Tok tok tok
Pintu bilik Alisya diketuk sebanyak tiga kali.
"Masuk" arahnya.
Kelihatan Adrian dan Azrul berada di hadapannya. Adrian memberikan sepucuk sampul kepada Alisya.
"Nyawa syarikat mereka berada di hujung tanduk. Semua sebab kecuaian Khai sendiri" terang Adrian.
Alisya meneliti satu persatu maklumat yang diberikan. Semuanya jelas mengatakan di situ syarikat milik Khai tidak dapat menanggung kos kerugian projek sebelum ini. Banyak pelabur yang sudah menarik diri serta pekerja yang diberhentikan.
"Apa kaitan dengan Shasha?" Soal Alisya bingung.
"Mestilah duit. Shasha mempunyai 80% harta milik keluarganya. Memandangkan dia anak tunggal" jawab Adrian sambil menyilangkan tangannya.
"Huh. Alang-alang dah hujung tanduk biar rebah ke tanah terus. Betul tak?"
Adrian dan Azruk mengangguk. Dah sah sepupunya akan menjatuhkan sesiapa sahaja yang berani menyakiti kawannya atau orang yang dia sayang.
"Ni pasal Balqis" suara Azrul kecewa.
"Kenapa dengan dia?" Alisya memandang Azrul pelik
"Dia dah lama tak balik sini. Selepas Sophie mati, dia ke luar negara. Tak ada satu berita pun pasal dia. Salah satunya identitinya berubah atau she's dead" Terang Azrul
"Nevermind. Good work you two. Malam ni jom jatuhkan Khai. Ingat jangan bagitahu Ryan" Alisya memberi amaran.
"Ok deal. Aku dah suruh orang ikut dia" balas Azrul.
"Thanks"
"Apa sahaja untuk sweetie kita. Kan Rul. Kitaorang keluar dulu"
Adrian dan Azrul keluar dari bilik Alisya. Alisya merenung ke luar tingkap
'Cukup je la sampai sini Khai. Aku akan pastikan kau melutut depan aku. Kesilapan kau terlalu besar. Kau salah pilih orang kalau nak bermain'
That night
"Nak pergi mana ni?" Soal Ryan apabila terserempak dengan Alisya di hadapan pintu utama
"Keluar" jawab Alisya ringkas
"Ye la keluar pergi mana?" Tanya Ryan lalu menghirup air yang berada di dalam mug.
"Sebelum ni you tak sibuk pun nak tahu. I nak pergi club ke apa ke. You tak pernah pun nak tanya" balas Alisya.
"Al I need to know. Kalau apa-apa jadi. Aku juga yang kena. Ingat sikit kau tu isteri aku"
"Huh. Isteri? Kau tak berhak ke atas aku. Pernah ke aku ni menyusahkan hidup kau. Takkan. Yang kau nak bising kenapa. Kau dulu yang cakap aku ni hanya tiket kebebasan kau. Isteri apa kalau macam ni?" perli Alisya lalu keluar.
Ryan pula seperti rasa tercabar dengan kata-kata Alisya sebentar tadi.
'Fine kau memang tiket kebebasan aku. Kau tengok je la nanti'
iPhone 6+ dicapai. Nombor seseorang didail.
"Weyh Danish. Jumpa dekat club biasa. Makin panas pula aku duduk dekat rumah ni"
"Ok set"
Panggilan dimatikan
Alisya POV
'Ingat Alisya jangan buat benda bodoh. Setakat Ryan tu apa la sangat'
Kenderaannya terus meluncur laju di atas jalan raya.
Sejam kemudian kereta yang dipandu tiba di sebuah rumah yang agak usang dan terbiar. Kelihatan Adrian,Azrul dan beberapa orang lelaki.
"Khai mana?" Soalku.
"Dekat dalam" jawab Azrul.
Adrian mengarahkan orang suruhannya membuka pintu.
Khai cuba melepaskan diri."Kau nak pergi mana?"
"Alisya" teka Khai.
"Ingat pun aku. Aku fikir kau dah lupakan aku. Mana la tahu"
"Alisya lepaskan aku. Kenapa kau buat macam ni?" rayu Khai. Aku memekakkan telinga. Semua itu hanya kata-kata dusta.
"Lepaskan kau memang tak la. Keluarga kau memang gila harta eh"
"Hah apa maksud kau?"
"Kenapa Shasha kenapa Shasha?"
"Huh sebab dia lubuk emas aku. Kalau dia mati. Semua saham dia akan jatuh dekat aku. 80%"
"Gila" Alisya menampar Khai.
"Aku nak korang habiskan dia malam ni juga" arahku kepada orang suruhan.
"Tunggu. Kau pasti ke Alisya? Macam mana dengan Ryan. Kalau nyawa aku melayang, Ryan pun akan menerima nasib yang sama macam aku" Kata Khai dengan sinis.
Diriku membeku.
"Alisya" Adrian memegang bahuku.
"Kau diam. Ryan tu bukan siapa-siapa pun dalam hidup aku. Kau jangan sebut nama dia" tengking aku kepada Khai.
Hatiku berapi ketika itu. Lalu meninggalkan mereka dan menuju ke kereta.
Adrian dan Azrul mengekori dari belakang.
"Lisya" panggil Adrian.
"Aku— aku"
"So sekarang kita nak buat apa?" Soal Azrul
"Kita biarkan dulu. Ingat aku boleh lepaskan dia macam tu je. Jangan mimpi. Lepas berita tentang dia hilang baru kita lepaskan dia. Tapi sebelum tu pastikan dia tutup mulut dia kalau dia nak hidup lama" arah aku lalu masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan.
Sampai sahaja di rumah, Alisya terus ke bilik.
Alisya terkejut apabila tangan direntap dengan kasar.
"Apa ni sakit la?" Marah Alisya
Ryan tidak menjawab. Dia menarik Alisya ke katil
"Ryan, kenapa dengan you ni?"
Sekali lagi Ryan diam. Dia membuka T-shirt yang dipakainya lalu menindah Alisya. Alisya meronta.
"Ryan!" Alisya menolak Ryan.
Ryan ke tepi. Alisya ingin melarikan diri. Tapi sayangnya kakinya tersadung lalu kepala Alisya terhantuk pada birai katil. Ryan kembali kepada realiti. Dia terkejut melihat kepala Alisya berdarah.
Dia mendapatkan Alisya.
"Alisya. Alisya— I'm sorry"
"Plea—" kata-kata Alisya terhenti, dunianya gelap.
"No no Alisya" Ryan mendukung Alisya dan bergegas membawanya ke hospital.
Emergency Room
Ryan senyap apabila disoal Zarra.
"Kalau jadi apa-apa dekat dia lagi sekali. Memang mati hidup balik aku takkan maafkan kau" marah Zarra.
Dia menjadi tidak tentu arah ketika Farah menelefonnya dan memberitahu Alisya cedera. Sepupunya menenangkan Zarra.
"Dia tak sengaja kut Zarra. Relaks la" kata Rafiq.
Ryan meraup mukanya.
Beberapa minit kemudian, Shasha keluar. Mukanya sedih.
"Maafkan aku. Alisya—"
TBC
YOU ARE READING
No LOVE Between US✔
RandomIsh,semak ah kau ni! Mana aku pergi mesti ada muka kau-Alisya Aryana- Suka hati aku la. Kau tu pun semak juga. Macam tak ada tempat lain nak pergi -Ryan Haikal- Ryan dan Alisya ialah pelajar S&E HIGHSCHOOL. S&E HIGHSCHOOL ialah sebuah sekolah elit...