Fayyad berjalan dengan lenggangnya sebelum berjalan menuju keretanya. Baju T-shirt berwarna merah jambu bercorak polkadot putih yang dipakai dikemaskan. Tidak semena-mena dia di langgar seseorang. Tiba-tiba terasa panas di dadanya. Auch! Panas!
"Oh my god!!! Kulit I melecur! Hey, you lady! You tahu tak, T-shirt ni baru je I basuh semalam guna downy perfume!!!!! You ni buta ke?!" Tangannya yang melentik-lentik itu menuding ke arah wajah gadis yang memakai gaun paras lutut di hadapannya.
"I'm sorry. Aku tak sengaja.. Kau nak aku buat apa?"
"I nak you basuh baju I ni gune downy perfume yang botol dia warna pink! Ingat tu, yang warna pink jer. Sekarang I nak you belikan I T-shirt baru. Sekarang!" Nairah mengangguk lemah sebelum berlalu pergi ke mall yang berada di belakangnya saja. Tinggal masuk je. Nasib adegan mamat gayboy itu tidak disaksikan orang ramai. Tengah lengang. Mr. Pinklah, sedap nama tu. Downy perfume pinklah, baju pinklah. Aku hempuk juga kang kepala dia.
Nairah memilih T-shirt berwarna merah jambu lembut. Dia membayar baju itu dan berlalu pergi. Apalah nasib malang aku jumpa mamat gay boy macam tu. Mr. Pink tak guna.
====
Bahu Fayyad ditepuk kuat oleh Nairah. Fayyad mengaduh kesakitan.
"Isy! You ingat bahu I ni punching bag ke?"
"Diamlah Mr. Pinky! Nah, ambil baju ni pergi pakai dalam kereta pink kau tu!" Nairah mencampak baju yang baru dibelinya tepat pada wajah Mr. Pinky itu.
"Sakitlah gila! Rosaklah muka I. Buat penat je I buat facial tiap minggu, tahu tak!"
Setelah beberapa minit menunggu, Fayyad keluar bersama bajunya yang sudah terkena tumpahan kopi itu.
"Er, miss. I'm Faye. What about you?" Fayyad menghulurkan tangan.
"No touching. Faye? Kau ingat kau ni Faye Kusyairi ke apa? Mampuslah, aku Nairah."
"Nairah... Nama je sedap, perangai macam stokin tak basuh sebulan. Ehem, ni baju I yang you dah jahanamkan. I nak you basuh baju ni. Ingat, pakai downy perfume. Yang warna pink."
"Mengadalah kau ni. Pakai pencuci baju yang lain sama je kan?"
"Tak sama. Bila I kata yang tu. Yang tu jelah."
"Yelah gedik! Bak sini phone kau."
"Nak buat apa? You ni entah siapa-siapa je? Tak pasal-pasal phone I kena curi." Terus pipinya ditampar Nairah. Fayyad tercengang sambil menyentuh bahagian pipinya yang ditampar itu. Mak ai budak ni! Kurang ajar gila!
"Hey, Mr. Pinky! Aku ni dah menyampah gila-gila dengan gay boy macam kau ni tau! Kau suruh aku basuh baju kau kan! Dah tu macam mana aku nak pulangkan balik, sengal! Ada otak tu fikirlah sikit. Sebab tu aku minta phone kau untuk savekan number aku!"
"Cakaplah awal-awal. Tak payahlah nak marah. Dahlah you tampar I! Sakit tahu tak!" Kata Fayyad sambil menghulurkan Iphonenya pada Nairah. Nairah membesarkan biji matanya apabila melihat casing phone Mr. Pinky itu. Warna pink lagi.
Nairah savekan nombor telefonnya sebelum menyerahkan semula kepada Fayyad.
"Nanti jangan lupa missed call aku.. Bila aku free. Aku pulangkan balik baju kau ni. Bye."
"Bye, jangan tak pulangkan pulak baju I tu."
Nairah kembali membayangkan Mr. Pinky itu. Muka dia, putih melepak gila-gila. Sampai terkopak mata aku tengok. Apa kurangnya aku seh. Mata. Ya, baru aku sedar mata dia sepet. Maigad. Tak suka mata sepet. Nampak kecil je mata. Muka dah handsome. Tapi... Huh, gay boy. Sayang betul. Nairah menggelengkan kepalanya. What everlah Mr. Pinky.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Guys, okay x? Sorryla klo boring. Pendek kn bab 1 ni. he he, korg tggu jela bab sterusnya. maybe pnjang. Idea cerita ni drpd shahlia. thanks to her.
YOU ARE READING
Hey, Mr. Pinky!
RomanceFayyad Amsyar atau nama manjanya Faye. Bukan Faye Kusyairi, tapi. Inilah, Faye Amsyar. Dia mula berubah menjadi lembut kerana suatu peristiwa yang membuatkan dirinya selesa dipanggil gay boy. Tapi jangan silap ya.... Dia bukan gay boy . Warna kegema...