NLBU 58

14.4K 715 9
                                    

"Patah lengan aku nanti" getus Zarra. Tidak sangka dia diheret oleh gadis itu ke sini. Iaitu pejabatnya. Baru sahaja hendak bersenang-lenang di rumah tetapi angan-angannya musnah.

"Cepat la. Too slow" kutuk Alisya.

Pintu konkrit itu tertutup rapat sebaik sahaja Zarra masuk ke dalam. Zarra menjeling gadis yang baru mengetuknya sebentar tadi.

Tok tok tok

Pintu itu terbuka tanpa sempat Ryan memberi keizinan. Dilihat dua tubuh tinggi lampai yang persis wajah mereka menapak masuk ke dalam pejabatnya tanpa segan silu.

"Bawa bodyguard?" Ryan menjeling sekilas Zarra yang berdiri di sebelah Alisya yang memeluk tubuh. 

"What? Muka cantik macam ni kau label aku bodyguard! Are you blind?" marah Zarra geram.

"Yes, he is" Alisya mencelah. Ryan memandang tajam dua gadis itu. Pen diletakkan di atas timbunan kertas A4 di atas meja.

"What?" soal Alisya.

"Dah la. Aku panggil kau datang sini suruh kerja bukannya melalut entah ke mana" kata Ryan mengenai tujuan sebenarnya memanggil Alisya ke pejabat sedangkan gadis itu sudah memohon cuti.

Alisya dan Zarra membisu. Susah betul dua gadis itu ingin mentafsir fikiran Ryan.

"Oh baru aku teringat. Dayana said Firna already hand in her resignation letter" ujar Ryan sambil memyemak fail.

"I knew. Why? You nak jadi PA I ke?  kata Alisya sambil menyilangkan tangannya.

"Aku ada banyak kerja lagi nak buat. Apa kata you ask someone beside you?" Ryan memberi cadangan.

"What? Aku? Are you joking? Ah I need some drink" tutur Zarra lalu beredar meninggalkan pasangan suami isteri itu.

"Ryan" panggil Alisya.

"Hrmmm" sahut Ryan tidak memandang wajah isterinya. Mata hanya difokuskan pada dokumen yang sedang disemak.

Alisya geram kerana Ryan tidak memandang ke arahnya. Tiba-tiba satu idea muncul di dalam benak fikirannya. Dia berjalan ke tepi Ryan dengan perlahan-lahan agar tidak mengeluarkan bunyi. Manakala Ryan langsung tidak menyedari kehadiran gadis itu di sebelahnya.

Chup

Ryan terpaku.

"Thanks" ucap Alisya lalu dengan segera keluar dari bilik Ryan.

Alisya POV

'Uish. Alisya are you crazy! Ish jantung aku dah macam F1 ni kenapa. Kan dah malu sebab idea bodoh kau tu. Aishhhh'

Ryan POV

Otakkku sedang memproses tindakan Alisya sebentar tadi.

Wait. Dia cium aku. Demam ke apa minah tu. But seriously, she looks attractive with her lips just now.

Ryan menampar pipinya supaya kembali ke realiti.

Home

"Awal balik" kata Alisya sambil mengikat rambutnya kepada messy bun.

"Aku suruh Rid buat kerja aku separuh. Tak larat la. Lain la orang tu nak tolong buatkan" kata Ryan sambil membuka kemejanya. Sempat dia memperli Alisya.

Alisya menjeling.

"Fikir I tak ada kerja ke? I kena pergi site esok. Nak ikut tak?" Tanya Alisya.

"Hrmm tengok la dulu. Takut ada appointment last minute" balas Ryan tidak pasti.

"Oh okay" balas Alisya suaranya semakin perlahan. Ryan pula melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

8:30

Ryan turun ke bawah selepas selesai mandi. Kelihatan grandma, Zarra dan Alisya sedang menunggunya di meja makan.

"Sedapnya bau grandma masak" puji Ryan.

"Ada-ada saja kamu Ryan. Duduk cepat"

Semasa tengah makan tiba-tiba grandma menyoal.

"Alisya bila kamu nak bagi anak dekat Ryan?"

"Uhuk uhuk" tersedak Alisya dibuatnya. Tangan Ryan spontan menghulurkan air kepadanya.

"Hahahaha" Zarra gelak.

"Kau dah kenapa gelak. Kau tu bila nak kahwin?" balas Alisya geram.

"Alisya grandma tanya ni"

"Apa grandma ni? Alisya baru 25 tahun kot"

"Tak salah pun kan. Mama kamu dulu kahwin umur 22. Elok je. Bukan apa dah dekat tiga bulan kamu kahwin. Macam tu juga"

"I'm not ready yet" balas Alisya. Sejujurnya dia tidak bersedia untuk semua itu. Menyerahkan seluruh jiwa raganya buat Ryan? Mempunyai anak bersama? Oh tidak.

"Sampai bila Alisya?"

"Alisya sibuk la. Ryan pun. Masing-masing ada kerjaya sendiri. Alisya baru nak aktif modeling balik" balas Alisya.

"Alasan. Tak habis pentingkan kerjaya bodoh kamu tu. Sama je macam kakak kamu tu dulu. Sibuk dalam dunia fesyen. Keluarga semua letak nombor dua. Dari dulu grandma tak suka kamu jadi model tu. Tengok la sekarang. Suami pun diketepikan!" marah grandma.

Nadanya seolah-olah menengking Alisya. Alisya meletakkan sudu dan garfu.

"What's wrong with you? Semua Al buat semua salah. Tak pernah pun nak sokong. Jijik sangat ke Al ni. Semua grandma nak arahkan. Kami bukannya budak-budak nak diarahkan. Al dah besar bukannya budak kecik. Grandma or someone else pun tak berhak nak halang Alisya. Al nak berseronok pun salah ke. Baik Alisya mati la. Kalau dulu Zarra tak selamatkan Alisya. Mesti Alisya dah mati sekarang ni. Mesti tak ada siapa pun kesah kan. Suka tengok Alisya mati kan" marah Alisya. Dia sudah hilang sabar. Air matanya mengalir lalu dia naik ke biliknya.

Zarra sedikit terkejut dengan penyataan Alisya. Dia meletakkan sudunya. Makananya tidak dihabiskan. Sedih dia melihat sikap dingin grandma terhadap Alisya.

Ryan hanya menundukkan wajahnya. Ketika Alisya berdiri tadi dia sudah memegang tangan Alisya dan menggeleng kepala. Ditepis kasar tangan Ryan lalu meninggalkan meja makan.

PRANGGGG

Ryan bergegas ke biliknya.

"Alisya!" terkejut dia melihat keadaan Alisya.

TBC

No LOVE Between US✔Where stories live. Discover now