NLBU 11

21.5K 1K 7
                                    

Pagi yang sunyi itu telah hilang apabila tidur Alisya diganggu oleh bunyi telefonnya.

"Hello?"

"......"

"What?! Now?"

"....."

"Hahaha kau buat lawak apa hah? Dah la aku tak mandi lagi"

"......"

"10 minutes only? Er yela"

"Ye. Tunggu dekat lobi"

Talian itu dimatikan oleh pemanggil di sebelah sana.

Dengan langkah yang malas, Alisya bangun dan bergegas ke bilik air.

10 minit kemudian, Alisya keluar berserta skinny jeans dan kemeja merah. Sling bag yang digantung di tempat bag diambil lalu mencapai iPhone miliknya dan meninggalkan sticky note di pintu bilik air.

Alisya bergegas ke lif dan menekan punat G. Apabila pintu dibuka kelihatan Ryan dengan kemeja merah stripe hitam dan kasut roshe berwarna hitam manakala Alisya kemeja merah stripe putih dan kasut roshe berwarna hitam.

'Aduh, macam mana boleh sama? Err'

"Kau spy aku ke apa?" soal Ryan.

"Sorry dear. Tak ada masa nak spy kau" jawab Alisya tenang.

Mereka berjalan masuk ke dalam kereta.

"Kita nak pergi mana dulu ni?" Tanya Ryan kepada PA keluarganya iaitu Sarah yang berada di sebelah tempat duduk pemandu.

"Kita pergi tengok baju dulu" balasnya.

Alisya yang berada di tepi Ryan hanya membiarkan mereka sahaja yang berbincang. Ikutkan hati mahu sahaja dia terjun keluar tetapi kerana dia ni nak hidup lagi so dia batalkan niat itu.

"Kau dah kenapa? Buang tebiat ke?" Soal Ryan.

"Ish. Aku buat apa? Semua aku buat tak kena dekat mata kau" jawab Alisya geram.

"Ye la asyik muncung je. Aku kiss nanti"ugut Ryan.

"Yah! Tak sayang mulut ke hah? Berani kau buat aku terjun keluar" kata Alisya.

"Hahahaha. Aku tahu kau takkan buat"

"What ever la Ryan"

"Kau fikir aku nak sangat ke kiss kau? Err please la aku rela mati"

"As you wish dear. Kau ni kan bukan nak cakap malam tadi" luah Alisya.

"Apa?"soal Ryan innocent.

"Kenapa baru bagitau pagi tadi?"

"Aku pun lupa la. Ni pun Akmal yang kejut aku sebab mummy call. Kalau tak dah selamat kena tadah telinga"

Alisya tidak meneruskan perbualan tersebut dan hanya melayan telefonnya sahaja.

"Kau dah kenapa diam?" Soal Ryan pelik.

"Ishh kau ni. Aku diam salah aku bising lagi la salah. What do you want from me actually?"

"Aku bukan—"

Percakapan Ryan terhenti apabila Sarah memaklumkan bahawa mereka telah sampai di butik milik kakak Ryan.

Jejak sahaja kaki Alisya dalam butik itu matanya membulat.

"Qilah dengan Leeya pun ada?" Soal Alisya terkejut.

"Tak tahu la pula satu family ada dekat sini" sokong Ryan.

"Tak suka kitaorang dekat sini ke?" Soal Aqilah.

"Nak sweet-sweet la tu" sakat Adriana.

"Kan akak kan. 100% setuju" sokong Aqilah.

"Eiiuuu. Plastic bag please. Kau tunggu dekat sekolah nanti" ugut Alisya.

"Okay jom tengok design dulu" kata Ryainia.

"Lisya dengan Ryan masuk la dekat discussion room tu"arah Adriana.

Alisya dan Ryan pergi ke bilik yang dimaksudkan oleh kakaknya.

"Nak minum apa-apa tak? Saya boleh belikan?" Soal Sarah

"Iced choco" jawab mereka serentak.

"Great. Kamu berdua memang sesuai. Saya keluar dulu" kata Sarah.

Alisya menjeling Ryan dengan sebelah matanya.

"Kau pilih la" kata Alisya sambil membelek majalah di hadapannya.

Tiba-tiba Aleeya masuk ke dalam bilik tersebut.

"Kak Lisya pattern ni cantik tak?" soal Aleeya sambil menunjuk ke arah corak snowflake berwarna putih.

"Entah la Leeya" jawab Alisya acuh tak acuh. Malas dia mahu melayan.

"Ish kakak ni semangat la sikit. Payah la"rungut Aleeya.

"Sabar la nk pikir" balas Alisya geram.

"Eem hrmmm kakak— hrmm"

"Kau dah kenapa? Gagap tiba-tiba" soal Alisya.

"Nak tanya. Nak panggil bakal tunang kakak ni apa?" Soal Aleeya.

Aleeya sengaja menekankan perkataan tunang itu. Mahu melihat respond kakaknya. Namun hampa apabila Alisya hanya bersikap acuh tak acuh sahaja.

"Entah. Tanya la dia" kata Alisya.

"Ish kau ni bersyukur la sikit ada adik. Boleh dengar adik kau tu panggil kau kakak. Panggil abang Ryan. Ok?" Balas Ryan.

"Betul tu. Apa la kakak ni. Tak sporting la. Ok abang Ryan" sokong Aleeya.

"Hahahaha. Kan apa la kakak ni tak sporting langsung" seloroh Ryan.

"Sep abang" kata Aleeya.

"Eh? Apa sep-sep? Kau nak makan penampar aku ke?" getus Alisya sambil menayangkan tangan putihnya.

"Eh Qilah la" kata Aleeya ingin menyelamatkan dirinya.

"Puas aku cari kau. Jom ah" muncul Aqilah secara tiba-tiba.

"Stop. Nak lari mana hah?"tanya Alisya.

"Satu dua tiga— run!" jerit Aqilah.

"Tunggu dekat sekolah nanti" jerit Alisya.

"Macam budak-budak. Dengan adik sendiri pun nak gaduh" ujar Ryan sambil menggelengkan kepalanya.

"Kau diam"marah Alisya.

Ryan hanya buat tidak peduli sambil menyedut iced choco yang baru sampai sebentar tadi.

"Okay tak corak Leeya tunjuk tu?" Soal Ryan.

"Entah. Kau pilih la nk yang mana" kata Alisya.

"Miss Alisya tu corak untuk dress awak ye" kata Ryan.

"Okay ke ni err— kalau tak cantik, siap kau" kata Alisya.

"Kau memang tak cantik pun.
Hahahahah" sakat Ryan.

"I hate you"

"Joke"

TBC

No LOVE Between US✔Where stories live. Discover now