Semenjak pulang dari England, Alisya dan Ryan mula menyibukkan diri masing-masing. Semuanya kerana kerja. Sampai satu tahap, pulang lewat malam dan terus masuk tidur. Hanya ada waktu pagi sahaja mereka bersua muka.
D Cafe
Alisya merenung muka Ryan. Pelik dia dengan jejaka itu. Sebelum itu tidak pernah pula mengajaknya keluar lunch bersama.
"Done checking me out sampai nak tertembus?" soal Ryan mematikan lamunan Alisya.
"Perasan" Alisya memotong steak lalu dimasukkan ke dalam mulut.
"Al lately you look different" ujar Ryan mengenai perubahan Alisya.
"Why?" soal Alisya. Rasanya tiada yang pelik dengan dirinya.
"Asyik termenung. Kenapa? Something in your mind?"
"No. Nothing. I just— hrm grandma suruh balik main villa tomorrow" kata Alisya lalu mengeluh.
Sudah tentu kebanyakan sepupunya akan pergi ke sana kerana ini satu arahan yang tidak boleh dilanggar sama sekali. Tetapi kali ini, hanya cucu serta cucu menantunya sahaja yang dipanggil berkumpul. Apabila mengenangkan ugutan Adrian terus dimatikan niatnya untuk tidak hadir ke perjumpaan tersebut. Semua ini pasti gara-gara idea gila Rizqi.
"Pergi je la" Ryan menghirup airnya.
"Memang kena pun. Terpaksa. Kalau tak Ad akan heret I balik juga. Gosh. He's so unexpected" balas Alisya.
"Hah. Jom la balik office. " ajak Ryan
Alisya bangun.
Main Villa
"Eh kak Lisya, kak Zarra" tegur Yena apabila membuka pintu.
Alisya masuk ke dalam bersama Ryan di sisi. Kelihatan ruang tamu penuh dengan sepupunya yang lain.
"Yena, kakak kau dah balik ke?" tanya Zarra. Yena ini adik kepada Rena. Tapi perangai jauh berbeza. Macam langit dengan bumi.
"Ada tu hah" Yena menjuih mulut ke arah ruang tamu.
Alisya menarik Ryan ke ruang tamu. Lalu duduk di atas sofa. Zifri yang asyik menghadap telefon pintar itu disiku lengannya.
"Sakit la" adunya perlahan.
"Tak habis-habis layan awek. Aku ada dekat ssbelah ni" rajuk Alisya
"Apa kau nak?" Soal Zifri.
"Kenapa grandma panggil balik ni?" tanya Alisya
Zifri mengangkat bahu. Tanda tidak tahu
"Bila kau nak langsung dengan si Lidya tu?" Tanya Zarra yang datang secara tiba-tiba lalu duduk di sebelah Adrian yang berada di sofa hadapan.
"Tengah bincang lagi ni" jawabnya.
Adrian, Rizqi, Zifri, Rafiq, Azrul, Fiqri, Zad, Alisya, Zarra dan Rena.
Kesemua mereka sebaya. Jadi mereka tidak kekok untuk bergaul. Tetapi Alisya kurang suka dengan Rena atas sebab-sebab tertentu."Ryan apa cerita senyap je?" Tegur Rafiq. Dia dan Rafiq serta beberapa orang sepupu Alisya sudah berkenalan sejak di bangku sekolah. Cuma berlainan bidang. Siapa juga yang tak kenal F4 masa zaman sekolah dahulu.
"Macam ni je la. Biasa je" jawab Ryan.
"Kau kan semenjak ada siapa entah terus tak call aku. Menyampah ah aku" sampuk Zarra.
Dia berpura-pura merajuk. Ketujuh-tujuh lelaki ini memang suka menyakat Alisya dan Zarra. Dari kecil sampai besar. Macam tu juga perangai mereka.
"Hye you alls" tegur satu suara. Sapa lagi kalau bukan Rena sahaj yang tiada di situ.
"Hai Rena." Tegur Rizqi.
"Eh Ryan pun ada sekali la. Wow best-nya. Tak rugi I balik kali ni." Kata Rena dengan gediknya. Rena pernah la juga menaruh harapan pada Ryan ketika bersekolah dengan Ryan sebelum dia pindah ke S&E dulu. Tu yang gedik semacam.
"Kau dah kenapa tak cukup kain skirt tu. Tertarik-tarik" perli Alisya sambil membaling cushion kecil kepadanya.
Yang lain hanya menahan tawa.
Tiba-tiba grandma datang bersama beberapa orang pembantu rumah."Okay grandma nak ucap terima kasih sebab datang. Grandma just nak kamu semua spend time dengan grandma. Sebab tu grandma panggil kamu balik. Boleh la memperbaiki hubungan grandma dengan kamu" dia memandang Alisya.
'So nak kata sekarang ni nak perli aku la ni?' getus hati Alisya.
"Grandma buat lunch dulu. Kamu sambung la sembang" Dia berlalu ke dapur.
Ada beberapa orang cucunya ikut bersama ingin membantu. Lagipun ramai kot dekat 20 orang. Tidak termasuk Aqilah dan Aleeya. Mereka tidak dapat mengambil cuti untuk balik ke sini.
"Kau la tu Al" kata Rena sambil menuding jari.
"Tu apa kau? Diam ah" marah Alisya. Geram.
"Control la sikit marah tu" bisik Ryan.
Alisya memandang Ryan sekilas. Kemudian dia melarikan pandangan."So how's company? Tak sabar aku nak masuk situ nanti" ujar Zad yang selama ini menguruskan cawangan yang berada di Perancis.
"So far so good. Bagus la korang ada dekat situ. Bukan apa tak menang tangan aku dengan yang lain nak uruskan" kata Ryan.
"Aik Al dengan Zarra buat apa dekat sana. Takkan goyang kaki je kot" kata Rafiq.
"Eh sedap mulut je kau ni. Aku cili nanti padan muka" marah Zarra. Alisya menjeling.
Tiba-tiba muncul satu persoalan di benak otak Alisya. Disebabkan hanya ada mereka di situ. Manakala yang mungkin berehat di atas. Dia ingin menanyakan sesuatu kepada Rena. Tetapi dibatalkan sahaja niatnya.
"Weyh Al, member kau apa cerita?" tanya Azrul.
"Amanda dengan Danish dating, Shasha ermm— some family problem while Farah with Akmal" jawabnya
"Wow. Korang ni pusing-pusing dapat musuh sendiri. Ikut jejak kau dengan Ryan ke apa?" ujar Zad.
"Entah" jawabnya malas. Alisya memandang Ryan di sebelahnya.
"Nak air?" soal Alisya tetapi Ryan menggeleng.
"Ala Al kau ni tak sweet la. Kau panggil Ryan apa?" tanya Rizqi
"I- you" jawabnya selamba.
"Ish kau ni. Tak sweet langsung. Hati batu betul sweetie ni" ujar Adrian.
"Adrian, you ni dari haritu lagi. Korang tahu tak ada ke patut dia pergi jerit sweetie tu kuat-kuat dekat Alisya. Satu cafe boleh dengar. Aku dekat sebelah dia dah tutup muka. Malu tahu tak" cerita Zarra.
Adrian memang memanggil Alisya sweetie dari zaman sekolah.
"Tau tak apa. Malu aku" sokong Alisya tetapi pada masa yang sama geram dengan Adrian.
"Aku naik dulu la. Nak mandi tukar baju" Sampuk Ryan.
"Nak ikut" Alisya mengekorinya. Dia mahu bebas dari soalan sepupunya.
"Eleh mengada" sakat Zad. Alisya menjeling.
Alisya melemparkan badannya di atas katil manakala Ryan mandi.
TBC
YOU ARE READING
No LOVE Between US✔
RastgeleIsh,semak ah kau ni! Mana aku pergi mesti ada muka kau-Alisya Aryana- Suka hati aku la. Kau tu pun semak juga. Macam tak ada tempat lain nak pergi -Ryan Haikal- Ryan dan Alisya ialah pelajar S&E HIGHSCHOOL. S&E HIGHSCHOOL ialah sebuah sekolah elit...