NLBU 33-Treasure Hunt??-

15.9K 697 8
                                    

Pada malam itu, pelajar gred 4 mengadakan aktiviti mencari harta karun. Di hadapan dorm kelihatan mereka berkumpul sambil berbual-bual.

"Apa kena la nak buat treasure hunt malam-malam buta ni?" Amanda mula merungut.

Sememangnya dia amat penat pada malam itu.

"Suka hati la" kata Akmal yang datang mencelah perbualan Amanda.

"Semak la kau ni. Pergi tempat lain boleh tak? Tempat ni besar lagi kot" Amanda berkata begitu bagi menghalau kedatangan Akmal dan yang lain.

"Miss Amanda, ke awak tu yang besar"

Danish yang datang dari mana entah terus bersuara. Selepas mendengar kata-kata Danish, semua yang berada di situ menahan gelak.

"Hahahahahaaaah"kecuali Akmal. Hanya Akmal yang melepaskan tawanya. Amanda hanya memberi pandangan MATI. KAU. NANTI

Akmal yang seolah-olah faham maksud pandangan tersebut terus berhenti ketawa lalu menutup mulutnya rapat.

"Korang semua ada dekat sini apahal?" Tanya Farah pelik

"Kau tak tengok ke korang ni kumpulan berapa?" Soal Akmal.

"Tak, wait— kita satu kumpulan?" tebak Shasha dengan separuh menjerit.

"Dah tu? Ye la. Kita satu group asal?" Ridzuan yang senyap dari tadi terus menjawab pertanyaan Shasha. Dalam diam Shasha menjeling Ridzuan.

"Dah-dah la korang ni. Bingit tahu" tiba-tibaAlisya bersuara.

Selepas itu mereka semua kembali senyap kerana telah ditegur oleh Alisya sebentar tadi.

"Okay semua pandang cikgu. Tiha tolong edarkan peta ni dekat semua kumpulan"Cikgu Hafiz menghulurkan beberapa kepingan kertas kpd Tiha.

Tiha pun memberi kepada semua kumpulan.

"Sekarang buka sampul tu dan pergi ke tempat tersebut. Start now!!!" Cikgu Hafiz memberi arahan.

Selepas itu, semua pelajar kelam-kabut pergi ke tempat yang ditulis dalam sampul surat.

Manakala group Alisya telah pun memulakan butir-butir pergaduhan antara mereka kerana Amanda tidak berpuas hati kerana terpaksa satu kumpulan dengan mamat poyo itu.

"Cepat la jalan. Ish payah la kalau kumpulan dengan minah-minah up ni"

Akmal sudah pun membebel panjang. Ahli BG mahu saja mengikat Akmal pada tiang bendera di tengah-tengah padang sekolah.

"Kau nak kitaorang lari pecut ke apa?" Marah Farah.

"Dah-dah la. Cepat la jalan. Kena pergi Bio Lab ni" Ryan yang hanya menyaksikan pergaduhan tersebut terus bersuara kerana tidak mahu pergaduhan itu berterusan.

Mereka terus memasuki bangunan sekolah yang gelap. Mereka hanya berpandukan peta dan juga cahaya dari lampu picit yang diberikan hanya 4.

"Ish semacam jer. Tak ada hantu ker" kata Amanda seram sejuk dibuatnya.

"BOLEH TAK JANGAN CAKAP MACAM TU" marah kesemua ahli kumpulannya. Amanda ini sememangnya mulut direct, jenis cakap lepas. Itulah menyebabkan mereka terus memarahi Amanda.

Manakala Amanda sudah pun mengunci mulutnya kerana takut menjadi mangsa kepada singa-singa tersebut.

"Kau buka la pintu ni" Akmal menolak Ridzuan ke hadapan.

"Asal aku. Kau la " marah Ridzuan.

"Ish, payah la korang ni. Tepi la biar aku yang buka"

Alisya yang datang dari mana entah terus menolak Akmal dan Ridzuan ke belakang.

No LOVE Between US✔Where stories live. Discover now