersengih kenapa? Mengutuk la tu dalam hati" sergah Alisya.
"Haah. Geram aku dengan kau ni" jawab Ryan selamba. Mahu sahaja Alisya membuka mulut, bunyi loceng lebih pantas memintasnya.
"Siapa pula tu?" omelnya berjalan me arah pintu. Ryan hanya kekal duduk di atas sofa tetapi dia menjenguk juga ke arah pintu yang sudah dibuka oleh Alisya.
Dahinya berkerut melihat tubuh isterinya dipelik oleh tetamu yang tidak diundang itu.
"Al I don't want to marry him. Please— please help me" percakapan Shasha tersekat-sekat akibat tangisan yang masih bersisa.
"Sha, kenapa? Dia buat apa?" soal Alisya meleraikan pelukan.
Ryan datang ke arah mereka. Mulut dimuncung ke arah Shasha menanyakan isyarat kenapa.
"Sha jom la duduk dulu. Kalau kau nak aku call Amanda—"
Shasha duduk di atas sofa sambil mengesat air matanya.
"Tak payah. Dia mana ada dekat sini. Dia dekat Perth" pantas Shasha memotong. Alisya mengemam bibir. Tidak tahu pula model itu tiada di Malaysia.
"Sha cerita la" pujuk Alisya.
"Khai— dia cuba sentuh aku, Al" terluah juga dari mulut Shasha. Dia dan Khai dijodohkan kerana ingin mengembang perniagaan keluarga mereka. Tetapi tidak disangka Khai berani bertindak sejauh itu.
"What!" Hampir terkeluar biji matanya. Manakala Ryan menggeleng turut sama terkejut.
"Please Al. Aku takut" Shasha menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Parents kau tahu?" soal Alisya dengan niat ingin membantu.
"Kalau cakap bukan mereka nak percaya pun. Macam dah termakan dengan kata-kata Khai" luah Shasha.
Ryan memberikan kotak tisu kepada Shasha.
"Thanks" ucapnya. Keadaan menjadi sunyi seketika.
"Huh" Alisya mengeluh. iPhone di atas meja dicapai.
"Kau nak buat apa?" soal Ryan dengam sebelah kening terangkat.
"Call polis. Biar dia meringkup dalam jail. Padan muka" tutur Alisya mengenai ideanya. Ryan terbuntang. Cerdik betul isterinya. Memang buat keputusan tak fikir panjang. Segera tangan Alisya ditahan.
YOU ARE READING
No LOVE Between US✔
RandomIsh,semak ah kau ni! Mana aku pergi mesti ada muka kau-Alisya Aryana- Suka hati aku la. Kau tu pun semak juga. Macam tak ada tempat lain nak pergi -Ryan Haikal- Ryan dan Alisya ialah pelajar S&E HIGHSCHOOL. S&E HIGHSCHOOL ialah sebuah sekolah elit...