NLBU 29

15K 732 18
                                    

Sebaik saja keadaan menjadi gelap secara tiba-tiba. Kedengaran pula bunyi kaca pecah tetapi Ryan tidak pasti bunyi itu datang dari mana. Dia cuba untuk menunggu lampu kecemasan untuk menyala dalam beberapa saat. Selepas 10 saat lampu kecemasan bernyala. Ryan segera pergi ke meja untuk melihat Alisya. Manakala Alisya pula langsung tidak berganjak dari tempat duduknya tetapi dalam keadaan mata bertutup. Dengan berhati-hati Ryan menolak perlahan bahu Alisya yang duduk kaku di atas kerusi sambil memanggil nama gadis itu.

"Weyh Alisya" panggil Ryan.

Alisya membuka matanya.

"Hah huh. Apa dah jadi?" Soal Alisya.

"Blackout maybe"  ujar Ryan positif.

"Kejap aku call security room" tutur Alisya.

"Hrmmm cepat sikit" arah Ryan.

Alisya terus mendail nombor security control room. Manakala Ryan memerhati sekeliling dengan berpandukan lampu kecemasan yang tidak berapa terang. Dia ingin memastikan tentang bunyi yang didengarinya sebentar tadi.

"Kejap lagi ok la tu" kata Alisya.

Sebaik sahaja Alisya berkata begitu, terus lampu kembali menyala. Semua kembali seperti biasa.

"Pasu pecah lagi" Alisya mengeluh. 

Alisya pergi ke arah pasu yang pecah tersebut dan diekori Ryan.

"Sekolah kaya boleh beli baru" tutur Ryan.

"Cakap senang la. Dah la aku nak naik" kata Alisya.

Alisya terus keluar dari cafeteria tersebut manakala Ryan masih termenung.

'Hrmmm weird. Macam mana boleh pecah? Ish malas la aku nak fikir. Buat pening kepala je'

Sejurus itu, Ryan terus pulang ke biliknya. Kejadian ini dibiarkan menjadi misteri. Malam di dorm grade 4 berlalu begitu.

05:00 A.M

Alisya bersiap-siap untuk bertolak ke airport. Alisya turun ke tingkat 3 iaitu dorm Ryan. Dia hanya berdiri di hadapan pintu bilik itu sambil memegang paper bag.

Setelah beberapa minit, Alisya mengambil keputusan untuk meninggalkan paper bag itu di hadapan pintu bilik Ryan lalu dia terus turun ke lobi.

Alisya terus masuk ke dalam kereta yang akan membawanya ke airport.

Ryan POV

06:00 A.M

Aku keluar dari bilik untuk melakukan rutin harianku iaitu jogging. Tiba-tiba aku tersepak sesuatu.

"Oh" tuturku.

Aku menyambil paper bag tersebut, di dalamnya terdapat jaket yang dipinjamkan kepada Alisya tempoh hari

'Ouh— harini'

Aku meletakkan paper bag tersebut di tepi pintu dan kembali menutup pintu bagi meneruskan aktiviti pagi. Aku memakai headphoneKeadaan di sekitar bangunan dorm kelihatan tenang dan sunyi. Kemungkinan ramai students yang masih belum pulang.

'Three days from now, without her'

Aku meneruskan perjalanan dengan pulang ke dorm.

Alisya POV

Airport

Setiba tiba di airport, aku memeriksa passport dan barang yang lain lalu menuju ke  balai pelepasan untuk pemeriksaaan passport.

No LOVE Between US✔Where stories live. Discover now